WorksheetsBerdikari
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Apakah pengertian berdikari?
Mencapai sesuatu perkara dengan adanya bantuan daripada orang lain
Kebolehan untuk melakukan sesuatu perlu pimpinan daripada orang lain
Kebolehan dan kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
Kesanggupan melakukan sesuatu perkara tanpa panduan orang lain
Kesemua berikut merupakan contoh-contoh bagi sikap berdikari ketika kanak-kanak kecuali:
Mengemas tempat tidur
menggosok baju
memikul beg sendiri ke sekolah
mengemas rumah
Antara peribahasa yang berikut, manakah yang sesuai bagi amalan berdikari?
Bagai isi dengan kuku
Bagai aur dengan tebing
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Gunting dalam lipatan
Apakah kesan menjadi kanak-kanak berdikari?
Mengambil keputusan sendiri
Ibu bapa akan lebih percaya anak mereka
Mencapai kecemerlangan dalam akademik
Dipandang tinggi oleh rakan sebaya
Antara berikut yang manakah bukan ciri-ciri individu yang berdikari
Bertindak apabila arahan diberikan sahaja
Membuat keputusan sendiri
Yakin pada diri sendiri
Bertanggungjawab
Antara berikut yang manakah amalan berdikari dalam kehidupan seharian
i. mengulangkaji pelajaran
ii. mengemas bilik tidur sendiri
iii. menyiapkan kerja sekolah yang diberikan tanpa meniru
i sahaja
i & ii
ii & iii
semua di atas
Apakah kesan sekiranya mengamalkan nilai berdikari dalam kehidupan seharian ?
i. berjaya dalam kehidupan
ii. produktiviti diri berkurang
iii. mampu menambah keyakinan diri
iv. kurang yakin dalam membuat keputusan
i,ii,iv
i & iii
ii,iii,iv
semua di atas
Ciri-ciri pemimpin yang berdikari ialah seperti berikut...
mampu menyelesaikan masalah
cekap dan cepat bertindak dalam menangani masalah
amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
mengabaikan kebajikan rakyat
Kesan tidak mengamalkan nilai berdikari dalam kehidupan
Berjaya dalam kehidupan
Yakin pada diri sendiri
Tidak cemerlang dalam pelajaran
Rajin
Berikut adalah konsep berdikari KECUALI:
Menggunakan potensi diri yang dikurniakan Allah
Tidak bergantung pada orang lain
Berusaha bersungguh-sungguh
Tidak yakin kemampuan diri melakukan tugasan
Konsep berdikari:
menggunakan potensi diri yang dikurniakan oleh Allah seperti kekuatan tubuh badan dan kecerdikan akal
menyekat kemampuan diri untuk melaksana sesuatu tugasan
menggalakkan diri bergantung kepada pihak lain
berusaha bersungguh-sungguh untuk menyara diri sahaja
Apakah maksud berdikari?
Menggunakan ihsan kawan-kawan dalam menyiapkan kerja sekolah
Berusaha sendiri dan tidak bergantung pada bantuan orang lain
Meminta bantuan daripada ibu bapa untuk membeli barang yang tidak penting
Meninggalkan bilik tidur tidak dikemas
Berusaha dengan _______________________ untuk memelihara kehidupan.
sambil lewa
ala kadar
bersungguh-sungguh
Islam memandang tinggi umatnya yang ___________ dalam berusaha.
malas
rajin
berangan
Kamal merupakan seorang penjual burger dan memperolehi keuntungan yang tidak berapa lumayan. Namun dia sangat gembira malakukan pekerjaan tersebut kerana tidak perlu menyusahkan orang lain. Pada pendapat anda, adakah Kamal mengamalkan konsep berdikari?
Ya, kerana Kamal tidak bergantung kepada orang lain dan rezeki yang diperolehi halal walaupun sedikit.
Tidak, kerana keuntungan yang diperolehi sedikit.
Tidak, kerana Kamal gembira melakukan pekerjaan berikut.
Ya, kerana Kamal memperolehi pendapatan yang tidak lumayan.
