NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU TAHUN 6
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Murid-murid membaca notis yang ditampal di ................ untuk mengetahui program-program yang berjalan sepanjang minggu ini.
papan kenyataan
papan kekunci
papan tanda
papan hitam
Encik Rahim .................. tanah liat sebelum membentuk menjadi labu sayong.
menguli
memicit
menggolek
menggiling
Setiap keluarga mengidamkan .................... rumah impian mereka sendiri.
sebiji
sebuah
sebaris
sebentuk
Senyuman yang .................. pasti menyenangkan sesiapa sahaja.
berpinar-pinar
bersinar-sinar
bersilau-silau
berseri-seri
Kita memerlukan udara yang segar dan ................... untuk kesihatan kita.
selesa
cantik
indah
nyaman
Kakitangan syarikat itu mendapat .................... setelah menerima bonus tahunan yang besar.
gaji buta
duit kopi
wang saku
durian runtuh
Pelbagai dalih dikemukakan oleh orang yang disyaki itu semasa disoal siasat pihak berkuasa.
Pilih perkataan sinonim bagi perkataan dalih.
ubah
helah
sebab
taktik
Surash melontarkan hujah-hujahnya yang bernas untuk membangkang tajuk perbahasan itu.
Pilih perkataan antonim bagi "membangkang"
menyambut
menyokong
menambah
memaksa
Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
Encik Zaidi baru mendapat .................. lelaki yang pertama selepas isterinya selamat bersalin semalam.
anak emas
anak angkat
cahaya mata
anak pungut
Budak-budak itu lari ................. kerana takut disengat oleh lebah.
tunggang-langgang
lintang-pukang
kacau-bilau
huru-hara
Doktor menggunakan ............... untuk memastikan sama ada adik demam atau tidak.
jangka suhu
jangka ukur
jangka sudut
jangka tekanan
Masyarakat setempat menghidupkan semangat kejiranan dengan ................. jiran yang sakit.
menjauhi
mendekati
melewati
menziarahi
Program keselamatan jalan raya yang diadakan telah disertai oleh .................. murid.
semua
segelintir
setengah
separuh
Datuk tidak dapat mendengar dengan jelas kerana ............... telinga datuk mengalami masalah.
lelangit
gegendang
keruping
telunjuk
Kitab lama itu sudah tidak dapat dibaca kerana tulisannya sangat ..................
mendung
kendur
suram
kabur
Adi membuka ................ apabila disalak oleh anjing yang garang itu.
kaki ayam
langkah kiri
langkah seribu
lipas kurung
Encik Razif berasa lega kerana semua hutangnya sudah lunas .
Pilih perkataan sinonim bagi "lunas"
tamat
susut
surut
langsai
Kadar kemalangan jalan raya meningkat pada setiap tahun.
Pilih perkataan antonim bagi perkataan "meningkat"
menipis
menurun
mengecut
mengempis
Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
Razizlah yang menjadi ................ dalam pergaduhan antara Amir dengan Yazid semalam.
batu api
angkat bakul
bermuka dua
batu penghalang
Saidin hanya dapat melihat kawan-kawannya bermain bola sepak kerana dia ....................
kaki bola
kaki ampu
kaki ayam
kaki bangku
