WorksheetsPENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
Total questions: 13
Worksheet time: 7mins
Ayah dan ibu Farid telah mengasingkan tempat tidur dia dan adik perempuannya yang bernama Farah apabila Farah berumur 12 tahun. Pada pendapat kamu apakah sebab utama ibu bapa mereka berbuat demikian?
Farid mahu biliknya sendiri
Mengelakkan mereka bergaduh
Farah mahu mengulangkaji pelajaran
Kedua-dua mereka telah akil baligh
Apabila Aziah mengalami haid yang banyak, dia perlu kerap menukar _______________ .
tudung
seluar dalam
tuala wanita
baju
Kedatangan haid remaja perempuan yang normal biasanya berlaku setiap ...........................
tahun
minggu
bulan
hari
........................... ialah bulu yang tumbuh di bahagian hadapan tulang ari-ari.
Janggut
Misai
Bulu pubik/pubis
Bulu ketiak
Haid ialah
air mani yang terkeluar secara tidak sengaja
darah yang keluar dari faraj selama beberapa hari
sakit akibat pengecutan dinding rahim
air kencing yang keluar secara tidak sengaja ketika tidur
Haid kali pertama dikenali sebagai .........................
mimpi basah
menopaus
menarke
senggugut
Berikut perubahan fizikal kanak-kanak lelaki kecuali
suara menjadi lunak
tumbuh bulu ketiak
dada melebar
suara menjadi garau
Berikut pengurusan diri yang betul perlu dilakukan oleh remaja lelaki yang mengalami ihtilam kecuali
mandi dengan bersih
menukar cadar tilam
bangun lewat pagi
mencuci cadar tilam
Perubahan fizikal bagi lelaki yang sudah akil baligh adalah
Tumbuh misai dan bulu dada
Dada membidang
Zakar membesar
Rambut menjadi panjang
Perubahan fizikal bagi perempuan yang sudah akil baligh adalah
Jerawat mungkin tumbuh di muka
Bersuara lunak
Payu dara membesar
Kuku menadi panjang
Antara simptom haid termasuk
Perut kembung
Senggugut
Muka berjerawat
Mual dan loya
Saiz kaki menjadi besar secara drastik
Langkah-langkah menjaga kebersihan diri ketika kedatangan haid termasuk
Kerap tukar tuala wanita
Buang tuala wanita dalam tong sanitari
Cuci tangan selepas membuang tuala wanita
Mandi dan membersihkan diri
Langkah-langkah menjaga kebersihan diri ketika kedatangan ihtilam termasuk
Manukar baju
Mandi dan membersihkan diri
Membasuh dan menukar cadar
Menjaga kebersihan pakaian dalam
