Font size
WorksheetsGeografi F2 : Skala dan Jarak
Total questions: 14
Worksheet time: 7mins
Apakah yang dimaksudkan dengan skala?
Nisbah jarak di atas peta berbanding jarak sebenar
Dinyatakan dalam unit seperti meter atau kilometer
Berdasarkan kos dan masa
Ukuran jauh di antara satu tempat ke tempat yang lain
Jarak yang diukur dalam unit meter atau kilometer dikenali sebagai __________
Jarak relatif
Jarak mutlak
Jarak jauh
Jarak batu
Jarak berdasarkan kos tambang perjalanan dikenali sebagai _________
Jarak jauh
Jarak mutlak
Jarak batu
Jarak relatif
Jarak perjalanan Azuma ke sekolah ialah 8 km. Jika kos perjalanan RM0.80 setiap 1 km, berapakah kos perjalanan, dalam RM perjalanan Azuma ke sekolah?
RM6.50
RM6.30
RM6.40
RM4.60
Jarak Kampung Mesra ke balai polis pada peta ialah 7 cm. Jika skala ialah 1:200 , berapakah jarak sebenar Kampung Mesra ke balai polis?
140
1400
14000
140 000
Apakah kegunaan skala?
Mengukur ketinggian gunung
Menentukan kedudukan sesuatu tempat
Mengukur jarak antara dua tempat atau panjang sesuatu
Mengukur arah antara dua tempat
Pilih bahan yang digunakan untuk mengukur jarak lurus. Pilih dua jawapan..
Jangka tolok
Benang putih
Ranting kayu
Pembaris
Pilih bahan yang digunakan untuk mengukur jarak melengkung. Pilih dua jawapan..
Benang putih
Ranting kayu
Jalur kertas
Penutup botol
Pilih jenis skala yang digunakan dalam peta. Pilih tiga jawapan..
Pecahan wakilan
Skala penyata
Skala lurus
Skala pecahan
Apakah yang dimaksudkan dengan jarak?
Dinyatakan dalam unit seperti meter atau kilometer
Berdasarkan kos dan masa
Nisbah jarak di atas peta berbanding jarak sebenar
Ukuran jauh di antara satu tempat ke tempat yang lain
1 cm mewakili 5 km. Jika jarak rumah Nazumi dengan rumah Kazuma ialah 15 km, apakah jaraknya di dalam peta?
2 cm
3 cm
4 cm
1 cm
Antara yang berikut, apakah alat yang digunakan untuk mengukur jarak relatif? Pilih dua jawapan..
Kos
Masa
Arah
Skala
Apakah unit bagi jarak yang diukur dengan menggunakan aspek masa? Pilih dua jawapan..
Minit
Ringgit
Jam
Sen
Apakah unit bagi jarak yang diukur dengan menggunakan aspek kos? Pilih dua jawapan..
Minit
Ringgit
Jam
Sen
