wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sejarah t2 bab 1

Total questions: 71

Worksheet time: 41mins

Name
Class
Date
1.

"Pada masa dahulu,Alam Melayu terdiri daripada gugusan tanah luas terbentang menghubungkan kawasan daratan dengan kepulauan."

Maklumat berikut berkaitan dengan Alam Melayu

a)

Dunia Melayu

b)

Pentas Sunda

c)

Asia Tenggara

d)

Kepulauan Melayu

2.

Gambar berikut ialah Profesor Emeritus Tan Sri Dato'Dr.Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman yang memberi pendapat berkaitan dengan konsep Alam Melayu.Apakah kawasan Alam Melayu mengikut pendapat tokoh berikut?

I Brunei

II Australia

III New Zealand

IV Kepulauan Solomon

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Jadual berikut berkaitan dengan persamaan bunyi perkataan bagi beberapa etnik di Alam Melayu.Siapakah tokoh yang mengemukakan persamaan bunyi perkataan tersebut?

a)

Dato' A.Aziz Deraman

b)

Abdul Hadi Haji Hassan

c)

Profesor Dr.Ding Choo Ming

d)

Profesor Emeritus Dato' Dr Asmah Haji Omar

4.

Masyarakat Alam Melayu telah mempunyai persamaan budaya dalam aspek seni persembahan.Apakah aspek seni persembahan tersebut?

a)

Wayang kulit

b)

Tarian Zapin

c)

Dikir Barat

d)

Nazam

5.

Kerajaan Majapahit telah berkembang sejak abad ke-13.Apakah pusat kerajaan Alam Melayu tersebut?

a)

Pangkalan

b)

Indrapura

c)

Harihalaya

d)

Kota Trowulan

6.

Mengapakah kerajaan Funan mengalami kemerosotan?

a)

Pemimpin lemah

b)

Ancaman pengaruh China

c)

Serangan kerajaan Chenla

d)

Kematian pengasas kerajaan

7.

Pemerintah kerajaan Champa iaitu Indravarman telah meninggal dunia pada tahun 1441.Apakah kesan peristiwa tersebut?

a)

Diganggu kuasa Rom

b)

Diserang oleh Dinasti Ming

c)

Ditawan semula oleh Dai Viet

d)

Dibina pusat pentadbiran baharu

8.

Apakah kerajaan Alam Melayu yang menjadi pusat pengajian agama Buddha?

a)

Srivijaya

b)

Champa

c)

Majapahit

d)

Gangga Nagara

9.

Mengapakah kerajaan Kedah Tua mengalami kemerosotan kegiatan perdagangan pada tahun 1025?

a)

Perairan tidak selamat

b)

Kadar cukai yang tinggi

c)

Serangan tentera Chola

d)

Pengurusan pelabuhan lemah

10.

Bagaimanakah kerajaan Alam Melayu mengadakan hubungan dengan kerajaan luar?

a)

Kesenian

b)

Kebudayaan

c)

Perkahwinan

d)

Perdagangan

11.

Apakah faktor yang mendorong pemerintahan kerajaan Alam Melayu menjalin hubungan perdagangan dengan kerajaan lain?

a)

Kekayaan hasil bumi

b)

Keperluan bahan mentah

c)

Penyebaran agama Hindu

d)

Peningkatan ekonomi negeri

12.

Hubungan kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan luar telah bermula dari abad pertama hingga abad ke-15.Apakah kesan hubungan luar tersebut terhadap Alam Melayu?

a)

Meningkatkan pertukaran teknologi

b)

Mengukuhkan sistem ketenteraan

c)

Membawa kemakmuran ekonomi

d)

Membaiki taraf hidup masyarakat

13.

Apakah sikap yang dapat dikaitkan dengan penduduk Alam Melayu berhubung penyebaran agama Hindu,Buddha dan Islam sejak abad ketiga?

a)

Kesukuan

b)

Kebebasan

c)

Kepimpinan

d)

Keterbukaan

14.

Mengapakah kerajaan Kedah Tua menjalin hubungan diplomatik dengan China pada abad ketujuh?

a)

Memohon bantuan ketenteraan

b)

Meningkatkan hubungan keagamaan

c)

memperkukuhkan hubungan perdagangan

d)

Memulihkan perhubungan selepas peperangan

15.

Kerajaan Alam Melayu telah mengadakan hubungan denga China untuk memulihkan hubungan setelah berperang dengan sekutu China iaitu Dai Viet.Apakah kerajaan Alam Melayu tersebut?

a)

Angkor

b)

Champa

c)

Srivijaya

d)

Kedah Tua

16.

Apakah kerajaan Alam Melayu yang menghantar utusan ke India pada abad kesembilan?

a)

Gangga Nagara

b)

Kedah Tua

c)

Srivijaya

d)

Champa

17.

Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan kerajaan Funan menjalinkan hubungan diplomatik dengan China?

a)

mempercepatkan pengiktirafan

b)

memperkukuh hubungan perdagangan

c)

memulihkan hubungan setelah berperang dengan Dai Viet

d)

memohon bantuan ketenteraan untuk melawan Dai Viet

18.

Lokasi: lembah Sungai Musi, Sumatera

Pusat kerajaan: Palembang

Namakan kerajan tersebut.

a)

Kerajaan Majapahit

b)

Kerajaan Srivijaya

c)

Kerajaan Champa

d)

Kerajaan Angkor

19.

Mengapakah kerajaan Gangga Nagara menjadi tumpuan pedagang luar sejak abad kelima?

a)

kekayaan hasil bumi

b)

terdapat pelabuhan yang terkenal

c)

kawasan strategik untuk aktiviti perdagangan

d)

menjadi tempat persinggahan pedagang-pedagang luar

20.

Antara berikut, yang manakah merupakan pihak yang bertanggungjawab menyebarkan agama Hindu dalam kerajaan Alam Melayu?

I Pedagang

II Tentera

III Sami

IV Pemerintah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Bagaimanakah kerajaan Funan berjaya menguasai jalan perdagangan utama antara timur dan barat?

a)

Melalui penguasan Dai Viet dan Lembah Sungai Merah

b)

Melalui penguasaan Sumatera dan Tanah Melayu

c)

Melalui penguasaan selatan Myanmar dan Segenting Kra

d)

Melalui penguasaan Lembah Sungai Mekong hingga sempadan Annam

22.

Antara yang berikut, empayar manakah yang wujud sezaan dengan kerajaan Champa?

I Empayar Byzantine

II Dinasti Tang

III Empayar Parsi

IV Empayar Kusnan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Mengapakah Srivijaya menghantar utusan ke India pada abad kesemibilan?

a)

menyebarkan agama Buddha

b)

meminta bantuan ketenteraan

c)

memperkukuh hubungan perdagangan

d)

mengeratkan hubungan persahabatan dan hubungan keagaman

24.

Apakah faktor yang mendorong pemerintah kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan perdagangan dengan kerajaan lain?

I memperoleh barang dagangan dengan mudah

II bekalan bahan mentah berterusa

III kekayaan hasil bumi

IV kedudukan strategik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Antara yang berikut, kerajaan yang manakah menjalinkan hubungan diplomatik dengan kedua-dua negara, iaitu China dan India?

I Funan

II Champa

III Kedah Tua

IV Majapahit

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

26.

Maklumat berikut berkaitan dengan penyebaran agama

Penyebaran agama melalui peranan pedagang, pemerintah dan pendakwah.

a)

Islam

b)

Hindu

c)

Buddha

d)

Kristian

27.

Konsep Alam Melayu boleh dibahagikan kepada tiga iaitu dari sudut geografi, bahasa dan ..........................

a)

sains

b)

matematik

c)

budaya

d)

ilmu

28.

Alam Melayu merupakan suatu lingkungan geografi yang luas meliputi Kepulauan Melayu hingga Selatan Thailand.

  • Tokoh X


Siapakah Tokoh X?

a)

Profesor Dr. Ding Choo Ming

b)

Dato' A. Aziz Deraman

c)

Alfred Russel Wallace

d)

Abdul Hadi Haji Hassan

29.

Gambar di atas merupakan binaan Gapura Bajang Ratu.

Namakan kerajaan awal Alam Melayu yang telah membina binaan candi tersebut.

a)

Kerajaan Funan

b)

Kerajaan Angkor

c)

Kerajaan Srivijaya

d)

Kerajaan Majapahit

30.

Siapakah pemerintah empayar Maurya yang bertanggungjawab mengembangkan ajaran Buddha?

a)

Asoka

b)

Suyavarman

c)

Jayavarman

d)

Chandragupta

31.

Kerajaan Angkor terletak di Lembah Sungai Mekong. Bilakah kewujudan kerajaan tersebut?

a)

Abad ke-8 Masihi

b)

Abad ke-9 Masihi

c)

Abad ke-10 Masihi

d)

Abad ke-11 Masihi

32.

Antara berikut, yang manakah merupakan nilai serumpun yang wujud dalam kalangan masyarakat Alam Melayu?

a)

Permainan gasing

b)

Perdagangan rempah

c)

Gotong - royong

d)

Kematangan pemikiran

33.

KATAHA

Pedagang manakah yang menggunakan istilah di atas sebagai sebutan terhadap Kedah Tua?

a)

Pedagang China

b)

Pedagang Parsi

c)

Pedagang India

d)

Pedagang Arab

34.

Qutb Minar merupakan seni bina kerajaan luar X yang sezaman dengan kerajaan Alam Melayu sekitar abad ke-14.

Apakah kerajaan luar X?

a)

Kerajaan Turki Uthmaniyah

b)

Kesultanan Delhi

c)

Dinasti Tang

d)

Empayar Mongol

35.

Apakah bentuk hubungan yang terjalin antara kedua-dua buah kerajaan berikut pada abad ketiga Masihi?

China ----> Funan

a)

Hubungan keagamaan

b)

Hubungan ketenteraan

c)

Hubungan perdagangan

d)

Hubungan persahabatan

36.

Apakah kerajaan luar yang pernah menjalinkan hubungan dengan kerajaan Alam Melayu pada abad pertama Masihi?

a)

Dinasti Tang

b)

Kerajaan Chola

c)

Empayar Kushan

d)

Kerajaan Abbasiyah

37.

"SUNGAI MAS DAN SUNGAI BUJANG"


Kerajaan apakah yang lahir di lokasi tersebut

a)

Kerajaan Kedah Tua

b)

Kerajaan Gangga Nagara

c)

Kerajaan Funan

d)

Kerajaan Champa

38.

Maklumat berikut adalah berkaitan dengan konsep Alam Melayu. Apakah X? (Bab 1-m.s 4 - 7)

a)

Kawasan

b)

Gugusan

c)

Geografi

d)

Kepulauan

39.

Berdasarkan pernyataan berikut. Siapakah tokoh yang memberikan pendapat berkaitan konsep Alam Melayu dari aspek geografi? (Bab 1 - m.s 5)

a)

Profesor Emeritus Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman

b)

Abdul Hadi Haji Hassan

c)

Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Pendeta (Dr.) Ismail Hussein

d)

Profesor Dr. Ding Choo Ming

40.

Apakah nama kerajaan ini diasaskan oleh Jayavarman II?

a)

Kerajaan Angkor

b)

Kerajaan Funan

c)

Kerajaan Majapahit

d)

Kerajaan Champa

41.

Bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun yang mempunyai perkaitan dengan bahasa etnik peribumi.


Apakah istilah bahasa yang dikaitkan dengan bahasa Melayu? (Bab 1 - m.s 6)

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

42.

Apakah perkembangan budaya di Alam Melayu yang berkaitan dengan kemahiran dalam bidang kesenian? (Bab 1 - m.s 6)

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

43.

"SUNGAI MAS DAN SUNGAI BUJANG"


Namakan kerajaan yang pernah membina pusat kerajaan di Sungai Mas dan Pangkalan Bujang? (Bab 1 - m.s 12)

a)

Kerajaan Funan

b)

Kerajaan Champa

c)

Kerajaan Kedah Tua

d)

Kerajaan Gangga Nagara

44.

Gambar berikut merupakan candi Hindu yang masyhur. Apakah nama binaan tersebut?

a)

Candi Borobudur

b)

Candi Angkor wat

c)

Candi Angkor Thom

d)

Candi Po Nagar

45.

Apakah kerajaan yang dikaitkan dengan bangunan tersebut?

a)

Empayar Rom

b)

Empayar Byzantine

c)

Kerajaan Kedah Tua

d)

Kerajaan Majapahit

46.

Apakah agama yang dikait dengan gambar tersebut?

a)

Islam

b)

Hindu

c)

Kristian

d)

Buddha

47.

"Empayar Rom, Empayar Parsi, Empayar Kushan, Dinasti Han"


Apakah kerajaan yang sezaman dengan kenyataan diatas?

a)

Mongol

b)

Champa

c)

Funan

d)

Majapahit

48.

Apakah bunyi perkataan bagi 'Empat' dalam bahasa Jawa di Indonesia? (Bab 1 - m.s 6)

a)

APAT

b)

PAT

c)

PAPAT

d)

AMPAT

49.

Nyatakan lokasi kerajaan Angkor?

a)

Lembah Sungai Brantas

b)

Lembah Sungai Mekong

c)

Lembah Sungai Musi

d)

Lembah Sungai Mas

50.

Namakan pengasas kerajaan Funan?

a)

Fan Shih-Man

b)

Rudravarman

c)

Kaundinya

d)

Suryavarman II

51.

Maklumat berikut berkaitan dengan Alam Melayu.


"Pada masa dahulu, Alam Melayu terdiri daripad gugusan tanah luas terbentang menghubungkan kawasan daratan dengan kepulauan"


Apakah gelaran bagi Alam Melayu tersebut?

a)

Dunia Melayu

b)

Pentas Sunda

c)

Asia Tenggara

d)

Kepulauan Melayu

52.

Namakan 3 kerajaan Alam Melayu yang telah diserang oleh Kerajaan Chola.

a)

Angkor, Majapahit, Kedah Tua.

b)

Kedah Tua, Gangga Nagara, Majapahit

c)

Srivijaya, Funan, Gangga Nagara

d)

Gangga Nagara, Kedah Tua, Srivijaya

53.

Kemasyuran kerajaan Majapahit bermula apabila Tribuana Tunggadewi melantik Perdana Menteri Majapahit pada abad 14. Siapakah perdana menteri yang tersebut?

a)

Patih Gajah Mada

b)

Raden Vijaya

c)

Kaundinya

d)

Suryavarman

54.

Apakah etnik yang menggunakan istilah "pat" dalam kalangan masyarakat kerajaan Alam Melayu?

a)

Jawa

b)

Melanau

c)

Kadazan

d)

Iban

55.
  1. Apakah kerajaan terawal sekali muncul di Alam Melayu ?
a)

Majapahit

b)

Kedah Tua

c)

Champa

d)

Funan

56.
  1. Kerajaan Champa terletak di selatan dan tengah Vietnam. Apakah pusat pentadbiran kerajaan tersebut?
a)

Inderapura

b)

Palembang

c)

Vyadhapura

d)

Harihalaya

57.
  1. Pengasasan kerajaan Angkor telah dilakukan oleh Jayavarman II. Apakah peristiwa yang membawa kepada kejatuhan kerajaan tersebut?
a)

Serangan tentera Siam

b)

Serangan tentera Chola

c)

Serangan tentera Dai Viet

d)

Serangan tentera Majapahit

58.
  1. Kemunculan Kesultanan Kedah telah membawa keada perubahan terhadap kerajaan Kedah Tua. Kesultanan Kedah bermula sejak abad __________.
a)

kedua Masihi

b)

keempat Masihi

c)

ketujuh Masihi

d)

kelima Masihi

59.

Pada abad ke 14, kerajaan Majapahit telah bertindak menghantar utusan ke India. Mengapakah Majapahit berbuat demikian?

a)

Mendapatkan bantuan tentera

b)

Mendapatkan pengiktirafan kerajaan

c)

Mengukuhkan hubungan perdagangan

d)

Mengeratkan hubungan persahabatan

60.

Pedagang India memanggil _____________ sebagai Kataha di Alam Melayu.

a)

Champa

b)

Kedah Tua

c)

Majapahit

d)

Angkor

61.

Antara berikut, yang manakah kawasan Alam Melayu seperti pendapat Abdul Hadi Haji Hassan?

a)

Madagaskar

b)

Segenting Kra

c)

Selatan Thailand

d)

Kepulauan Pasifik

62.

Maklumat berikut berkaitan sebuah kerajaan Alam Melayu


Lokasi: Lembah Sungai Musi

Masa: Abad Ketujuh

Pusat Kerajaan: Palembang


Apakah kerajaan Alam Melayu tersebut?

a)

Kerajaan Kedah Tua

b)

Kerajaan Srivijaya

c)

Kerajaan Angkor

d)

Kerajaan Funan

63.

b) Apakah istilah lain bagi Alam Melayu?

a)

Kepulauan Melayu dan Dunia Melayu

b)

Negeri-negeri Melayu

c)

Malaysia

d)

Kepulauan Asia

64.

Siapakah pemerintahan Angkor yang berjaya meluaskan empayar hingga sempadan Annam?

a)

Rudravarman I

b)

Suryavarman II

c)

Jayavarman VII

d)

Sri Jayanasa IV

65.

Kerajaan Champa telah diasaskan oleh Chu-lien pada tahun 192M. Apakah cabaran yang dihadapi Chu-Lien untuk mengasaskan kerajaan tersebut?

a)

Serangan dari Dai Viet

b)

Kemerosotan kuasa raja

c)

Penyebaran pengaruh Funan

d)

Penyelewengan dalam kerajaan

66.

Apakah kerajaan luar yang sezaman dengan kerajaan Alam Melayu pada abad ke-14

a)

Empayar Parsi

b)

Empayar Mongol

c)

Empayar Kushan

d)

Empayar Byzantine

67.

Apakah faktor yang mendorong Kerajaan Alam Melayu mengadakan hubungan perdagangan dengan kerajaan luar?

a)

Kekayaan hasil bumi

b)

Kemajuan pelabuhan

c)

Kekuatan ketenteraan

d)

Kebijaksanaan pemerintah

68.

Gambar diatas menunjukkan penemuan artifak di Kerajaan Alam Melayu.

Apakah kaitan penemuan artifak tersebut terhadap kerajaan Alam Melayu?

a)

Persamaan budaya

b)

Penyebaran agama

c)

Kehebatan seni bina

d)

Kemajuan perdagangan

69.

c) Jelaskan bukti penduduk di Alam Melayu mempunyai budaya serumpun yang sama.

a)

Makanan dan minuman

b)

Pakaian

c)

Bahasa dan tulisan

d)

Tempat tinggal

70.

1.  Berapakah buah kerajaan yang wujud dalam sejarah awal Alam Melayu ?      (ms. 2)

a)

Lima

b)

Enam

c)

Tujuh

d)

Lapan

71.

2. Apakah faktor yang menyebabkan konsep Alam Melayu berbeza-beza ? (ms. 4)

a)

Peredaran zaman

b)

Perubahan budaya

c)

Perubahan teknologi

d)

Perubahan pola perdagangan