wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MALAYSIA FORM 1

Total questions: 50

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

1. Dialog di atas sesuai dengan peribahasa

a)

antan patah lesung hilang

b)

ayam berinduk , sirih berjunjung

c)

bagai anak ayam kehilangan ibu

d)

bagai menatang minyak yang penuh.

2.

Peribahasa berikut mempunyai maksud yang sama kecuali

a)

berkayuh sambil bertimba

b)

sambil berdiang nasi masak

c)

sambil menyelam minum air

d)

belum duduk sudah berlunjur

3.

Bagai mencurahkan air ke daun keladi .


Peribahasa di atas bermaksud

a)

pendirian yang tidak tetap

b)

perbuatan yang hanya sia-sia

c)

perbuatan yang tidak memberi hasil

d)

pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah

4.

Situasi ini bersesuaian dengan peribahasa berikut kecuali

a)

harapkan pagar, pagar makan padi

b)

gunting dalam lipatan

c)

duri dalam daging

d)

api dalam sekam

5.

Tabiat suka meminta barang yang telah diberikan kepada orang lain semula tanpa diketahui sebab-sebabnya merupakan satu tabiat yang tidak baik terutama dalam persahabatan. Perbuatan ini dapat disamakan dengan peribahasa

a)

hati batu

b)

buruk siku

c)

lipas kudung

d)

tangkai jering

6.

Kami mungkin akan mengambil tindakan terhadap murid-murid yang melanggar peraturan sekolah .

Pilih ayat yang sama maksud .

a)

Tindakan kemungkinan akan kami ambil kepada murid-murid yang enggan mematuhi peraturan sekolah.

b)

Tindakan mungkin akan kami ambil terhadap murid-murid yang tidak memathui undang-undang sekolah.

c)

Murid-murid yang mungkin melanggar peraturan sekolah harus kami ambil tindakan.

d)

Kami hanya bertindak terhadap murid-murid yang enggan mematuhi peraturan sekolah.

7.

Suntikan pelalian diberikan kepada kanak-kanak untuk mengelakkan mereka daripada jangkitan penyakit.


Pilih ayat yang sama maksud

a)

Kanak-kanak yang diberikan suntikan pelalian dikatakan boleh mengelakkan mereka dijangkiti penyakit.

b)

Kanak-kanak diberikan suntikan pelalian supaya mereka tidak mudah dijankiti penyakit.

c)

Suntikan pelalian dapat mengubat dan mengelakkan kanak-kanak yang dijangkiti penyakit.

d)

Suntikan pelalian boleh mengelakkan kanak-kanak daripada dijangkiti penyakit .

8.

" Mesin faksimile memudahkan kita menghantar berita , " kata Encik Mustafa .

a)

Encik Musrafa memberitahu bahawa mesin faksimile memudahkan kita menghantar berita .

b)

Encik Mustafa mengatakan yang mesin faksimile memudahkan mereka untuk penghantaran berita .

c)

Encik Mustafa memaklumkan bahawa mesin faksimile mereka memudahkan menghantar berita .

d)

Encik Mustafa berkata tentang mesin faksimile yang memudahkan kita menghantar berita

9.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan condong dan bergaris dengan betul

a)

Badang memiliki kuasa untuk mengangkat batu yang besar itu.

b)

Kartini sangat kuasa untuk menceburi bidang kraf tangan batik

c)

Peguam bela itu menggunakan kuasa yang diberikan kepadanya untuk melawan hujah-hujah pihak lawan.

d)

Pihak kuasa sering menjalankan rondaan di kawasan sempadan

10.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul

a)

Semua murid berasa gembira apabila peperiksaan PT3 bubar.

b)

" Bubar sahaja pondok itu," kata ketua kampung kepada anak-anak

c)

Sebaik sahaja pihak polis tiba kumpulan remaja itu bubar

d)

Mesyuarat koperasi bubar , ahli-ahlinya pun pulang ke rumah

11.

Pilih ayat-ayat yang betul

a)

Ujikaji yang dijalankan di makmal itu perlu diawasi oleh seorang guru Sains

b)

Setiap murid harus bertanggungjawab untuk menyiapkan kerja rumah yang dibekalkan guru

c)

Jawatankuasa pertandingan sajak telah diatur oleh guru penasihat Persatuan Bahasa Melayu

d)

Pengubahsuaian rumah baharu Puan Saadah elah menelan belanja beribu-ribu ringgit

12.

Pilih ayat yang betul

a)

Ayah membelikan adik sebuah basikal

b)

Kuih traditionall yang terkenal seklai di negara kita ialah baulu

c)

Masalah itu akan saya atasi supaya tidak menimbulkan kekecohan.

d)

Diumumkan ketibaan Yang Berusaha Pengarah Pendidikan Negeri

13.

Pihak sekolah perlu memaklumkan ibu bapa-ibu bapa tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS) yang mula dilaksanakan pada tahun ini

a)

memberitahu kepada ibu bapa - ibu bapa

b)

memberitahu kepada ibu-ibu bapa

c)

memaklumkan ibu-ibu bapa

d)

memaklumkan ibu bapa

14.

Latihan kawadkaki yang dijalani secara intensif telah membantu pasukan pengakap menjuarai Pertandingan Kawad Kaki Daerah Kuala Selangor.

a)

Latihan kawad kaki yang dijalankan secara intensif

b)

Latihan kawadkaki yang dijalankan secara intensif

c)

Latihan kawad kaki yang dijalani secara intensif

d)

Latihan kawadkaki yang dijalani secara intensif

15.

Perhimpunan Perdana diwajibkan kepada semua kakitangan-kakitangan kerajaan yang bertugas di Putrajaya.

a)

semua kakitangan kerajaan

b)

semua kaki-kakitangan kerajaan

c)

semua kaki tangan-kaki tangan kerajaan

d)

semua kakitangan-kakitangan kerajaan

16.

Kerajaan mengambil langkah mengkuat kuasakan undang-undang bagi menangani masalah pengedaran dadah yang semakin serius dalam kalangan masyarakat.

a)

menguat kuasakan undang-undang

b)

menguatkuasakan undang-undang

c)

menguatkuasakan undang-undang

d)

mengkuat kuasakan undang-undang

17.

Pilih ayat-ayat yang betul

a)

Akibat kemalangan jalanraya pada bulan lepas , kaki abang saya terpaksa dimasukkan besi bagi membolehkannya berjalan semula

b)

Kami bertungkuslumus untuk menyusun atur perabot kayu di ruang tamu menjelang hari raya esok

c)

Cikgu Azureen meminta anak-anak muridnya menulis karangan mereka semula keran tulisan mereka seperti cakar ayam

d)

Ahli jawatan kuasa -kawatan kuasa Pertandingan Drama peringkat Daerah Kuala Langat kelihatan sibuk menguruskan para peserta pertandingan

18.

Ahli sains- ahli sains negara telah menjalankan uji kaji terhadap struktur tanah yang terdapat di Kutub Utara pada penghujung tahun ini.


Pilih jawapan yang tidak sesuai atau salah.

a)

Ahli sains- ahli sains

b)

uji kaji

c)

Kutub Utara

d)

Tiada kesalahan

19.

Salah satu sebab kepupusan flora dan sauna ialah aktiviti manusia yang tidak terancang.


Pilih perkataan yang salah.

a)

flora

b)

sauna

c)

manusia

d)

Tiada kesalahan

20.

Enak Restoran mengadakan promosi makanan laut sempena menyambut bulan Ramadan.


Pilih perkataan yang salah

a)

Enak Restoran

b)

makanan

c)

bulan

d)

Tiadak kesalahan

21.

Biskut itu menjadi ________ kerana tinya tidak ditutup dengan rapat.

a)

lembut

b)

kering

c)

rangup

d)

lemau

22.

Keadaan jalan raya yang _______ berpunca daripada peningkatan jumlah kenderaan .

a)

sibuk

b)

pantas

c)

hangar

d)

lengang

23.

Wajah peragawati yang ________ sireh itu menambahkan lagi keayuannya .

a)

bujur

b)

leper

c)

bulat

d)

bundar

24.

Pada musim kemarau , kawasan sawah padi itu menjadi ______ dan tanahnya juga merekah .

a)

lempab

b)

tandus

c)

kering

d)

basah

25.

Haiwan pun _______ akan anaknya, inikan pula manusia .

a)

sayang

b)

gemar

c)

rindu

d)

suka

26.

Sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai itu menyebabkan air sungai menjadi __________ dan berkeladak .

a)

jernih

b)

keruh

c)

hapak

d)

licin

27.

Ayah sudah ______ sihat dan mampu berjalan tanpa menggunakan tongkat.

a)

beransur

b)

bergerak

c)

berjuang

d)

beroleh

28.

Tok Samad ____________ jalanya pada permukaan sungai yang berarus tenang .

a)

menghumban

b)

menusuk

c)

menabur

d)

menebar

29.

Khair dan rakan-rakannya duduk di lantai dewan itu dengan ____________ surat khabar lama.

a)

beralaskan

b)

berjahitkan

c)

berbatalkan

d)

bertampalkan

30.

Alissya mengenang kesakitan apabila doktor mencuci luka pada lengannya .


Pilih perkataan yang salah .

a)

mengenang

b)

apabila

c)

mencuci

d)

Tiada kesalahan

31.

Pemuda itu terpaksa meringkuk di dalam penjara selama dua tahun akibat kesalahan mencuri.


Pilih perkataan yang salah

a)

meringkuk

b)

penjara

c)

kesalahan

d)

Tiada kesalahan

32.

Kakak dan abang ketawa berdekah-dekah semsa menuntun rancangan Maharaja Lawak Mega yang ditayangkan di Astro Warna .


Pilih perkataan yang salah.

a)

berdekah-dekah

b)

menuntun

c)

ditayangkan

d)

Tiada kesalahan

33.

Sudah lebih sepuluh tahun Encik Zaim dan keluarganya hinggap di Kampung Dusun Buluh ini.


Pilih perkataan yang salah.

a)

Sudah

b)

sepuluh

c)

hinggap

d)

Tiada kesalahan

34.

_________ diminta mengulang kaji pelajaran setipa kali selesai proses pembelajaran di sekolah.

a)

Guru-guru

b)

Ketua-ketua

c)

Murid-murid

d)

Pekerja-pekerja

35.

Budak lelaki itu menangis __________ apabila dimarahi oleh ibunya kerana bermain di luar rumah tanpa memakai kasut.

a)

teresak-esak

b)

terharu-haru

c)

tersekat-sekat

d)

terniang-niang

36.

Puan Fatimah menjaga ________nya seperti menatang mintak yang penuh umpama anak sendiri.

a)

anak-anak perempuan

b)

anak-anak angkat

c)

anak-anak lelaki

d)

anak-anak kecil

37.

Ibu sedang menunggu ayah yang tidak juga __________ ke rumah walaupun hari sudah larut malam.

a)

pulang-pulang

b)

datang-datang

c)

pindah-pindah

d)

timbul-timbul

38.

Kita haruslah menghargai jasa para pejuang kemerdekaan yang berjuang ___________demi membebaskan tanah air tercinta daripada penjajah .

a)

bermusuh-musuhan

b)

bersahut-sahutan

c)

berkejar-kejaran

d)

bermati-matian

39.

________ adik semakin lancar hari demi hari .

a)

Bacaan

b)

Tulisan

c)

Hiburan

d)

Karangan

40.

Puan Irdina memasukkan serbuk _________ terlebih dahulu ke dalam mesin basuh sebelum memasukkan pakaian yang kotor.

a)

pengering

b)

pewarna

c)

pemutih

d)

pencuci

41.

Pihak polis telah melakukan _________ke atas sebuah rumah yang dipercayai sarang penagihan dadah.

a)

serbuan

b)

gencatan

c)

tembakan

d)

rompakan

42.

Para ______ memberikan tepukan yang gemuruh setelah para pelakon teater tersebut selesai membuat persembahan.

a)

pembaca

b)

penonton

c)

penasihat

d)

pendengar

43.

____________ kecemasan itu diterima oleh pihak bomba pada dua jam pagi dan mereka bergegas ke lokasi kebakaran.

a)

Bisikan

b)

Laungan

c)

Rakaman

d)

Panggilan

44.

Robert betul-betul kecewa keran dia dipersalahkan dalam kes kecurian itu.Padahal, dia langsung tidak berada di tempat berkenaan. Keadaan ini diibaratkan _____________.

a)

rambut sama hitam, hati lain-lain

b)

sekali jalan terkan, dua kali jalan tahu

c)

sepandai-pandai tupai melompat , akhirnya jatuh ke tanah jua

d)

orang lain yang makan nangka , orang lain yang terkena getahnya

45.

Hati Hatina __________ apabila mendapat tahu bahawa tunangnya curang.

a)

seperti ikan kena tuba

b)

seperti emas baru disepuh

c)

seperti hujan jatuh ke pasir

d)

seperti kaca terhempas ke batu

46.

Rania dan Raisya amat rapat dan sentiasa bersama walau ke mana sahaja mereka pergi. Hubungan mereka ini bertepatan dengan perumpamaan ___

a)

bagai duri dalam daging

b)

bagai tikus jatuh ke beras

c)

bagai dakwat dengan kertas

d)

bagai layang-layang putus tali

47.

Aleesya mencurahkan __________nya kepada kakak sambil menangis.

a)

iri hati

b)

isi hati

c)

sakit hati

d)

patah hati

48.

Tulisan Syamimi seperti _______ dan sukar dibaca.

a)

kucing bertanduk

b)

durian runtuh

c)

cakar ayam

d)

lintah darat

49.

Mak Cik Hasmah sangat tekun menenun songket itu _________ sehingga tidak sedar kehadiran kami ke rumhanya.

a)

seperti delima merekah

b)

seperti gergaji dua mata

c)

seperti api dalam sekam

d)

seperti anai-anai makan kayu

50.

Darlina dan adik-adiknya _________apabila ibu dan ayahnya meninggal dunia dalam kemalangan seminggu yang lalu kerana mereka hilang tempat bergantung

a)

seperti langit dengan bumi

b)

seperti cincin dengan permata

c)

seperti anak ayam kehilangan ibu

d)

seperti cendewan tumbuh selepas hujan