WorksheetsTERENGGANU PERCUBAAN 2020
Total questions: 29
Worksheet time: 2hrs 49mins
Antara pasangan berikut, manakah padanan yang betul?
A
B
C
D
Rajah 1 menunjukkan terapi Gamma Knife. Sinar gamma yang digunakan untuk membunuh sel kanser dihasilkan oleh suatu isotop.
Apakah nama isotop tersebut?
Iodin-131
Cobalt - 60
Natrium - 24
Karbon -14
Kalium dikromat(VI) biasanya digunakan sebagai agen pengoksidaan untuk eksperimen di makmal. Apakah formula kimia bagi kalium dikromat(VI) ?
K2CrO2
K2CrO4
K2Cr2O4
K2Cr2O7
Pernyataan berikut merujuk kepada penemuan saintis dalam perkembangan Jadual Berkala Unsur.
- Mengkaji spektrum sinar-X unsur-unsur
- Menyusun unsur-unsur dalam Jadual Berkala Unsur mengikut pertambahan nombor proton.
Lothar Meyer
John Newlands
Henry J.G. Moseley
Dmitri Mendeleev
Rajah 2 menunjukkan suatu sebatian. Berapakah pasangan elektron yang dikongsi oleh atom-atom dalam sebatian ini?
6
7
12
14
Antara pelarut-pelarut berikut, yang manakah boleh melarutkan kalium oksida?
Eter
Propanon
Air
Benzena
Antara berikut, yang manakah merupakan elektrolit?
Asid nitrik cair
Larutan sukrosa
Leburan asetamida
Leburan kuprum
Antara bahan-bahan berikut, yang manakah merupakan asid monoprotik?
Asid propanoik, C2H5 COOH
Asid fosforik, H3PO4
Asid sulfurik, H2SO4
Asid karbonik, H2CO3
Antara berikut, yang manakah garam tak terlarutkan?
Argentum nitrat
Ammonium klorida
Kalsium sulfat
Kalium karbonat
Antara larutan berikut, manakah akan membentuk mendakan putih yang tidak larut dalam larutan natrium hidroksida yang berlebihan?
Plumbum(II) nitrat
Magnesium klorida
Aluminium nitrat
Zink sulfat
Rajah 3 menunjukkan salah satu peringkat dalam pembuatan asid sulfurik menggunakan Proses Sentuh.
Apakah bahan X?
Sulfur
Air
Oksigen
Sulfur dioksida
Rajah 4 menunjukkan formula struktur bagi suatu sebatian yang digunakan sebagai perisa pisang tiruan.
Apakah nama bagi sebatian tersebut?
Propil butanoat
Butil pentanoat
Butil propanoat
Pentil butanoat
Antara ubat-ubat berikut, yang manakah digunakan untuk mengurangkan kepenatan dan meningkatkan mood?
Parasetamol
Penisilin
Amfetamin
Barbiturat
Antara bahan-bahan berikut, yang manakah digunakan sebagai pengawet makanan?
Natrium nitrit
Tartrazina
Asid askorbik
Mononatrium glutamat
Formula bagi garam nitrat M ialah MNO3.
Apakah formula bagi garam fosfat M?
M3PO4
M2PO4
MPO4
M2(PO4)3
Rajah 6 menunjukkan satu sel kimia ringkas. Dua logam yang berlainan digunakan sebagai elektrod
Logam yang manakah boleh menggantikan logam zink untuk mendapatkan bacaan voltan yang paling tinggi?
Stanum
Argentum
Ferum
Plumbum
Persamaan kimia manakah yang diseimbangkan dengan betul?
Ca(NO3)2 → CaO + 2 NO2 + O2
C3H7OH + 5 O2 → 3 CO2 + 4 H2O
2 KMnO4 → K2MnO4 + MnO2 + O2
Na2S2O3 + 2 HCl → 2 NaCl + H2O + 2 S + SO2
Rajah 16 menunjukkan gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas antara 50 cm3 larutan kuprum(II) nitrat 0.2 mol dm-3 dengan logam T berlebihan.
[Muatan haba tentu larutan = 4.2 J g-1 oC-1, ketumpatan larutan = 1 g cm-3]
Apakah perubahan suhu bagi tindak balas tersebut?
4.5 0C
7.5 0C
8.6 0C
10.5 0C
Unsur P dan Q mempunyai nombor proton 11 dan 19.
Pernyataan manakah yang betul?
Takat lebur P lebih tinggi berbanding Q
Saiz atom P lebih besar berbanding Q
Ketumpatan P lebih tinggi berbanding Q
Keelektropositifan P lebih tinggi berbanding Q
Antara pasangan bahan-bahan berikut, yang manakah akan menghasilkan pembuakan apabila bertindak balas?
Kuprum dan asid sulfurik
Litium dan air
Argentum nitrat dan plumbum
Klorin dan kalium hidroksida
Antara yang berikut, yang manakah kegunaan isotop iodin-131?
Rawatan kanser
Mengesan penyakit tiroid
Sinar-X untuk pemeriksaan badan
Pentarikhan usia fosil dan artifak
Sebatian manakah yang mempunyai formula empirik CH2O?
HCOOH
CH3COOH
CH3COOCH3
HCOOC2H5
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang semua bes?
Larut dalam air
Mempunyai sifat alkali
Bertindak balas dengan asid
Mengandungi ion-ion hidroksida
Komunikasi digital memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan moden.
Penghantaran data, suara dan imej secara berkesan dalam format digital memerlukan satu
bahan yang sesuai.
Apakah bahan itu?
Kuprum
Silikon
Gentian optik
Superkonduktor
Antara faktor berikut, yang manakah tidak mempengaruhi elektrolisis larutan akues?
Kepekatan ion-ion dalam elektrolit
Jenis elektrod yang digunakan dalam elektrolisis
Kedudukan ion-ion dalam siri elektrokimia
Isipadu elektrolit yang digunakan dalam elektrolisis
Antara pernyataan berikut, yang manakah menjelaskan maksud perlanggaran berkesan?
Perlanggaran yang tenaganya kurang daripada tenaga pengaktifan
Perlanggaran yang berlaku mempunyai tenaga yang rendah
Perlanggaran yang berlaku sebelum sesuatu tindak balas
Perlanggaran yang menghasilkan tindak balas
Formula bagi ion sulfat adalah SO42- dan ion nitrat adalah NO3-.
Jika formula garam sulfat bagi M ialah MSO4, apakah formula garam nitrat bagi M?
MNO3
M(NO3)2
M2NO3
M(NO3)3
Unsur X bertindak balas dengan unsur Y untuk membentuk suatu sebatian kovalen yang mempunyai formula XY2. Susunan elektron bagi atom Y ialah 2.8.7.
Antara berikut, yang manakah susunan elektron yang mungkin bagi atom X?
2.8.1
2.8.2
2.8.4
2.8.6
Seorang murid mempunyai sebentuk cincin besi. Dia ingin menjadikan cincin itu lebih cantik dan tahan lama untuk dihadiahkan kepada rakannya. Apakah langkah yang paling baik dilakukan?
Mencelup cincin dalam asid
Mencuci cincin dengan detergen
Menyadur cincin dengan argentum
Memberus cincin dengan bahan pengilat
