wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Pendidikan moral Tahun 4: Kenali Agama Jiran

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.
Antara berikut, yang manakah menunjukkan perlakuan mengikut ajaran agama?
a)
Mei Ling bercakap kasar dengan ibunya
b)
Gopal memakan daging lembu kerana sedap
c)
Syarina minum arak bagi mengurangkan kesakitan yang dialaminya
d)
Gormit Singh sering mengikut bapanya bersembahyang di Gurdwara
2.

Kaum ____________ akan sujud di kaki ibu dan bapa apabila meminta maaf.

a)

India

b)

Melayu

c)

Murut

d)

Orang Asli

3.

Amalan pergi ke gereja dan membaca kitab Bible adalah amalan masyarakat beragama _____________.

a)

Islam

b)

Buddha

c)

Kristian

d)

Hindu

4.

Jiran saya Ahmad sedang berpuasa. Apakah tindakan yang tidak patut saya lakukan?

a)

Mengajaknya membaca di perpustakaan

b)

Menonton TV pendidikan

c)

Menghormati amalan Ahmad

d)

Makan keropok di hadapannya

5.

Pilih pernyataan yang menunjukkan cara bersikap adil terhadap jiran.

a)

Memberi layanan yang baik terhadap jiran yang rapat sahaja.

b)

Sentiasa bersikap adil dalam pergaulan tanpa mengira bangsa dan agama.

c)

Memberikan teguran dan nasihat kepada jiran yang tidak disukai.

d)

Mengagihkan bantuan kepada jiran yang dikenali sahaja.

6.

Solat ialah sembahyang bagi agama....

a)

Hindu

b)

Buddha

c)

Islam

d)

Kristian

7.

Jiran kamu iaitu Suresh menganut agama Hindu sebagai pegangan hidupnya. Manakah amalan yang mungkin dilakukan oleh Suresh?

a)

Menunaikan ibadat di kuil

b)

Bersembahyang di Gudwara

c)

Membakar colok semasa beribadat

d)

Membaca kitab Injil

8.

Yang manakah antara berikut menerangkan tentang kepentingan menghormati amalan beribadat dan kepercayaan jiran?

a)

Hidup bersatu padu dan harmoni

b)

Mewujudkan suasana yang tidak selesa dengan jiran

c)

Kepentingan diri diutamakan dan kepentingan jiran diabaikan

9.

Tidak saling menghormati amalan ibadat dan kepercayaan jiran mengakibatkan ......

a)

jiran menyayangi kita

b)

lahir suasana harmoni

c)

wujud prasangka buruk terhadap jiran

10.
Mengapakah agama menyelamatkan manusia daripada melakukan kemungkaran?
a)
agama mengajar tentang ketuhanan
b)
agama perlu dipatuhi oleh penganutnya
c)
setiap agama mempunyai ajaran masing-masing
d)
agama menitikberatkan soal kebaikan dan keamanan