wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Peribahasa - Khamis 21.1.2021

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Encik Yantzen berasa __________ untuk meninggalkan isterinya yang sarat mengandung apabila dia terpaksa bertugas di perbatasan negara.

a)

hati batu

b)

makan hati

c)

bulat hati

d)

berat hati

2.

Setelah menerima barangan yang dibeli secara dalam talian, Hawa berasa kecewa kerana barang itu tidak sama seperti yang diiklankan.

a)

indah khabar daripada rupa

b)

sudah jatuh ditimpa tangga

c)

embun di hujung rumput

d)

gunting dalam lipatan

3.

Irfan merupakan __________ bagi pasukan bola sepak sekolah kerana banyak menjaringkan gol untuk kemenangan pasukannya.

a)

anak emas

b)

orang kanan

c)

kambing hitam

d)

ayam tambatan

4.

Amira berasa __________ kerana kawan baiknya tidak menjemput dia ke majlis hari jadinya.

a)

baik hati

b)

keras hati

c)

kecil hati

d)

besar hati

5.

Encik Faiz dan Puan Maira memelihara anak tunggal mereka dengan penuh perhatian dan kasih sayang yang secukupnya. Ibarat...

a)

menatang minyak yang penuh.

b)

mencurah air ke daun keladi.

c)

gunting dalam lipatan.

d)

kaca jatuh ke tanah.

6.

Harga barangan yang dijual di pasar raya itu tidak boleh ditawar kerana dijual dengan __________.

a)

harga diri

b)

harga mati

c)

harga tunai

d)

harga pokok

7.

Penduduk kampung sering melakukan gotong-royong membersihkan kawasan kampung mereka agar sentiasa bersih dan cantik.

Mereka diibaratkan seperti...

a)

bagai langit dengan bumi

b)

bagai api dalam sekam

c)

bagai aur dengan tebing

d)

bagai dakwat dengan kertas

8.

"Di manakah kamu berdua hendak __________?" tanya ibu kepada abang dan kakak ipar yang baru melangsungkan perkahwinan.

a)

berbadan dua

b)

berganti tikar

c)

berbulan madu

d)

bergolok gadai

9.

Cikgu Azman tidak dapat membaca karangan anak muridnya itu kerana tulisannya __________.

a)

cepat tangan

b)

buta huruf

c)

cakar ayam

d)

gila bahasa

10.

Komputer yang dibaiki oleh abang bertambah rosak kerana abang sebenarnya tidak pandai membaiki komputer. Sikap abang ini ....

a)

bagai kera mendapat bunga.

b)

bagai tikus membaiki labu.

c)

sudah terang lagi bersuluh.

d)

sudah jatuh ditimpa tangga.

11.

Farisha __________ melihat baju yang cantik-cantik di butik itu sehingga tidak tahu untuk membuat pilihan.

a)

rambang mata

b)

gelap mata

c)

tanda mata

d)

putih mata

12.

Walaupun periuk elektrik yang dibeli oleh Sofea mahal tetapi barang itu berkualiti tinggi dan tahan lama.


Peribahasa yang sesuai dengan situasi ini ialah...

a)

Alah membeli, menang memakai

b)

bagai layang-layang terputus talinya

c)

cepat kaki, ringan tangan

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

13.

Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar ialah (a)  

14.

Hazim __________ kerana dia dipelawa makan oleh tuan rumah ketika dia sampai ke rumah itu.

a)

langkah kanan

b)

langkah kiri

c)

langkah seribu

15.

Rania hanya menjamah sedikit makanan sebagai __________ sebelum pergi ke pejabatnya.

a)

makan diri

b)

ringan mulut

c)

alas perut