Font size
WorksheetsObjektif Perniagaan 4
Total questions: 40
Worksheet time: 21mins
Pernyataan manakah yang benar tentang visi?
Menggambarkan matlamat jangka panjang yang ingin
dicapai
Mengambil masa melebihi lima tahun untuk
mencapainya
Menerangkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
Menyatakan sebab sesebuah organisasi wujud
Apakah yang dimaksudkan dengan misi?
Panduan dalam membuat keputusan
Pembentukan matlamat yang lebih khusus
Penetapan perancangan jangka masa panjang perniagaan
Pernyataan yang menerangkan tujuan penubuhan perniagaan
Apakah langkah yang perlu diambil oleh organisasi untuk meningkatkan keupayaan sumber manusia organisasi.
Meningkatkan pembayaran gaji
Membawa masuk teknologi baru
Meningkatkan bilangan kakitangan
Mengadakan latihan dan pembangunan
Apakah maksud berdaya saing perniagaan?
Jenama produk mendapat sambutan di pasaran
Kemampuan untuk terus bertahan dalam industri
Perniagaan menikmati kedudukan kewangan yang baik
Kemampuan untuk melakukan promosi yang berterusan
Manakah yang merupakan faktor dalaman organisasi yang boleh mempengaruhi pencapaian visi, misi dan objektif organisasinya?
Sumber manusia
Ekonomi
Undang-undang
Politik
Apakah tujuan perniagaan?
Menawarkan barang dan perkhidmatan
Meningkatkan taraf hidup masyarakat
Meningkatkan pendapatan negara
Mewujudkan peluang pekerjaan
Apakah ciri lain bagi Syarikat Sdn. Bhd.?
Setiap ahli hanya mempunyai satu undi untuk memilih setiap ahli lembaga
Hal ehwal kewangan syarikat perlu diumumkan kepada orang ramai
Bilangan ahli di antara dua hingga lima puluh orang
Liabiliti tidak terhad
Apakah peranan kerajaan pusat dalam menangani isu-isu perniagaan?
Menggubal undang-undang berkaitan perniagaan
Menguruskan urusan berkaitan lesen perniagaan di kawasan perumahan
Menguruskan urusan berkaitan cukai pintu premis perniagaan
Menubuhkan perbadanan perniagaan negeri
Antara yang berikut, yang manakah aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh sektor primer?
Pengilangan dan pembuatan
Perkhidmatan Awam
Pembalakan
Pembinaan
Apakah maksud visi?
Visi merupakan satu perancangan jangka panjang di dalam sesebuah organisasi.
Visi merupakan satu perancangan jangka pendek di dalam sesebuah organisasi.
Visi merupakan satu ketetapan menjelaskan aktiviti organisasi yang akan dilaksanakan untuk mencapai visi.
Visi merupakan maklumat tentang tujuan perniagaan dengan tepat dan khusus.
Apakah tujuan penetapan visi perniagaan?
Meningkatkan keuntungan
Mengenal pasti peluang perniagaan
Menggambarkan pencapaian yang khusus
Merancang matlamat jangka masa panjang
Apakah maksud struktur organisasi?
Struktur jawatan pihak atasan
Struktur pengagihan tugasan pekerja
Sistem pembahagian jawatan dan tugasan dalam organisasi
Susunan dan hubungan antara setiap bahagian fungsian yang terdapat dalam sesebuah organisasi perniagaan
Manakah tujuan bahagian fungsian pengagihan?
Memastikan pembekal mematuhi prosedur pembekalan
Memastikan pelanggan berpuas hati dengan produk yang diterima
Memastikan organisasi membuat bayaran yang tepat kepada pembekal
Memastikan setiap barang yang dikeluarkan dapat diterima oleh pengguna
Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang baik?
Guna tenaga semakin menurun
Peniaga mengurangkan operasi pengeluaran
Cukai yang dikutip kerajaan semakin meningkat
Jualan dan keuntungan perniagaan malar
Jualan pada harga kos bermaksud…
Harga barang yang dijual adalah lebih murah daripada harga sebenar
Harga barang yang dikenakan hanya cukup untuk menanggung kos jualan barang
Kerajaan memberikan subsidi untuk membantu rakyat yang tidak berkemampuan
Barang atau perkhidmatan disediakan oleh kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan
Apakah kelebihan koperasi?
Setiap pemilik menanggung cukai peribadi sahaja
Syer boleh dipindah milik antara pemilik bersama
Setiap anggota mempunyai hak dalam membuat keputusan
Pemegang saham sahaja layak membaca laporan kewangan
Pasangan manakah yang menerangkan tentang francaisi dan francaisor?
Francaisi: yang memiliki hak asal jenama produk Francaisor: yang membeli hak kebenaran
Francaisi: bimbingan dan pengetahuan tentang pemasaran Francaisor: perniagaan mengikut peraturan dan piawai ditetapkan
Francaisi: mengembangkan perniagaan secara global Francaisor: membayar royalti
Francaisi: modal seperti sumber manusia untuk menjalankan perniagaan Francaisor: kos pengiklanan untuk menjalankan promosi
Maklumat yang berikut berkaitan dengan salah satu bahagian fungsian dalam organisasi
Menyediakan dokumen syarikat
Menguruskan, menyimpan, dan menerima rekod
Mengendalikan mesyuarat syarikat
Apakah bahagian fungsian berkenaan?
Kewangan
Pentadbiran
Sumber Manusia
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Pengantara teknologi maklumat dan komunikasi manakah yang memudahkan komunikasi dalaman?
Internet
Intranet
e-dagang
e-banking
Sumber fizikal juga dikenali sebagai…
bahan tidak nyata
aset ketara
modal
liabiliti
Hasil kreativiti atau ciptaan seseorang dikenali sebagai harta…
modal
intelek
perkongsian
persendirian
Antara yang berikut, yang manakah merupakan modal sesebuah perniagaan?
Jentera
Inventori
Pengurus syarikat
Wang tunai
Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber pembiayaan dalaman?
Bantuan modal dari agensi kerajaan
Simpanan peribadi
Modal daripada keuntungan
Bank dan institusi kewangan
Pembiayaan hutang oleh institusi kewangan terhadap invois dikenal sebagai
Pajakan
Sewa beli
Pemfaktoran
Pinjaman
Gambar menunjukkan salah satu jenis stok dalam perniagaan
Antara yang berikut, yang manakah ciri stok tersebut ?
Stok dapat dijual dengan cepat
Stok perlu disimpan dalam kuantiti yang banyak
Stok dapat dijual dengan harga yang mahal
Stok ini mempunyai risiko yang tinggi
Pernyataan manakah yang benar mengenai Organisasi Bermotifkan Untung (OBU)?
Modal daripada kerajaan, sumbangan dan yuran ahli
Modal daripada pemilik, pinjaman dan keuntungan perniagaan
Memberi kepuasan dan menjaga kebajikan ahli
Menjalankan perniagaan secara percuma
Apakah kelebihan memiliki syer dalam Syarikat Awam Berhad berbanding dengan Syarikat Sendirian Berhad?
Pemilik syer dapat memindahkan milik syer dengan mudah
Pemilik syer boleh menghadiri mesyuarat agung tahunan
Pemilik syer berhak memilih ahli lembaga pengarah
Pemilik syer menanggung liabiliti tidak terhad
Pernyataan manakah yang betul tentang sektor primer?
Melibatkan pemprosesan bahan mentah
Meliputi aktiviti pengekstrakan sumber semula jadi
Menghasilkan barang melalui proses transformasi
Melibatkan aktiviti pembuatan dan pengilangan
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan kesan perubahan yang wujud dari aspek undang-undang.
Akta X digubal oleh pihak kerajaan bertujuan untuk melarang perniagaan menggunakan hak paten perniagaan lain tanpa mendapat kebenaran
Apakah akta X ?
Akta Kontrak 1950
Akta Syarikat 1965
Akta Hak Cipta 1987
Akta Persaingan 2010
Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis pengangguran.
Sektor perniagaan mengutamakan penggunaan mesin-mesin dan jentera bagi menggantikan pekerja
Apakah jenis pengangguran tersebut?
Pengangguran teknologi
Pengangguran bermusim
Pengangguran struktur
Pengangguran kitaran
Apakah kesan inflasi terhadap individu?
Penambahan stok yang tidak terjual
Kadar pengangguran bertambah
Penurunan pendapatan bersih
Kuasa beli menurun
Graf di bawah ini menunjukkan kitaran ekonomi.
Apakah yang berlaku semasa ekonomi berada pada Fasa II?
Pendapatan kerajaan merosot
Pengangguran akan meningkat
Perniagaan menambahkan pengeluaran produk
Penduduk mempunyai pendapatan yang mencukupi
Manakah 2 kelebihan sumber manusia dalaman?
Memotivasikan pekerja
Melahirkan idea baharu
Memperolehi kemahiran yang tinggi
Memperolehi maklumat pekerja sedia ada
Antara yang berikut, manakah kepentingan mewujudkan pasaran baharu?
Membantu mewujudkan peluang pasaran
Menguasai pasaran yang lebih besar
Melibatkan dalam pasaran tepu
Meningkatkan pasaran pekerja
Apakah struktur organisasi yang digunakan secara meluas oleh kebanyakan organisasi?
Struktur organisasi berdasarkan fungsi
Struktur organisasi berdasarkan produk
Struktur organisasi berdasarkan matriks
Struktur organisasi berdasarkan geografi
Pernyataan manakah yang betul tentang produk siap?
Barang siap yang sedia dijual dan disimpan di dalam gudang
Bekalan yang digunakan dalam operasi sesebuah perniagaan
Barang akhir setelah siap diproses dan sedia untuk dijual
Bekalan yang digunakan untuk menghasilkan barang lain
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pembiayaan luaran.
Kemudahan pembelian akaun penghutang atau invois yang disediakan oleh institusi kewangan
Apakah jenis pembiayaan luaran tersebut ?
Pajakan
Ar-Rahnu
Sewa beli
Pemfaktoran
Apakah peranan Syarikat Jaminan Kredit ( CGC )?
Memberi latihan dan bimbingan kepada peniaga
Membantu usahawan PKS untuk berdaya maju
Membangunkan infrastruktur asas perniagaan
Memasarkan produk bagi pihak usahawan PKS
Apakah Aset Semasa?
Aset yang mempunyai jangka hayat melebihi setahun
Aset yang mudah ditukarkan nilai kepada tunai
Aset yang mempunyai tahap kecairan rendah
Aset yang dimiliki oleh sebuah syarikat
Apakah nisbah yang digunakan untuk menentukan peratusan pertambahan pada kos bagi menentukan harga jualan?
Pusing ganti aset
Pulangan atas modal
Peratusan untung tokokan
Peratusan untung bersih
