wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kata ganti nama diri

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

"Ibu, duit _______ hilang," kata Yen Ni kepada ibunya.

a)

kita

b)

kami

c)

saya

d)

mereka

2.

Ravin dan Jothan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.

a)

Dia

b)

Kita

c)

Kami

d)

Mereka

3.

" Jika _______ ada masalah sila jumpa saya," kata Cikgu Sarah kepada saya.

a)

mereka

b)

kamu

c)

kami

d)

dia

4.

"Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu.

a)

dia

b)

kita

c)

kamu

d)

mereka

5.
"Murid itu selalu mengganggu..........,"kata Fatimah dan rakan-rakannya kepada guru disiplin.
a)
saya
b)
kalian
c)
kami
d)
awak
6.

Encik William ialah seorang peguam. _____________ telah dilantik menjadi Yang Dipertua PIBG sekolah anaknya.

a)

Dia

b)

Beliau

c)

Saya

d)

Kami

7.

"Saya harap _____________ tidak membuat bising ketika berada di dalam perpustakaan," kata Cikgu Hairul kepada murid-murid.

a)

mereka

b)

beta

c)

kalian

d)

beliau

8.

Jaafar seorang murid yang bijak. ____________ sering membantu rakan-rakannya dalam pelajaran.

a)

Awak

b)

Saya

c)

Patik

d)

Dia

9.

________________ hendaklah mengamalkan sikap hormat-menghormati sesama jiran tetangga.

a)

Saya

b)

Awak

c)

Kita

d)

Mereka

10.

Sultan Kelantan seorang raja berjiwa rakyat. _______________ sentiasa mengambil tahu masalah rakyat.

a)

Baginda

b)

Beliau

c)

Dia

d)

Mereka

11.

" _______________ bertiga dari sekolah yang sama," kata Varuni, Anding dan Anis kepada pegawai sukan olahraga itu.

a)

Kita

b)

Kami

c)

Kalian

d)

Mereka

12.

Ayah Kamal ingin berjumpa dengan Cikgu Ruzaini kerana _____________ ingin mengetahui perkembangan pembelajaran anaknya di sekolah.

a)

kami

b)

dia

c)

kamu

d)

beliau

13.

"Mesyuarat agung PIBG akan diadakan hujung bulan ini. Ibu bapa _____________ perlu hadir pada hari tersebut," kata Guru Besar kepada semua murid.

a)

kita

b)

saya

c)

kalian

d)

mereka

14.

"Ibu bapa _____________ akan hadir dalam program motivasi itu," kata Kak Meng kepada Raju.

a)

kita

b)

beta

c)

saya

d)

beliau

15.

" _____________ akan bertolak pada pukul 8.00 pagi," kata Meng Ho dan Kang Yoon kepada ibu mereka.

a)

Saya

b)

Kami

c)

Kamu

d)

Mereka

16.

“___________ berharap agar rakyat jelata memberikan kerjasama untuk mengatasi masalah kegawatan ekonomi,” titah Sultan Selangor.

a)

Dia

b)

Beta

c)

Kami

d)

Beliau

17.

"Ampun _______ tuanku,"sembah Hang Tuah kepada raja.

a)

beta

b)

patik

c)

hamba

d)

baginda

18.

Ali dan Abu telah bersetuju hendak bekerja di Kuala Lumpur. __________ akan bertolak ke sana esok.

a)

Mereka

b)

Kalian

c)

Kita

d)

Kami

19.

Ming Jun sedang bermain bola di padang. ____________ menyepak bola itu dengan kuat.

a)

Mereka

b)

Saya

c)

Dia

d)

Kami

20.

“______ akan pergi ke pameran buku yang diadakan di dewan serba guna itu,” kata Jimi dan Johan kepada Ang.

a)

A aku

b)

B kami

c)

C kita

d)

D saya