wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH KSSM TINGKATAN 5 BAB 1

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Kedaulatan diiktirafkan sebagai ________________ dan _______________ sesebuah negara yang bebas serta mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara.

a)

kekuasaan

b)

kebebasan

c)

kewibawaan

d)

keamanan

2.

Kedaulatan ialah supernuus atau superanus yang bermaksud agung atau tertinggi.

a)

Bahasa Yunani

b)

Bahasa Arab

c)

Bahasa Inggeris

d)

Bahasa Melayu

3.

Kedaulatan ialah sovereignty yang bermaksud negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan

a)

Bahasa Yunani

b)

Bahasa Arab

c)

Bahasa Inggeris

d)

Bahasa Melayu

4.

Berasal daripada kata daulah yang bermaksud kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan.

a)

Bahasa Yunani

b)

Bahasa Arab

c)

Bahasa Inggeris

d)

Bahasa Melayu

5.

Kedaulatan merujuk perkataan daulat yang bermaksud kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara.

a)

Bahasa Yunani

b)

Bahasa Arab

c)

Bahasa Inggeris

d)

Bahasa Melayu

6.

Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara. Kedaulatan merujuk kerajaan yang terikat oleh undang-undang

a)

Aristotle

b)

Jean Bodin

c)

Ibn Khaldun

d)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

7.

Kedaulatan merupakan kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara berasaskan semangat kekitaan bangsanya.

a)

Aristotle

b)

Jean Bodin

c)

Ibn Khaldun

d)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

8.

Kedaulatan mempunyai sifat kekal dan mempunyai kuasa tidak terbatas untuk membuat undang-undang, mentafsir dan melaksanakannya.

a)

Aristotle

b)

Jean Bodin

c)

Ibn Khaldun

d)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

9.

Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

a)

Aristotle

b)

Jean Bodin

c)

Ibn Khaldun

d)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

10.

Kedaulatan merupakan asas negara yang merdeka, memiliki kebebasan pada peringkat antarabangsa bersama dengan hak dan kuasa untuk mengatur urusan dalam negeri tanpa telunjuk asing.

a)

Aristotle

b)

Tun Dr. Mohamed Salleh Abas

c)

Ibn Khaldun

d)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

11.

Namakan jenis kedaulatan berdasarkan maklumat yang diberikan.


Pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap sesebuah negara yang bebas, merdeka dan berdaulat

a)

KEDAULATAN ANTARABANGSA

b)

KEDAULATAN TRADISIONAL

c)

KEDAULATAN MODEN

d)

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

12.

Namakan jenis kedaulatan berdasarkan maklumat yang diberikan.


Kedaulatan negara kita terletak pada kekuasaan Raja-raja Melayu yang merupakan pemerintah tertinggi yang diperkukuh oleh taat setia rakyat

a)

KEDAULATAN ANTARABANGSA

b)

KEDAULATAN TRADISIONAL

c)

KEDAULATAN MODEN

d)

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

13.

Namakan jenis kedaulatan berdasarkan maklumat yang diberikan.


Dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa selepas Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis

a)

KEDAULATAN ANTARABANGSA

b)

KEDAULATAN TRADISIONAL

c)

KEDAULATAN MODEN

d)

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

14.

Namakan jenis kedaulatan berdasarkan maklumat yang diberikan.


Badan kehakiman diwujudkan untuk memelihara dan melaksanakan kedaulatan undang-undang

a)

KEDAULATAN ANTARABANGSA

b)

KEDAULATAN TRADISIONAL

c)

KEDAULATAN MODEN

d)

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

15.

Apakah jawatan utama bagi ketua negara di Malaysia? (Buku teks m.s 8)

a)

Raja

b)

Menteri Besar

c)

Perdana Menteri

d)

Yang di-Pertuan Agong