wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 1 PEGENALPASTIAN MASALAH BUKAN INVENTIF

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Encik John menukarkan enjin keretanya kepada enjin turbo untuk meningkatkan kuasa enjin tetapi mengakibatkan keretanya mudah hilang kawalan serta membazirkan bahan api.

a)

Masalah Inventif

b)

Masalah Bukan Inventif

2.

Raju mudah membawa barang-barang yang dibeli dipasar setelah memasang bakul di motosikalnya.

a)

Masalah Inventif

b)

Masalah Bukan Inventif

3.

Puan Masliza membakar sebiji kek coklat dan menambahkan buah strawberi dan curahan coklat sebagai hiasan. Hasilnya kek menjadi sangat sedap dan menarik.

a)

Masalah Inventif

b)

Masalah Bukan Inventif

4.

Nina menggantikan kaki meja kayu kepada kaki besi untuk menampung beban yang banyak dan menambah roda supaya menjadi ringan untuk dialihkan.

a)

Masalah Inventif

b)

Masalah Bukan Inventif

5.

Suresh berjaya mencipta lampu yang akan menyala di waktu gelap dan padam di waktu terang supaya bil eletrik tidak melambung tinggi.

a)

Masalah inventif

b)

Masalah Bukan Inventif

6.

Patimah merancang untuk membeli almari yang besar dan perlu muat di dalam kereta untuk dibawa pulang ke rumah.

a)

Masalah Inventif

b)

Masalah Bukan Inventif

7.

Encik Heng memerlukan meja makan yang besar apabila anak-anaknya pulang bercuti di rumahnya. Namun apabila mereka kembali ke kota untuk bekerja, dia tidak memerlukan meja yang besar kerana dia dan isteri sahaja yang akan menggunakan meja tersebut.

a)

Masalah Inventif

b)

Masalah Bukan Inventif

8.

Rahman memeriksa mata gergaji dan mendapati mata tersebut tumpul akibat melakukan kerja terlalu lama. Dia mengasah mata gergaji tersebut.

a)

Masalah Inventif

b)

Masalah Bukan Inventif

9.

Irene sedang membuat latihan dan hujung pensilnya patah ketika menulis. Dia meraut mata pensil tersebut.

a)

Masalah Inventif

b)

Masalah Bukan Inventif

10.

Safiyah mendapati buku baru yang dibelinya mempunyai kulit buku yang mudah rosak. Dia membalut bulu tersebut dengan pembalut buku tahan lasak.

a)

Masalah Inventif

b)

Masalah Bukan inventif

11.

Nyatakan definisi yang betul bagi masalah inventif

a)

masalah yang mempunyai kesan sampingan

b)

masalah yang sukar untuk diselesaikan

c)

masalah yang berkait dengan aspek kehidupan

d)

masalah yang memerlukan penambahbaikan

12.

apakah maksud masalah BUKAN INVENTIF

a)

proses penyelesaian masalah biasa dalam kehidupan

b)

masalah yang sukar untuk diselesaikan

c)

penyelesaian masalah menggunakan pemikiran kritis

d)

kemampuan dalam menyelesaikan masalah

13.

antara yang berikut, yang manakah bukan fasa dalam penyelesaian masalah INVENTIF

a)

Analisis

b)

model masalah

c)

kaedah penyelesaian

d)

pemerhatian masalah

14.

langkah pertama dalam proses kerja penyelesaian masalah BUKAN INVENTIF ialah............

a)

melaksanakan pilihan

b)

mengenal pasti masalah

c)

menilai penyelesaian masalah

d)

membuat pilihan

15.

fasa menyelesaikan masalah INVENTIF terbahagi kepada.......

a)

tiga fasa

b)

empat fasa

c)

lima fasa

d)

enam fasa

16.

langkah terakhir daam proses kerja penyelesaian masalah BUKAN INVENTIF ialah.....

a)

menilai penyelesaian masalah

b)

menyenaraikan pilihan

c)

membuat pilihan

d)

mengenal pasti masalah

17.

penerangan yang manakah benar tentang fasa keempat penyelesaian masalah INVENTIF?

a)

masalah dikesan melalui proses kerja

b)

memperkenalkan kaedah pemisahan ruang dan masa

c)

memodalkan masalah menggunakan percanggahan fizikal

d)

setiap kaedah pemisahan akan dibekalkan dengan tujuh prinsip inventif

18.

Pilih penyataan yang merujuk kepada masalah bukan inventif.

a)

Encik Fauzi telah memasang pendingin hawa di rumahnya untuk mengurangkan kepanasan tetapi mengakibatkan bil elektrik rumahnya meningkat.

b)

Pisau yang tumpul telah diasah menjadi tajam akan memudahkan untuk menyiang ikan.

c)

Fikri telah menukarkan rim keretanya yang bersaiz besar agar nampak menarik tetapi membazirkan penggunaan bahan api.

19.

Sekiranya masalah tidak berjaya di atasi, langkah manakah yang perlu dirujuk?

a)

Mengenal pasti masalah

b)

Menyenaraikan pilihan

c)

Membuat pilihan

20.

Antara berikut, yang manakah fasa keempat dalam penyelesaian masalah inventif?

a)

Kaedah penyelesaian

b)

Model masalah

c)

Model penyelesaian