WorksheetsKuiz Kenali Ubat Anda KKSBK
Total questions: 8
Worksheet time: 5mins
Berikut merupakan hak anda sebagai pengguna KECUALI ...
Menerima rawatan kesihatan yang baik
Mendapat maklumat lengkap berhubung ubat yang digunakan
Mendapat pendidikan kepenggunaan melalui penyebaran informasi
Berkongsi masalah ubat di media sosial
Ubat adalah bahan yang digunakan untuk ...
mencegah dan mengelakkan penyakit
mencegah, mengawal atau merawat penyakit.
menyembuhkan penyakit selama-lamanya
menjangkitkan penyakit kepada orang lain
Apakah DUA contoh ubat terkawal yang hanya boleh dibeli dengan preskripsi?
Ubat demam
Antibiotik
Krim gatal
Ubat darah tinggi
Apakah nama generik ubat ini?
Aspirin
Acetylsalicylic acid
Cardiprin
Casprin
Tandakan TIGA elemen Konsep 5B yang betul.
Pengilang yang betul
Cara pengambilan yang betul
Dos yang betul
Pengguna yang betul
Hakim telah pergi ke klinik kesihatan berhampiran dan pulang dengan membawa ubat Amoxicillin. Pada label ubat tertera arahan "Ambil 2 biji 3 kali sehari". Bagaimanakah cara yang paling tepat untuk mengambil ubat berkenaan?
Makan 2 biji setiap 8 jam.
Makan 2 biji setiap 6 jam.
Makan 1 biji setiap 8 jam.
Makan 1 biji setiap 6 jam.
Bagaimanakah cara yang paling tepat untuk menggunakan supositori?
Telan. Jangan kunyah atau hancurkan jika tidak diarahkan.
Masukkan ke dalam bubur seperti diarahkan
Sapu pada tempat yang mengalami masalah sahaja
Masukkan ke dalam dubur seperti diarahkan
Pilih TIGA gejala alahan ubat.
Sukar untuk bernafas
Bengkak pada lidah, bibir dan muka
Mengantuk dan loya
Ruam atau gatal pada kulit
