NEW
Font size
WorksheetsKUIZ CTU553 | CTU555 | BAB 1 & 2
Total questions: 14
Worksheet time: 7mins
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”
Surah al-Hujurat ayat 13 di atas menunjukkan Islam...
Menggalakkan manusia bermusuh-musuhan
Menggalakkan manusia agar saling berkenalan dan hidup bersatu padu dalam kalangan bangsa yang pelbagai.
Memandang kepada keunggulan sesuatu bangsa
Malayan Union berlaku ketika era..
Era Kesepaduan Sosial
Era Konflik
Era Stabil tapi Tegang
Dalam usaha meredakan ketegangan etnik, British telah menubuhkan sebuah badan perunding bagi mengembalikan kesepaduan dalam kalangan kaum (Melayu, Cina dan India) yang dinamakan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC). Antara berikut yang manakah BUKAN pemimpin kaum utama dalam jawatankuasa itu?
Dato’ Onn Jaafar
Tunku Abdul Rahman
Tan Cheng Lock
E.E.C. Thuraisingham
Setiap kumpulan etnik sedar serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain yang wujud dalam sesebuah masyarakat di mana mereka mempertahankan budaya hidup masing-masing. Konsep ini ialah:
Akulturasi
Akomodasi
Asimilasi
Amalgamasi
_________ berlaku apabila melibatkan perubahan kebudayaan dan pinjam-meminjam unsur kebudayaan akibat perhubungan antara dua kumpulan manusia yang berlainan tradisi. Ianya tidak mengubah unsur-unsur budaya asal.
Akulturasi
Amalgamasi
Asimilasi
Akomodasi
X ialah pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama menyebabkan berlaku penghapusan penuh perbezaan. X ialah...
Akomodasi
Akulturasi
Amalgamasi
Asimilasi
Sebelum penjajahan British, pembentukan masyarakat majmuk berlaku secara semulajadi tanpa paksaan.
Betul
Salah
Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial terhadap kelompok lain berdasarkan perbezaan fizikal/biologi.
Prejudis
Stereotaip
Etnosentrisme
Rasisme
Berikut pernyataan yang TEPAT berkenaan budaya, KECUALI:
Budaya terbahagi kepada dua iaitu budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan
Budaya tidak perlu dipelajari
Budaya itu diwarisi daripada generasi ke generasi berikutnya
Budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang mengalami perubahan.
Prejudis ialah pandangan negatif terhadap ahli atau
kelompok etnik lain.
Betul
Salah
__________ merupakan kenyataan umum secara berlebih-lebihan tentang perkara baik atau buruk terhadap sesuatu kumpulan etnik.
Diskriminasi
Prejudis
Etnosentrisme
Stereotaip
Formula A + B + C = A + B + C menunjukkan konsep hubungan etnik:
Asimilasi
Amalgamasi
Akomodasi
Akulturasi
Formula Abc + Bac + Cab menunjukkan konsep hubungan etnik:
Akulturasi
Asimilasi
Amalgamasi
Akomodasi
Berikut merupakan impak kolonialisme British di Tanah Melayu, KECUALI:
Struktur kerajaan yang memisahkan antara agama dan negara
Hal ehwal agama diletakkan di bawah kuasa Sultan-Sultan Melayu
Dualisme dalam sistem pendidikan
Berubah daripada perindustrian kepada pertanian sara diri
