Font size
WorksheetsSmart Circle
Total questions: 42
Worksheet time: 3hrs 26mins
Apakah maksud Usrah?
Kepercayaan
Keluarga
Patuh
Menyerah diri
Kesan apabila menyertai usrah adalah:
Menjaga ibadah dengan sempurna, berzikir dan membaca al-mathurat
Menjadikan seseorang itu mempunyai sifat mazmumah
Jadikan seseorang yang cintakan Al-quran dan As-sunnah serta mempraktikkan ajaran tersebut
Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” [Riwayat al-Bukhari]
Hadis di atas berkaitan dengan:
Ibadah
Akhlak
Usrah
Ukhuwwah
_________ perkara paling asas dalam kehidupan seorang muslim sejati dan juga diibaratkan sebagai akar pokok. Jika kukuh akarnya, maka baiklah pokoknya.
Ibadah
Akhlak
Aqidah
Islam
Berikut merupakan contoh perbuatan yang dapat membatalkan iman KECUALI :
Memuja kubur
Percaya tangkal azimat
Beri kucing makan
Percaya burung boleh membawa tuah
Berikut adalah perkara yang membatalkan syahadah KECUALI :
Fasik
Murtad
Syirik
Abid
Pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah SWT merupakan definisi bagi?
Aqidah
Ibadah
Akhlak
Islam
Apakah syarat sesuatu amal menjadi ibadah?
Amalan yang boleh menzalimi orang lain
Bertetapan dengan presepsi manusia
Amalan mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh (itqan)
Dilakukan mengikut naluri hati
Berikut merupakan rukhsah (keringanan) dalam beribadah KECUALI :
Haikal mengejarkan solat jamak dan qasar ketika bermusafir
Adam terpaksa bertayammum ketika hendak solat kerana ketiadaan air
Zulaikha berbuka puasa kerana beliau sedang sarat mengandung
Ismail solat dalam keadaan duduk kerana lenguh
Maksud dari potongan ayat Al-Quran tersebut berkait rapat dengan?
Aqidah
Ibadah
Akhlak
Ukhuwwah
Apakah langkah – langkah ke arah pembentukan akhlak Islamiyyah?
Mendampingi orang soleh
Ibadah yang kuat dan ikhlas
Fokus kepada ilmu keduniaan semata-mata
Banyak melakukan kejahatan
Berikut merupakan cara berakhlak dengan media sosial KECUALI :
Mencela sesama pengguna media
Menghindari diri dari media-media yang boleh mengundang syahwat
Menyebarkan dakwah kepada masyarakat
Menghindari fitnah dengan menuduh-nuduh orang lain tanpa bukti yang jelas
__________ ialah maksud bagi perkataan Islam.
Agama
Tunduk dan patuh
Kesejahteraan
Aturan
Rajah 2 menunjukkan gambar sebuah lalu lintas. Gambar tersebut menunjukkan gambaran /analogi bagi
Islam
Ihsan
Islam sebagai Ad-deen
Dakwah
Berikut merupakah petikan daripada Hadis Jibril yang menceritakan mengenai Islam, Iman dan Ihsan. Berdasarkan Rukun Iman di bawah, sila susun rukun tersebut mengikut turutan yang betul.
i. Beriman kepada Rasul
ii. Beriman kepada hari kiamat
iii. Beriman kepada malaikat
iv. Beriman kepada Allah SWT
v. Beriman kepada kitab-kitab
vi. Beriman kepada qada’ dan qadar
Pernyataan berikut adalah kesan-kesan daripada menyampaikan dakwah Islamiyyah kepada masyarakat KECUALI :
Mengubah sikap masyarakat ke arah keperibadian yang mulia
Mendekatkan masyarakat kepada Allah SWT
Meningkatkan ilmu dalam kepimpinan sahaja
Mengurangkan gelaja sosial
Berdasarkan rajah di atas, terdapat beberapa perkara yang menjadi asas dalam usaha melaksanakan dakwah seperti rukun-rukun berdakwah. Rukun-rukun tersebut ialah:
Daie, Mad’u, Minhaj dan Uslub
Daie, Madu, Maudhu dan Uslub
Daie, Maudhu’, Mad’u dan Usuluddin
Daie, Mad’u, Maudhu’ dan Uslub
Surah An-Nahl (ayat 125) di dalam Al-Quran menjelaskan cara berdakwah, mengajarkan dan menyebarkan ajaran Islam. Allah SWT menyarankan kepada Nabi Muhammad SAW 3 uslub (cara) bagi menyeru manusia kepada Allah iaitu:
Berbincang dengan cara yang baik
Memberi nasihat dan tutur kata yang baik
Penyampaiaan yang bijaksana mengikut keadaan tertentu
Penyampaiaan yang bijaksana
Apakah yang dimaksudkan dengan Organisasi Islamiyyah?
Satu kumpulan manusia yang mempunyai manhaj Islam dan mempunyai tanzim munazzomah serta mempunyai matlamat yang jelas.
Satu kumpulan manusia yang mempunyai manhaj tersendiri dan menggunakan logik akal.
Satu kumpulan manusia yang bersatu dalam menjayakan apa yang dirancang mengikut manhaj tersendiri.
Satu kumpulan manusia yang bersatu dengan matlamat untuk bersaing dengan kumpulan lain demi medapat nama dalam carta.
Berorganisasi merupakan tuntutan dalam membina ‘sebaik-baik ummah’. Berikut adalah kewajipan-kewajipan dalam berorganisasi, KECUALI:
Menyatukan matlamat dan tindakan
Menyelamatkan diri dari terjerumus ke lembah kesesatan
Mendapat keberkatan hasil daripada amalan yang disusun oleh Rasulullah SAW
Bergerak secara individu dalam mencapai matlamat
Berdasarkan ciri-ciri organisasi islam yang dipelajari, kenyataan dibawah adalah benar mengenai ciri-cri tersebut, KECUALI :
Tujuan kerana Allah SWT
Bercirikan hizbullah
Bersifat khusus dan berubah-ubah
Bersumberkan al-quran dan as-sunnah
Apakah yang dimaksudkan dengan pengorbanan?
Berkorban jiwa, harta, masa, kehidupan dan segalanya untuk mencapai matlamat
Berkorban jiwa, harta, masa, kehidupan dan menghalakan segala-galanya untuk mencapai matlamat
Melakukan pengorbanan daripada setiap sudut tanpa memikirkan dunia
Melakukan pengorbanan tetapi terhad dari setiap sudut
Berikut merupakan cara menerapkan sikap tadhiyyah dalam diri KECUALI?
Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah
Mempraktiskan gaya hidup Rasulullah seperti sentiasa bersedekah
Bergaul dengan golongan yang memerlukan seperti faqir dan miskin
Mementingkan harta dan diri sendiri tanpa memikirkan hal orang lain
Apakah kepentingan tadhiyyah?
Menjadikan setiap gerak kerja mudah dan sampai
Menjadikan diri lebih yakin dalam bergerak kerja
Menyukarkan dalam gerak kerja beorganisasi
Menyebabkan lebih banyak kerja yang terbengkalai
BAHAGIAN B: SOALAN SUBJEKTIF
1. Nyatakan 3 rukun usrah beserta huraian? (3 markah)
2. Nyatakan 3 tingkatan ukhwah mengikut turutan tingkatan paling bawah ke tingkatan tertinggi beserta huraian? (3 markah)
3. Senaraikan 3 jenis tauhid beserta huraian (3 markah)
4. Senaraikan 3 kesan aqidah dalam kehidupan muslim. (3 markah)
5. Huraikan perbezaan ibadah umum dengan ibadah khusus beserta contoh (4 markah)
"Ibadah sumber penyatuan umat"
6. Berikan contoh ibadah yang dapat menyatukan umat manusia dan huraikan
(4 markah)
7. Apakah maksud dan perbezaan antara akhlak dan moral? (6 markah)
8. Terangkan perkaitan antara iman dan akhlak (2 markah)
9. Huraikan 6 ciri-ciri khusus Islam. (6 markah)
10. Apakah kesan bagi seorang mahasiswa apabila Islam itu diamalkan dalam
kehidupannya? (2 markah)
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
(Ali-Imran:104)
11. Dalil diatas adalah merujuk kepada tuntutan berdakwah, berikan maksud dakwah
dari segi istilah.
12. Terdapat 2 kaedah dalam berdakwah iaitu dakwah fardiyah & ijtimaiyah. Terangkan
bagaimana anda sebagai seorang mahasiswa, menyampaikan dakwah kepada
mahasiswa/wi UMT secara berkesan menggunakan cara di atas.
13. Berikut merupakan 6 prinsip gerakan Islam. Isi tempat kosong dengan jawapan yang
betul. (6 markah)
14. Nyatakan 3 matlamat organisasi. (3 markah)
15. Berikan contoh pengorbanan yang dapat dilakukan oleh mahasiswa/wi. (3 markah)
16. Apakah sikap tadhiyyah yang salah? (2 markah)
BAHAGIAN C: ISU SEMASA
1. Baru – baru ini, tular di media sosial mengenai isu penghinaan Nabi Muhammad
apabila Charlie Hebdo telah melukis karikatur Baginda SAW. Nyatakan pendapat dan
respons anda mengenai isu ini?
2. Pada 26 September 2020, telah berlangsungnya PRN (Pilihan Raya Negeri) Di Sabah.
Menurut pemerhatian anda, apakah wajar untuk mengadakan PRN sewaktu kes
Covid–19 masih berleluasa?
