wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 3 RAJA BERPERLEMBAGAAN & DEMOKRASI BERPARLIMEN

Total questions: 60

Worksheet time: 33mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang memperkukuhkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka ?

a)

Agama Islam

b)

Orang Laut

c)

Perdagangan

d)

Tun Perak

2.

Pilih Kerajaan Melayu berikut yang meneruskan legasi Kesultanan Melayu Melaka.

a)

Johor-Riau

b)

Majapahit

c)

Srivijaya

d)

Perak

3.

Kerajaan TERAWAL yang diasaskan di negara kita ialah Kerajaan _________

a)

Kesultanan Melaka

b)

Kesultanan Kedah

c)

Kesultanan Johor

4.

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, keabsahan bagi setiap tindakan terletak pada ____________

a)

kedaulatan raja

b)

Hukum Kanun Melaka

5.

Mengapakah Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 diperkenalkan ?

a)

Menghalang pengaruh British

b)

Kekalkan kedaulatan negeri

6.

Apakah jawatan yang diwujudkan British di NNMB sebelum Perang Dunia Kedua?

a)

Residen

b)

Penasihat British

c)

Gabenor

7.

Perjanjian antara Raja-raja Melayu dengan British sebelum Perang Dunia Kedua menjadikan negeri Melayu sebagai _________________ British.

a)

jajahan

b)

naungan

8.

Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Siapakah yang mengawasi kedudukan Raja-raja Melayu ?

a)

Gabenor Jepun

b)

Residen Jepun

c)

Nippon Yamashita

9.

Selepas Perang Dunia Kedua, pemerintahan beraja menerima cabaran apabila British memperkenalkan _________ pada tahun 1946.

a)

Malayan Union

b)

Persekutuan Tanah Melayu

c)

Malaysia

10.

Selepas pengenalan Malayan Union 1946, British telah mengembalikan kedaulatan Raja-raja Melayu menerusi Perjanjian _______________

a)

Tanah Melayu 1948

b)

Tanah Melayu 1957

11.

Durbar ialah majlis persidangan Raja-raja NNMB.

Di manakah Durbar pertama diadakan?

a)

Kuala Kangsar, Perak

b)

Johor Baharu, Johor

c)

Kota Bharu, Kelantan

12.

Siapakah PENGERUSI Durbar Raja-raja NNMB ?

a)

Pesuruhjaya Tinggi British

b)

Gabenor

c)

Sultan-sultan mengikut giliran

13.

Siapakah PENGERUSI Majlis Sultan-Sultan (The Council of Sultans) yang ditubuhkan berdasarkan Perlembagaan Malayan Union 1946?

a)

Gabenor

b)

Pesuruhjaya Tinggi British

c)

Sultan Perak

14.

Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1948.

Siapakah PENGERUSI Majis tersebut?

a)

9 Raja Melayu secara bergilir

b)

Gabenor

c)

Pesuruhjaya Tinggi

15.

Siapakah yang berkuasa memeterai keputusan persidangan Majlis Raja-Raja ?

a)

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

b)

Sultan Johor

c)

Pengerusi MRR

16.

Mohor Besar Raja-Raja tersebut mengandungi gambar ______________ 9 Negeri Melayu tertulis "Mohor Besar Raja=Raja Negeri Melayu" bertulisan Jawi.

a)

jata kerajaan

b)

simbol alam semesta

c)

bendera negeri Melayu

17.

Pilih pihak yang TIDAK TERLIBAT semasa Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja berlangsung selepas merdeka.

a)

Yang di-Pertua Negeri

b)

Gabenor

c)

Sultan Melaka

d)

Sultan Johor

18.

Siapakah yang berkuasa memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalannya ?

a)

Majlis Raja-Raja

b)

Parlimen

c)

Pilihan Raya Umum

d)

Queen of Elizabeth

19.

Pilih perlantikan jawatan berikut yang memerlukan rundingan dengan Majlis Raja-Raja.

a)

Ketua Hakim Negara

b)

Pengerusi SPR dan ahli SPR

c)

Ketua Audit Negara

d)

Perdana Menteri

20.

YDPA tidak boleh dikenakan sebarang prosiding dalam mana-mana mahkamah KECUALI di dalam ________

a)

Mahkamah Khas

b)

Mahkamah King

c)

Mahkamah Tentera

21.

Berapakah tempoh masa diperuntukan bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong ?

a)

5 tahun

b)

3 tahun

c)

Selamanya

22.

Pilih bidang kuasa YDPA menurut Perlembagaan Malaysia.

a)

Melantik Perdana Menteri

b)

Membubarkan Parlimen

c)

Meminda undang-undang

d)

Melantik diplomat Malaysia ke luar negara

23.

Baginda merupakan KETUA AGAMA ISLAM bagi negeri-negri berikut KECUALI

a)

PAHANG

b)

KUALA LUMPUR

c)

PULAU PINANG

d)

SELANGOR

24.

Siapakah yang berkuasa mengisytiharkan DARURAT di negara kita?

a)

YDPA

b)

Perdana Menteri

c)

Jemaah Menteri

d)

Rakyat

25.

YDPA berkuasa mengampunkan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah berikut.

a)

Mahkamah Tentera

b)

Mahkamah Syariah Melaka

c)

Mahkamah Syariah Sarawak

d)

Mahkamah Persekutuan

26.

Apakah matlamat SUHAKAM?

a)

Melindungi hak asasi semua orang

b)

Memperkasa sukan negara

c)

Menjamin keadilan undang-undang kepada rakyat

27.

Kuasa pemerintahan negara kita dibahagikan kepada 3 badan.

Siapakah yang memegang PUNCA KUASA kuasa pemerintahan tersebut?

a)

YDPA

b)

Mahkamah Persekutuan

c)

Legislatif

d)

Judisiari

28.

Pilih komponen utama Parlimen Malaysia

a)

YDPA

b)

Dewan Rakyat

c)

Dewan Negara

d)

Pengerusi Dewan Rakyat

29.

Dewan Negara merupakan Dewan Tertinggi dalam sistem perundangan negara.

Dewan Negara juga dikenali sebagai ________

a)

Senat

b)

Dewan Rakyat

c)

Dewan Raja

30.

Pilih negeri yang TIDAK mempunyai DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN).

a)

KUALA LUMPUR

b)

PUTRAJAYA

c)

LABUAN

d)

PERLIS

31.

Bagaimanakah ahli Dewan Rakyat dipilih ?

a)

Pilihan raya

b)

Perlantikan oleh YDPA

c)

Penggiliran 5 tahun sekali

32.

Apakah fungsi UTAMA ahli Dewan Rakyat?

a)

Menggubal undang-undang

b)

Meluluskan undang-undang

c)

Mentafsir undang-undang

33.

Berapakah bilangan ahli Dewan Negara?

a)

70

b)

222

34.

Berapakah bilangan ahli Dewan Negara yang dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri ?

a)

70

b)

44

35.

Berapakah jumlah wakil ahli Dewan Negara daripada negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?

a)

2

b)

70

c)

1

36.

Apakah gelaran untuk ahli Dewan Negara ?

a)

Senator

b)

Yang Berhormat

37.

Berapakah tempoh masa ahli Dewan Negara memegang jawatan?

a)

3 Tahun

b)

5 Tahun

38.

Adakah ahli Dewan Negara boleh dilantik menjadi anggota kabinet (Menteri) ?

a)

Ya

b)

Tidak

39.

Berapakah bilangan ahli Dewan Rakyat di Malaysia?

a)

222

b)

70

c)

2222

40.

Apakah gelaran yang diberikan kepada ahli Dewan Rakyat?

a)

Wakil Rakyat

b)

Senator

c)

Tan Sri

d)

Dato'

41.

Berapakah tempoh masa jawatan sebagai ahli Dewan Rakyat?

a)

3 Tahun

b)

5 Tahun

c)

10 Tahun

d)

Tanpa had

42.

Pilih umur minimum untuk menjadi ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia.

a)

30 Tahun

b)

21 Tahun

c)

18 Tahun

d)

40 Tahun

43.

Secara umumnya, di antara Dewan Rakyat dan Dewan Negara, yang manakah lebih berkuasa?

a)

Dewan Rakyat

b)

Dewan Negara

44.

Berkaitan rang undang-undang kewangan dan perbekalan, Dewan Negara boleh menangguhkan kelulusan selama ______ bulan sebelum diluluskan.

a)

satu

b)

dua

c)

dua belas

45.

Menurut Perlembagaan Malaysia, bolehkah Dewan Negara MENOLAK pindaan perlembagaan yang diluluskan oleh Dewan Rakyat?

a)

Tidak boleh

b)

Boleh

c)

Bergantung kepada situasi dan masa

46.

Badan eksekutif Kerajaan Persekutuan merujuk kepada

a)

Jemaah Menteri

b)

Legislatif

c)

Kehakiman

47.

Apakah TUGAS UTAMA Jemaah Menteri di Malaysia?

a)

Menggubal dasar negara

b)

Menggubal undang-undang di Parlimen

48.

Siapakah yang mengetuai Jemaah Menteri di Malaysia?

a)

Perdana Menteri

b)

YDPA

c)

Rakyat

49.

Siapakah yang mengetuai setiap Kementerian di negara kita?

a)

Menteri

b)

Ketua Setiausaha Negara

c)

Ketua Setiausaha Kementerian

50.

Setiap Menteri mesti mempertahankan keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri.

Jika tidak, Menteri berkenaan perlu ...................

a)

meletak jawatan

b)

melawan Perdana Menteri

c)

membuat undi tidak percaya

51.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai

a)

EXCO

b)

Parlimen

c)

Majlis Tertinggi

d)

Kabinet

52.

Badan eksekutif di Sarawak dan Sabah dikenali sebagai

a)

Kabinet Negeri

b)

EXCO

53.

Bagi negeri beraja, Siapakah yang mengetuai pentadbiran Kerajaan Negeri ?

a)

Menteri Besar

b)

Ketua Menteri

c)

Perdana Menteri

54.

Sultan Muhammad II telah membentuk Sistem Jemaah Menteri di kelantan.

Berapakah bilangan badan Jemaah Menteri yang diwujudkan?

a)

8

b)

4

c)

12

55.

**Mentafsir Undang-Undang

Badan manakah yang mempunyai kuasa tersebut?

a)

Badan Kehakiman

b)

Badan Perundangan

c)

Badan Eksekutif

56.

MAHKAMAH ATASAN

1. Mahkamah Persekutuan

2.X

3. Mahkamah Tinggi

X merujuk kepada :

a)

Mahkamah Rayuan

b)

Mahkamah Sesyen

c)

Mahkamah Majistret

57.

Bagaimanakah Hakim memastikan badan kehakiman menjadi institusi yang ADIL ?

a)

Bebas daripada pengaruh politik

b)

Menyertai kabinet

c)

Menyertai semua parti politik

58.

Mengapakah konsep pengasingan kuasa dilakukan ?

a)

Supaya tidak dikuasai oleh seseorang

b)

Mewujudkan pemerintahn adil

c)

Menjadi semak dan imbang dalam pemerintahan

59.

Unsur MODEN dalam Demokrasi Berparlimen negara ialah berdasarkan model ________

a)

Westminster England

b)

Raja Melayu

60.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 2008, kerjasama politik telah membolehkan __________________ menang dalam pilihan raya untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

a)

Pakatan Harapan

b)

Perikatan Nasional

c)

Barisan Nasional