Font size
WorksheetsLatihan Kertas 1 Tasawwur Islam SPM 2020
Total questions: 40
Worksheet time: 3600secs
Keyakinan dalam hati secara mutlak bahawa hanya Allah SWT pentadbir semua benda dan perkara di alam ini.
Pernyataan di atas merujuk kepada maksud
uluhiyyah
rububiyyah
rabbaniyyah
syumuliyyah
Mukjizat bermaksud perkara luar biasa yang berlaku kepada
umat Islam tanpa diusahakan untuk mempelajarinya
manusia biasa yang biasa yang tinggi darjatnya di sisi Allah SWT
orang yang bakal dilantik oleh Allah SWT sebagai rasul
para rasul untuk membuktikan kebenaran kerasulan
Menurut al-Quran, asal kejadian manusia bermula daripada penciptaan
roh
tanah
air mani
Adam a.s
Setelah amalan baik dan jahat dibacakan, amalan tersebut ditimbang untuk menentukan ke arah mana mereka akan ditempatkan sama ada ke syurga atau ke neraka.
antara yang berikut yang manakah menjelaskan situasi di atas?
hisab
kiamat
kematian
kebangkitan
Berikut adalah tujuan untuk mengetahui ciri-ciri wahyu kecuali
menolak ajaran sesat
menangkis dakwaan nabi palsu
meyakini kebenaran wahyu adalah mutlak
mendapat keberkatan daripada Allah SWT
Cara melaksanakan solat dijelaskan secara terperinci melalui
al-Quran
al-Hadis
al-Ijmak
al-Qias
Umat Islam wajib mendirikan solat lima waktu sehari semalam namun cara perlaksanaannya bagi kurang berupaya seperti sakit atau musafir ada kelonggarannya.
Pernyataan di atas menerangkan tentang
thabat dan murunah
thabat dan waqi'iyah
murunah dan waqi'iyah
murunah dan syumuliyyah
Manakah antara berikut pemikiran yang bercanggah dengan Islam?
mencipta sesuatu yang boleh mendatangkan kemusnahan alam
menekankan hubungan sesama manusia dan alam
mengasaskan fahaman anti hadis
memikirkan zat Allah SWT
Encik Fahmi membayar zakat perniagaannya secara atas talian (online).
Situasi di atas menunjukkan beliau mengamalkan konsep
Syumuliyyah
Alamiyyah
Waqi'iyyah
Rabbaniyyah
Antara yang berikut, yang manakah membuktikan al-Quran sebagai petunjuk sepanjang zaman?
kebenarannya tidak boleh diragui
keindahan gaya bahasanya tidak mampu ditandingi
kitab yang diturunkan kepada semua nabi dan rasul
kandungannya merangkumi seluruh peraturan kehidupan
Antara bukti Islam bersifat Alamiyyah dalam bidang sosial ialah
setiap amalan akan diberi balasan
membela kebenaran dan menentang kebatilan
setiap kerja dikira ibadat jika mengikut syarat-syaratnya
kebebasan mengamalkan agama dan budaya masing-masing
Pilih jawapan yang betul mengenai kepentingan sistem kehakiman Islam.
mendidik jiwa manusia
menjatuhkan hukuman yang adil
membebaskan tertuduh jika ada keraguan
tidak menjatuhkan hukuman ketika marah
Antara yang berikut yang manakah ciri pemimpin yang dikehendaki menurut Islam?
meminati bidang pengurusan
mengawal emosi dalam tindakan
mempunyai kewangan yang kukuh
mempercayai semuaagama di dunia
Antara yang berikut yang manakah ciri-ciri ilmu fardu kifayah?
memberi faedah kepada manusia dan alam
berkaitan dengan kepentingan kehidupan dunia
memadai diamalkan oleh sebahagian umat Islam
wajib diketahui dan diamalkan oleh semua umat Islam
Kesalahan qazaf hukumannya disebat 80 kali
Membunuh dengan sengaja hukumannya dibunuh balas
Pernyataan di atas berkaitan dengan hukuman
hudud dan takzir
hudud dan qisas
qisas dan takzir
qisas dan diat
Antara yang berikut yang manakah matlamat bekerja dalam Islam?
menunaikan tuntutan fardu kifayah
memenuhi impian keluarga
mencari kemewahan hidup
memajukan ekonomi diri
Semua yang berikut ialah faktor berlakunya pencerobohan harta dalam kalangan masyarakat kecuali
terpengaruh dengan kemewahan dunia sehingga sanggup berbuat apa sahaja
wujudnya perasaan tamak dan ingin cepat kaya tanpa berusaha
mendapatkan harta dengan cara yang tidak sah
tidak mengamalkan ajaran Islam sebenar
Antara yang berikut yang manakah benar tentang ciri sistem sosial Islam?
perhubungan atas dasar keluarga dan bangsa
mengutamakan kepentingan umum daripada individu
pergaulan berdasarkan undang-undang sesebuah negara
mengutamakan kemuliaan seseorang dalam masyarakat
Sistem al-Mudharabah amat praktikal kepada pelabur dan pengusaha kerana
pelabur dapat mengembangkan hartanya walaupun tiada kepakaran
pengusaha yang mempunyai modal dapat mengembangkan hartanya
pelabur yang mempunyai kepakaran dapat mengembangkan hartanya
pengusaha yang mempunyai kepakaran dan modal dapat mengembangkan hartanya
Setiap masalah adalah ujian daripada Allah SWT. Bagaimanakah anda menghadapi ujian tersebut?
bertawakal kepada Allah SWT
berdoa kepada Allah SWT
berserah diri kepada nasib
muhasabah diri
Perkara luar biasa yang berlaku kepada umat Islam tanpa diusahakan untuk dipelajarinya.
(a)
Menggunakan kemahiran dan kepakaran untuk memperolehi keuntungan peribadi dengan cara yang salah.
(a)
Naluri semulajadi manusia yang mengakui adanya Allah SWT.
(a)
Kefahaman tentang hukum amali yang diijtihadkan oleh para mujtahid yang diambil daripada dalil-dalil syarak.
(a)
Ukuran kemuliaan seseorang dalam Islam ialah (a) kepada Allah SWT.
Ajaran sesat ialah ajaran atau amala yang dibawa oleh orang-orang Islam atau bukan Islam yang (a) dengan ajaran Islam.
Wahyu al-Quran diturunkan secara (a) selama 23 tahun kepada Rasulullah SAW melalui malaikat Jibril a.s.
Umat Islam yang memiliki (a) mampu berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain.
Perintah Allah SWT yang mesti dilaksanakan.
(a)
Perkara yang diberi kebebasan kepada seseorang untuk melakukan atau meninggalkannya.
(a)
Perkara yang digalakkan untuk ditinggalkan.
(a)
Perkara yang digalakkan oleh agama untuk dilakukan dan diberi pahala serta balasan syurga.
(a)
P ialah
(a)
Q ialah
(a)
R ialah
(a)
S ialah
(a)
Muamalah Islam mengalakkan manusia supaya melakukan kebajikan seperti bersedekah dan menderma.
Betul
Salah
Pencerobohan harta merupakan pelanggaran hak milik dan kepentingan orang lain.
Betul
Salah
Umat Islam dituntut supaya menyelesaikan masalah tanpa mengambil kira halal, haram, dosa dan pahala.
Betul
Salah
Islam tidak memberi kebebasan kepada manusia untuk menganuti sebarang kepercayaan dan agama.
Betul
Salah
