wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peraturan bilik sains tahun 6

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Mengapakah murid-murid dilarang makan atau minum ketika berada di Bilik Sains?
a)
Makanan atau minuman mereka mungkin dicemari oleh bahan sains
b)
Mereka akan mengganggu murid-murid yang lain
c)
Mereka akan menarik perhatian haiwan perosak.
d)
Mereka akan mengotorkan Bilik sains
2.
Mengapakah murid harus mendengar arahan guru terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang eksperimen?
a)
Supaya keputusan dapat diperhatikan dengan tepat.
b)
Supaya tiada pembaziran bahan sains semasa eksperimen dijalankan
c)
Supaya eksperimen dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang kemalangan
d)
Supaya murid-murid tidak perlu meniru keputusan eksperimen daripada rakan mereka
3.
Antara berikut yang manakah tujuan mematuhi peraturan Bilik Sains?
a)
Memudahkan guru memberi arahan
b)
Memastikan eksperimen dapat dijalankan dengan cepat
c)
Mengelakkan kehilangan bahan dan peralatan sains dalam Bilik Sains
d)
Mengelakkan kecederaan berlaku semasa menjalankan eksperimen
4.
Bagaimanakah sisa bahan yang terbakar harus dibuang selepas melakukan aktiviti di Bilik Sains?
a)
Dibuang ke dalam beg plastik
b)
Dibuang ke dalam bakul sampah
c)
Dipadamkan dan dibungkus dengan kertas
d)
Dibasahkan sebelum dibuang ke dalam bakul sampah
5.
Sara dan Dila membuang kertas litmus yang terdapat dalam jus limau ke dalam singki. Apakah yang akan berlaku akibat tindakan murid-murid itu?
a)
Kertas litmus akan habis dengan cepat
b)
Bilik Sains akan berbau busuk
c)
Singki akan tersumbat
d)
Banyak air dibazirkan
6.

Kamu terlihat rakan menggunakan peralatan sains yang telah pecah. Apakah tindakan kamu?

a)

Mengambil dan menyimpan peralatan tersebut

b)

Menggunakan peralatan tersebut.

c)

Memberitahu guru tentang peralatan yang pecah.

d)

Membuang peralatan tersebut ke dalam tong sampah

7.

Bagaimana suasana di dalam bilik sains jika aktiviti dijalankan dalam keadaan semua pintu dan tingkap tertutup?

a)

Pengudaraan dalam bilik sains menjadi tidak baik.

b)

Aktiviti dapat dilaksanakan dengan selesa

c)

Bilik menjadi terang dan selesa

d)

Dapat belajar dengan baik dan selesa

8.

Apakah yang perlu dilakukan sebaik sahaja murid memasuki Bilik Sains?

a)

Membasuh tangan

b)

Membersihkan sinki

c)

Menyusun kerusi dan meja

d)

Membuka kaca tingkap dan suis kipas

9.

Antara berikut, yang manakah tidak boleh dibuang ke dalam sinki?

a)

Air

b)

Alkohol

c)

Kertas tisu

d)

Larutan berwarna

10.

Ali mendapati jari rakannya luka akibat terkena serpihan radas yang pecah ketika melakukan eksperimen. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Ali?

a)

Merawat rakannya

b)

Melaporkan kepada guru

c)

Meneruskan eksperimen

d)

Membersihkan serpihan radas yang pecah

11.

Antara yang berikut, yang manakah harus digunakan untuk menyalakan penunu bunsen?

a)
b)
c)
d)
12.

Rajah menunjukkan peraturan Bilik Sains yang perlu dipatuhi. Apakah ia?

a)

Buang sisa cecair ke dalam tong sampah.

b)

Buang sisa pepejal ke dalam sinki.

c)

Buang sisa pepejal ke dalam bakul sampah.

13.

Rajah menunjukkan Peraturan Bilik Sains kecuali

a)
b)
c)
14.

Buang sisa cecair ke dalam__________________.

a)

bakul sampah.

b)

longkang.

c)

singki.

15.

Berdasarkan rajah,apakah yang akan terjadi kepada murid tersebut?

a)

Murid akan gembira.

b)

Murid akan terjatuh dan cedera.

c)

Murid akan dimarahi oleh guru.

16.

Apakah yang dilakukan oleh murid tersebut?

a)

Dikenakan denda kerana bermain.

b)

Beratur sebelum masuk ke Bilik Sains.

c)

Beratur untuk membeli makanan.

17.

Rajah menunjukkan perbuatan seorang murid di dalam Bilik Sains. Manakah pernyataan yang betul?

a)

Perkara yang dibenarkan.

b)

Perkara yang dilarang.

18.

Rajah menunjukkan peraturan di Bilik Sains. Apakah ia?

a)

Jalankan aktiviti di dalam kumpulan.

b)

Jalankan aktiviti mengikut arahan guru.

c)

Jalankan aktiviti eksperimen mengikut buku teks.

19.

Mengapakah rambut yang panjang perlu diikat dengan kemas ketika menjalankan aktiviti sains?

a)

Supaya nampak lebih cantik

b)

Untuk mencegah rambut gugur

c)

Supaya penyiasatan sains dapat dijalankan

d)

Untuk mencegah rambut terbakar apabila menggunakan penunu bunsen

20.

Spesimen yang selesai digunakan, hendaklah ............... di tempat asal.

a)

dibuang

b)

diletakkan