Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Praktis Bahasa Melayu UPSR 4 Bahagian A

Total questions: 16

Worksheet time: 32mins

Name
Class
Date
1.

Keadaan di lebuh raya pada malam itu _____ kerana tiada kenderaan yang lalu-lalang.

a)

gelap

b)

kelam

c)

senyap

d)

sunyi

2.

Pondok kecil itu terletak di _____ dua buah banglo.

a)

antara

b)

sebelah

c)

hadapan

d)

belakang

3.

Permukaan batu itu ____. Oleh itu, kamu harus berhati-hati.

a)

lembut

b)

gebu

c)

licin

d)

halus

4.

Tuan Guru Besar _____ murid-murid berusaha dengan sedaya upaya untuk mendapat keputusan cemerlang.

a)

menyeru

b)

memaksa

c)

menuduh

d)

mengulas

5.

"_____ negara, saya akan berjuang habis-habisan," kata Rooney.

a)

Lantaran

b)

Tentang

c)

Demi

d)

Oleh

6.

Patrik _____ rumahnya dengan lampu yang berwarna-warni untuk menyambut Hari Krismas.

a)

meratapi

b)

meletakkan

c)

mendekati

d)

menghiasi

7.

Kehidupan Mak Cik Auni ____ akibat sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab.

a)

gelap-gelita

b)

porak-peranda

c)

hingar-bingar

d)

compang-camping

8.

Wajah Loy ____ akibat terkejut melihat kemalangan ngeri itu.

a)

merah padam

b)

kuning langsat

c)

hitam legam

d)

pucat-besi

9.

Pak Mandir menanam beberapa _____ serai dan lima ____ pokok langsat di kebunnya.

a)

rumpun ... batang

b)

batang ... potong

c)

ikat ... pasang

d)

gumpal ... buah

10.

Irfan berasa cemas kerana pemandu kenderaan itu cuba menggertaknya.


Pilih perkataan sinonim bagi menggertak.

a)

memukul

b)

mendera

c)

menampar

d)

mengancam

11.

Ikan-ikan talapia kelihatan berenang-renang di dalam kolam yang jernih itu.


Pilih perkataan antonim bagi jernih.

a)

tohor

b)

pudar

c)

keruh

d)

kusam

12.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I. Alice mempunyai lima buah buku akaun simpanan bank.

II. Dia membalut buku almari itu dengan kain.

III. Banyak buku yang hangus apabila perpustakaan sekolah itu terbakar.

IV. Jam dinding itu digantung pada buku dinding.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

13.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.


Sebanyak RM1000 perlu dibayar sebagai _____ bagi menyertai pakej pelancongan ke luar negara itu.

a)

duit kopi

b)

wang muka

c)

buah tangan

d)

wang hangus

14.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Pemuda itu dijatuhi hukuman penjara kerana didapati bersalah mencuri barangan di pasar raya.

a)

Barangan di pasar raya yang dicuri oleh pemuda yang dijatuhi hukuman penjara itu didapati bersalah.

b)

Pemuda di pasar raya itu didapati bersalah kerana mencuri barangan dan dihukum penjara.

c)

Hukuman penjara dijatuhkan kepada pemuda itu kerana mencuri barangan yang didapati bersalah di pasar raya.

d)

Oleh sebab pemuda itu didapati bersalah kerana mencuri barangan di pasar raya, dia dijatuhi hukuman penjara.

15.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Cikgu Sally berpesan agar semua murid menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan berhati-hati.

a)

"Semua soalan peperiksaan tentang murid-murid hendaklah kamu jawab," pesan Cikgu Sally.

b)

"Murid-murid, jawablah soalan-soalan peperiksaan dengan berhati-hati," pesan Cikgu Sally.

c)

"Murid-murid, jawapan kamu haruslah berhati-hati agar soalan-soalan peperiksaan dapat dijawab," pesan Cikgu Sally.

d)

"Murid-murid, soalan-soalan peperiksaan yang berhati-hati hendaklah kamu jawab," pesan Cikgu Sally.

16.

Pilih ayat yang betul.

a)

Pokok mangga yang rendang itu tertanam oleh Pak Long.

b)

Pokok mangga yang rendang itu ditanam oleh Pak Long.

c)

Pokok mangga yang rendang itu menanam Pak Long.

d)

Pokok mangga yang rendang itu Pak Long yang tanam.