Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TAHUN 5 UNIT 12 :TEKNOLOGI

Total questions: 25

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Struktur binaan yang kuat dan stabil ialah struktur yang .................., kukuh dan mantap.

a)

tegak

b)

teguh

c)

tiang

d)

berdiri

2.

Namakan bentuk yang digunakan untuk membuat binaan.

a)

kubus

b)

silinder

c)

hemisfera

d)

sfera

3.

Namakan bentuk yang digunakan untuk membuat binaan.

a)

Kubus

b)

Kuboid

c)

Hemisfera

d)

Sfera

4.

Apakah nama bangunan yang dibina menggunakan bentuk hemisfera?

a)

Pusat Pendidikan Negara

b)

Pusat Giat Mara

c)

Pusat Sains Negara

d)

Masjid Negara

5.

Masjid Negara dibina menggunakan binaan berbentuk ......................

a)

hemisfera

b)

sfera

c)

kon

d)

piramid

6.

Kestabilan sesuatu objek bergantung kepada .......

(tandakan 2 jawapan yang betul)

a)

ketinggian objek

b)

pertumbuhan objek

c)

luas tapak

d)

panjang tapak

7.

Bas yang manakah kurang stabil?

a)

bas satu tingkat

b)

bas dua tingkat

8.

Pasu yang manakah lebih stabil?

a)

Pasu A

b)

Pasu B

9.

3 gelung kertas mempunyai ketinggian yang berbeza. Gelung yang manakah akan jatuh dahulu apabila kadbod dicondongkan. Susun kedudukan gelung dari yang kurang stabil kepada yang paling stabil.

a)

A - B - C

b)

B - A - C

c)

A - C - B

d)

C - B - A

10.

Apakah kesimpulan daripada aktiviti di atas?

a)

Semakin bertambah ketinggian objek, semakin bertambah kestabilan objek.

b)

Semakin bertambah ketinggian objek, semakin berkurang kestabilan objek.

c)

Semakin berkurang ketinggian objek, semakin berkurang kestabilan objek.

d)

Objek yang tinggi merupakan struktur binaan yang paling stabil.

11.

Ramalkan keadaan gabus yang manakah lebih stabil apabila ditiup?

a)

Gabus A

b)

Gabus B

12.

Tiga bongkah kayu yang sama tinggi, tetapi berbeza luas tapak. Bongkah manakah yang jatuh dahulu apabila kadbod dicondongkan?

a)

Bongkah kayu ungu

b)

Bongkah kayu hijau

c)

Bongkah kayu biru

13.

Bongkah kayu berwarna ungu paling lambat jatuh berbanding dua bongkah kayu yang lain apabila kadbod dicondongkan. Berikan alasan kamu.

a)

Bongkah kayu berwarna ungu mempunyai ketinggian yang paling tinggi.

b)

Bongkah kayu berwarna ungu mempunyai ketinggian yang paling rendah.

c)

Bongkah kayu berwarna ungu mempunyai luas tapak yang besar.

d)

Bongkah kayu berwarna ungu mempunyai luas tapak yang kecil.

14.

Kekuatan binaan bergantung kepada 2 faktor.

(tandakan 2 jawapan yang betul)

a)

Ketinggian objek

b)

Jenis bahan

c)

Luas tapak

d)

Bentuk struktur

15.

__________ sering digunakan dalam pembinaa bangunan kerana bahan ini sangat kukuh, boleh dibentuk, tidak terbakar, tidak berkarat dan tidak mereput.

a)

Kayu

b)

Plastik

c)

Besi

d)

Konkrit

16.

Besi merupakan ____________ yang kuat dan digunakan sebagai struktur binaan contohnya jambatan.

a)

tanah

b)

plastik

c)

logam

d)

kayu

17.

Nyatakan pembolehubah yang dimalarkan dalam aktiviti di atas?

(tandakan 2 jawapan yang betul)

a)

Bentuk struktur

b)

Jisim pemberat

c)

luas kertas warna

d)

saiz bongkah kayu

18.

Berdasarkan model jambatan di atas, bentuk yang manakah paling kuat?

a)

A

b)

B

c)

C

19.

Berikut merupakan kepentingan binaan yang kuat dan stabil kecuali.......

a)

Tahan lama

b)

Mengurangkan kos penyelenggaraan

c)

Meningkatkan kos penyelenggaraan

d)

Selamat

20.

Yang manakah antara yang berikut menyumbang kepada penggunaan bahan yang lestari?

i) menggunakan bahan alternatif

ii) meneroka sumber bahan baharu

iii) membanyakkan sisa bahan

iv) mengitar semula bahan

a)

i

b)

ii

c)

i dan ii

d)

i dan iv

21.

Apakah maksud struktur yang stabil?

a)

Struktur yang goyah

b)

Struktur yang mudah terbalik

c)

struktur yang tidak mudah tumbang atau jatuh apabila daya bertindak ke atasnya.

d)

Struktur yang mudah jatuh

22.

Semakin (a)   struktur, semakin kurang stabil struktur itu.

23.

Semakin meningkat luas tapak sesuatu struktur, semakin (a)   kestabilan struktur.

24.

Jenis bahan juga menentukan kekuatan objek...yang manakah bahan yang PALING kuat?

a)

Konkrit

b)

Kaca

c)

Kayu

d)

Plastik

25.

Kelebihan binaan yang kuat dan stabil.. pilih 3 yang betul

a)

Mudah berkarat

b)

Lebih tahan lama.

c)

Tidak mudah rosak

d)

Boleh digunakan untuk jangka masa panjang