wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Praktis Bahasa Melayu UPSR 5 Bahagian A

Total questions: 16

Worksheet time: 32mins

Name
Class
Date
1.

Pendekar Sofi _____ sebilah keris di pinggangnya.

a)

menampalkan

b)

menyisipkan

c)

meletakkan

d)

menyangkutkan

2.

Air sungai itu _____ kerana pelbagai sisa buangan dibuang ke dalamnya.

a)

tawar

b)

keruh

c)

bersih

d)

jernih

3.

Setelah keadaan selamat, pemandu kereta itu _____ kenderaan yang berada dihadapannya.

a)

melanggar

b)

menyelit

c)

menyusul

d)

memotong

4.

Dua ____ pistol dan ____ bom buatan sendiri turut dirampas daripada kumpulan penjenayah itu.

a)

pucuk ... sebutir

b)

laras ... sebuah

c)

das ... sebiji

d)

batang ... sekeping

5.

Atas ____ yang cemerlang dalam UPSR, Victor dihadiahkan oleh ayahnya sebuah basikal.

a)

kemenangan

b)

kepandaian

c)

kemahiran

d)

kejayaan

6.

Puan Chan sedang _____ kuih pau yang berintikan kacang merah.

a)

merebus

b)

mengukus

c)

menjerang

d)

menanak

7.

Hui Xin berasa sedih ____ kucing kesayangannya mati akibat dilanggar kereta.

a)

namun

b)

kerana

c)

lalu

d)

dan

8.

Harga ____ buah rambutan dan ____ sayur itu cuma RM8.00 sahaja.

a)

sebuah ... secekak

b)

sebiji ... sekumpulan

c)

selonggok ... seikat

d)

sekumpulan ... serumpun

9.

Gadis itu menyembur _____ pada bajunya sebelum keluar dari rumah.

a)

minyak masak

b)

minyak angin

c)

minyak rambut

d)

minyak wangi

10.

Penumpang diminta menekan loceng sebelum turun dari bas.


Pilih perkataan sinonim bagi menekan.

a)

menumbuk

b)

menindih

c)

menindas

d)

memicit

11.

Pemuda yang berbaju hitam itu sangat biadap dan tidak berbudi bahasa.


Pilih perkataan antonim bagi biadap.

a)

jahat

b)

sopan

c)

patuh

d)

hornat

12.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I. Cuaca di luar rumah gelap kerana malam hampir tiba.

II. Adik suka minum kopi yang gelap.

III. Keadaan di dalam gua itu sangat gelap.

IV. Polis sedang mengintip pencuri yang bermata gelap itu.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

13.

Pilih peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.

Perdana Menteri sering menegaskan bahawa Malaysia telah mampu bersaing dan _____ dengan negara maju dalam pelbagai bidang.

a)

duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

b)

enggang sama enggang, pipit sama pipit

c)

tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas

d)

hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih

14.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Pelbagai bantuan terutamanya bekalan makanan dan pakaian disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan yang terjejas.

a)

Hanya bantuan yang berupa bekalan makanan dan pakaian sahaja yang diberikan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan yang terjejas.

b)

Mangsa-mangsa banjir di kawasan yang terjejas terutamanya bekalan makanan dan pakaian diberikan saluran bantuan.

c)

Di kawasan yang terjejas dengan bekalan makanan dan pakaian, bantuan kepada mangsa-mangsa banjir disalurkan.

d)

Mangsa-mangsa di kawasan yang terjejas dengan banjir menerima berbagai-bagai bantuan terutamanya bekalan makanan dan pakaian.

15.

Pilih ayat yang betul.

a)

Rumah sewa itu kosong sejak tiga setengah tahun yang lalu.

b)

Bila hari malam, bunyi salakan anjing sering kedengaran.

c)

Kakak menenun sepasang kebaya untuk dipakai pada hari raya nanti.

d)

Mereka mengacau dodol dari pagi hingga malam.

16.

Pilih ayat yang betul.

a)

Gambar keluarga Laila tergantung kepada dinding ruang tamu.

b)

Selain daripada melukis, hobi Lily ialah membaca novel.

c)

Setiap murid harus berusaha untuk berjaya dalam pelajaran.

d)

Tidak ada sesiapa yang dibenarkan masuk ke ruang ini.