WorksheetsEVALUATION TEST: DARE TO SPEAK (DEBAT)
Total questions: 20
Worksheet time: 3hrs 30mins
Berikut merupakan tugas perdana menteri kecuali :
Membentang gerak kerja
Membentang konsep
Memberikan 2 hujah
Mendefinisikan usul
Berapakah masa yang diberikan untuk membuat penggulungan?
1 minit
3 minit
4 minit
5 minit
Berapakah hujah yang perlu dikemukakan oleh perdana menteri ?
Tiada
1 hujah
2 hujah
3 hujah
Berapakah masa yang diberikan kepada perdana menteri untuk membuat ucapan substansif (Debat Ala Parlimen)
7 minit
10 minit
4 minit
12 minit
Pihak manakah yang akan membuat ucapan penggulungan terlebih dahulu?
Pembangkang
Kerajaan
Berikut merupakan tugas Timbalan Ketua Pembangkang kecuali:
Membidas perdana menteri
Membidas Timbalan Perdana Menteri
Memberikan dua hujah
Menyokong hujah pembangkang
Berikut merupakan elemen yang penting dalam hujah kecuali:
Isi
Fakta kes
Penegasan
Pembuktian
Apakah contoh fakta kes yang baik (TANDAKAN JAWAPAN YANG BETUL)
Terdapat kempen yang dilakukan di Petaling Jaya.
Menurut Akta 633, belia dapat didefinisikan sebagai individu yang berumur 15 - 40 tahun.
73% warganegara yang layak mengundi tidak mendaftar sebagai pengundi.
Belia mampu mewujudkan persekitaran penghasilan idea yang lebih realistik dan kritikal kata Tun Dr Hisyam.
Hujah utama kerajaan ialah pembentukan jati diri dalam kalangan peserta rancangan realiti dan para penonton yang menjadi pengundi. Para peserta perlu menyiapkan diri mengikut tema tertentu dengan menerapkan elemen kreativiti dan komitmen dalam persembahan demi untuk memancing perhatian dan memenangi sebanyak mungkin undian. Di pihak pengundi yang menjangkau segenap pelosok negara, pada akhirnya akan memenangkan peserta yang benar-benar memiliki bakat dan ciri pemenang sejati, setelah mengambil kira ulasan juri profesional usai persembahan setiap seorang peserta. Jelaslah bahawa peserta mesti menampilkan aksi yang terbaik, unik dan memukau.
Apakah kriteria yang tidak wujud dalam hujah ini ?
Isi
Huraian
Fakta Kes
Penegasan
Dalam sesi ucapan penggulungan apakah yang perlu dilakukan oleh penggulung ? (TANDAKAN JAWAPAN YANG BETUL)
Menjatuhkan hujah pihak lawan
Mengukuhkan hujah pasukan
Apakah gerak kerja pertama yang perlu dilakukan oleh Timbalan Ketua Pembangkang ?
Membidas hujah pertama kerajaan
Membidas konsep kerajaan
Mengemukakan hujah
Membidas hujah Timbalan perdana menteri
Apakah gerak kerja pertama yang perlu dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri ?
Menjawab beban bukti
Membidas konsep pembangkang
Membidas pertikaian pembangkang
Membidas hujah ketua pembangkang
Kamu adalah wakil untuk sesi ucapan penggulungan pasukan ada di barisan kerajaan. Sekiranya anda mendapati kes anda mulai jatuh, apakah peranan utama yang anda akan lakukan?
Pertahankan hujah pasukan
Jatuhkan hujah pihak lawan
Berikut merupakan perkara yang digunakan untuk membidas hujah pihak lawan kecuali:
Refloat
Replace
Retell
Rebate
“Bahasa Rojak Merosakkan Peradaban Bangsa”
Berikut merupakan salah satu usul debat yang dipertandingkan. Apakah frasa perdebatan yang terdapat dalam usul?
Bahasa Rojak
Peradaban Bangsa
Merosakkan
“Kedua - dua pihak perlu membincangkan frasa yang sama semasa dalam perdebatan”
Pernyataan berikut merujuk kepada frasa ______ ?
Frasa perdebatan
Frasa akui
Frasa persetujuan
Frasa perbalahan
“Had umur mengundi wajar diturunkan kepada 18 tahun”
Sila berikan pendapat anda mengenai isu ini beserta rasional terhadap pendapat anda.
“Buku lebih penting berbanding guru”
Berikut merupakan salah satu usul debat yang dipertandingkan.
Anda perlu mencipta beban bukti untuk diberikan kepada pihak pembangkang.
(Sila rujuk slide dalam bahagian beban bukti sebagai rujukan)
“Dewan ini percaya belajar di rumah lebih baik.”
Berikut merupakan salah satu usul debat yang dipertandingkan.
Anda perlu mencipta sebuah konsep dari pihak kerajaan.
(Sila rujuk slide dalam bahagian pembinaan konsep sebagai rujukan)
“Dewan ini percaya merawat lebih baik daripada mencegah.”
Berikut merupakan salah satu usul debat yang dipertandingkan. Anda perlu mencipta satu hujah yang kukuh berdasarkan struktur debat yang telah didedahkan oleh mentor.
(Sila rujuk slide dalam bahagian pembinaan hujah sebagai rujukan)
