NEW
Font size
WorksheetsPERTANDINGAN KUIZ PENGETAHUAN GEOGRAFI (ARAS 1)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1. Apakah lapisan atmosfera yang paling nipis dan paling hampir dengan permukaan bumi?
A. Termosfera
B. Troposfera
C. Mesosfera
D. Stratosfera
2. Pernyataan yang manakah benar tentang gas kekal?
I. Argon
II. Nitrogen
III. Helium
IV. Oksigen
A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. II, III dan IV
3. Pernyataan yang manakah benar tentang Matahari?
I. Terdiri daripada gas helium dan hydrogen
II. Beredar mengelilingi bumi setiap hari
III. Saiznya 10 kali saiz bumi
IV. Suhunya dipermukaan ialah 6000 ºc
A. I dan IV
B. I dan II
C. II dan IV
D. III dan Iv
4. Lapisan atmosfera yang bertanggungjawab kepada perubahan cuaca di bumi ialah
A. Mesosfera
B. Troposfera
C. Stratosfera
D. Eksosfera
5. Apakah lapisan bumi yang mempunyai arus perolakan dan jisim paling besar?
A. Mantel
B. Astenosfera
C. Kerak Bumi
D. Teras Dalam
6. Pada bahagian yang manakah lapisan bumi yang paling tumpat dan paling panas terletak?
A. Astenosfera
B. Mantel
C. Sima
D. Teras Dalam
7. Apakah yang akan berlaku jika keadaan seperti rajah di bawah terjadi?
I. Gerhana Matahari
II. Air pasang perbani
III. Gerhana Bulan
IV. Bulan Sabit Muda
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
8. Pernyataan yang manakah benar tentang Bumi?
I. Paksi Bumi condong pada satah orbit Bumi
II. Bumi berputar di atas paksinya 24jam sekali
III. Putaran Bumi menyebabkan kejadian siang dan malam yang tidak sama panjang.
IV. Kutub utara dan kutub selatan menghadap ke matahari secara berganti-ganti
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
9. Sistem atmosfera mempunyai bentuk tenaga iaitu
I. Tenaga Kinetik
II. Tenaga keupayaan
III. Tenaga Haba pendam
IV. Tenaga haba rasa (Terma)
A. I dan II
B. II dan III
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV
10. Rajah di atas saling berkait antara sistem Bumi.
A. Atmosfera dengan Hidrosfera
B. Litosfera dengan Atmosfera
C. Biosfera dengan Hidrosfera
D. Biosfera dengan Atmosfera
11. Apakah langkah yang dapat melindungi hutan?
I. Penumbuhan taman Negara
II. Kajian tentang Flora dan Fauna
III. Pemeliharaan hidupan liar dalam Zoo
IV. Penghutanan semula
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
12. Pernyataan yang manakah benar tentang faedah pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuhan semulajadi?
I. Haiwan yang pupus dilindungi
II. Haiwan boleh mendapat makanan
III. Kepelbagaian spesies terjamin
IV. Kebakaran hutan terkawal
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
13. Apakah Langkah untuk pemuliharaan hutan di Malaysia
A. Pencegahan kebakaran
B. Penubuhan hutan simpan
C. Penanaman semula
D. Penubuhan Taman Negara
14. Perkara di bawah akan mempengaruhi
~Umur perkahwinan perempuan
~Perancangan Keluarga
A. Kadar kematian
B. Kadar kelahiran
C. Migrasi penduduk
D. Pembangunan bandar
15. Faktor yang mengalakkan imigrasi antarabangsa di sesetengah Negara di dunia ialah
I. Peluang pekerjaan
II. Taraf hidup
III. Pelaburan asing
IV. Peluang pekahwinan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
16. Pernyataan yang manakah menunjukkan faktor penarik bagi migrasi masuk?
A. Jangka hayat yang panjang
B. Peluang pekerjaan
C. Cara hidup yang mudah
D. Pembukaan tempat peranginan
17. Ciri-ciri penduduk di bawah merujuk kepada Negara
· Kadar literasi tinggi
· Kadar kelahiran rendah
· Kepadatan penduduk tinggi
I. Bangladesh
II. Malaysia
III. Jepun
IV. United kingdom
A. I dan II
B. I dan Iv
C. II dan III
D. III dan IV
18. Kawasan hijau di Bandar raya diwujudkan untuk mengatasi masalah
A. Kesan rumah hijau
B. Pencemaran udara dan air
C. Banjir kilat
D. Peningkatan suhu bandar
19. Apakah langkah untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di Bandar?
I. Pembinaan jejambat
II. Menaikkan cukai jalan
III. Menaikkan harga petrol
IV. Pembinaan lebuh raya
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
20. Apakah kepentingan sumber pantai dan marin kepada Manusia?
A. Bekalan protein
B. Menjana kuasa
C. Menyerdahanakan suhu
D. Kaya dengan plankton
