WorksheetsSTPM Semester 1 - Sejarah BM
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Perkataan yang manakah digunakan oleh catatan orang Cina pada zaman Dinasti Tang yang merujuk kepada istilah "Melayu"?
Malaya dvipa
Maleu-colon
Mo-lo-yeu
Kwun-lun
Yang manakah yang memberikan pengertian yang sempit bagi istilah "Melayu"?
Bangsa-bangsa Austronesia di Kepulauan Melayu
Suku bangsa di Semenanjung Malaysia, Thailand, dan Indonesia.
Penutur asli di Semenanjung Malaysia, Brunei, Sumatera, Filipina, Pattani, dan Madagaskar
Bangsa yang menuturkan bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu, dan menganut agama Islam
Yang manakah pernyataan yang BETUL tentang filum?
Bahasa yang berusia kurang daripada 2500 tahun
Bahasa yang berusia antara 2500 hingga 5000 tahun
Bahasa yang dalam lingkungan usia 5000 tahun dan ke atas
Bahasa yang usianya dalam lingkungan kurang daripada 1500 tahun
Kelompok bahasa yang manakah yang menurunkan bahasa Melayu?
Ausroasia
Tibet-Cina
Nusantara
Mikronesia
Bahasa yang manakah TIDAK termasuk dalam rumpun Austronesia Timur?
Polinesia
Nusantara
Melanesia
Mikronesia
Yang manakah yang tergolong dalam kelompok bahasa Sumatera?
I - Bahasa Batak
II - Bahasa Tonga
III - Bahasa Lampung
IV - Bahasa Marianna
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Bahasa yang manakah termasuk dalam keluarga bahasa Jawa?
Melayu
Madura
Bulanga
Makasar
Bahasa Austronesia ialah
bahasa di pulau-pulau selatan
keturunan induk bahasa Melayu
kumpulan bahasa di kepulauan Fiji
keluarga bahasa di kepulauan Marshall
Yang manakah panggilan lain bagi rumpun Austronesia Barat?
Austris
Formosa
Ocenesia
Hesperanesia
Bahasa Bisaya dan bahasa Sulu termasuk dalam bahasa
Sulawesi Selatan
Kalimantan
Gorontalo
Filipina
Dalam kelompok bahasa Austronesia, keluarga yang manakah mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak?
Polenisia
Melanesia
Nusantara
Mikronesia
Apakah persamaan antara bahasa Nias dengan bahasa Orang Laut?
Tergolong dalam kelompok bahasa Filipina
Termasuk dalam kumpulan bahasa Sumatera
Bahasa yang terdapat dalam rumpun Ocenesia
Bahasa yang digunakan di kepulauan Sulawesi Selatan
Yang manakah tulisan bahasa Melayu kuno yang berasal daripada budaya Hindu?
I - Jawi
II - Kawi
III - Rumi
IV - Nagiri
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah benar tentang perkembangan bahasa Melayu kuno?
I - Berkembang pada zaman kerajaan Majapahit
II - Mengalami evolusi pertama melalui pengaruh bahasa Sanskrit
III - Penggunaannya terdapat pada batu bersurat yang ditulis sekitar abad ke-7
IV - Kewujudannya dikatakan bermula sebelum adanya bahasa purba di Nusantara
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Yang manakah batu bersurat yang paling awal menyebutkan hal kerajaan Sriwijaya?
Kota Kapur
Talang Tuwo
Karang Brahi
Kedukan Bukit
"...tluratus sapulu dua wanakna datang..."
Dalam bahasa Melayu moden, perkataan yang bergaris bermaksud
membawa
banyaknya
tatakalanya
sebanyaknya
Yang manakah BUKAN imbuhan dalam bahasa Melayu kuno?
ni-
mar-
par-...-an
meng-...-i
- talaga
- dngan
- nigalar
Apakah ciri yang terdapat dalam ketiga-tiga perkataan bahasa Melayu kuno di atas?
Menggugurkan konsonan h
Tidak menggunakan awalan ma-
Tiada penggunaan bunyi e pepet
Tidak menggunakan apa-apa imbuhan
Tulisan Nagiri digunakan pada batu bersurat
Gandasuli
Kota Kapur
Karang Brahi
Talang Tuwo
Huruf Palava yang digunakan dalam bahasa Melayu kuno berasal dari
utara India
selatan India
selatan China
tenggara India
- Batu bersurat di Joreng (1179 Masihi)
- Batu bersurat di Padang Lawas (1213 Masihi)
Kedua-dua batu bersurat di ata menggunakan tulisan
Palava
Nagiri
Jawi
Kawi
Yang berikut ialah faktor yang menyebabkan bahasa Melayu kuno mudah dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit, KECUALI
pengaruh agama Hindu-Buddha
Sanskrit ialah bahasa bangsawan
kekurangan kosa kata bahasa Melayu
ketamadunan bahasa Melayu sudah tinggi
Perkataan yang manakah yang dalam bahasa Melayu kuno menambahkan bunyi h?
Ibu
Aur
Ayah
Emak
Bahasa Melayu klasik mempunyai perkaitan yang sangat erat dengan
ketamadunan budaya Sanskrit
perkembangan agama Islam
penjajahan orang Barat
pendudukan Portugis
Apakah langkah yang dibuat untuk menyelesaikan masalah homograf dalam tulisan Jawi setelah mendapat pengaruh Melayu?
Mewujudkan tanda diakritik
Menggunakan tulisan Rumi
Menghilangkan tanda baris
Mewujudkan huruf vokal pada suku kata
Perkataan yang manakah jika dieja dalam tulisan Jawi, menggunakan huruf "va"?
Kelapa
Telinga
Variasi
Zirafah
Yang manakah BUKAN bukti penggunaan bahasa Melayu klasik?
Surat-surat Raja Melayu
Prasasti dan batu nisan raja
Naskhah sastera Melayu lama
Tulisan Palava pada batu bersurat
Yang manakah naskhah sastera klasik tentang raja yang memerintah di negeri Perak?
Hikayat Hang Tuah
Sulalatus Salatin
Sejarah Melayu
Misa Melayu
Kitab Pengetahuan Bahasa
Siapakah yang menulis buku di atas?
Zainal Abidin Ahmad
Abdullah Munsyi
Raja Ali Haji
Mohd Said
Institusi yang manakah yang menerbitkan bahan bacaan umum dan buku untuk sekolah Melayu?
Angkatan Sasterawan 50
Pejabat Karang-Mengarang
Universiti Kebangsaan Malaysia
Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa
Pertubuhan yang manakah yang menganjurkan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu?
I -- Universiti Malaya
II -- Maktab Perguruan Sultan Idris
III -- Dewan Bahasa dan Pustaka
IV -- Angkatan Sasterawan 50
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Peraturan yang manakah yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia?
Akta Hasutan 1970
Akta Pendidikan 1996
Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959
Perkara 152 Perlembagaan Malaysia 1957
Yang manakah buku yang dihasilkan oleh Dr. Nik Safiah Karim?
I -- Tatabahasa Dewan
II -- Nahu Melayu Mutakhir
III -- Susur Galur Bahasa Melayu
IV -- Yang Indah Itu Bahasa
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pertubuhan yang manakah yang membantah sikap antinasional, khususnya tentang bahasa kebangsaan?
Dewan Bahasa dan Pustaka
Universiti Kebangsaan Malaysia
Barisan Bertindak Bahasa Kebangsaan
Persatuan Pelajar Maktab Perguruan Bahasa
Yang manakah TIDAK termasuk dalam perancangan taraf bahasa kebangsaan?
Bahasa kebangsaan
Bahasa pengantar
Bahasa rasmi
Bahasa baku
Korpus yang manakah yang termasuk dalam proses pengekodan?
I -- Pengistilahan
II -- Penyebutan
III -- Penyusunan kamus
IV -- Pemupukan kata
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah BUKAN fungsi bahasa Melayu moden?
Alat komunikasi
Media perpaduan
Sumber keilmuan
Untuk penterjemahan
Yang manakah perkataan yang dipinjam daripada bahasa Portugis?
I -- Kemeja
II -- Jendela
III -- Senapang
IV -- Samseng
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Antara perkataan yang berikut, yang manakah yang menggunakan imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit?
Seniwati
Wataniah
Manusiawi
Anti-Amerika
Frasa yang manakah yang digunakan secara salah kesan daripada pengaruh frasa bahasa Inggeris?
Studio mini
Polis tentera
Hijaj Hospital
Restoran Suka Ramai
