wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BAHASA MELAYU SK PANDAN JAYA (TAHAP 2)

Total questions: 41

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Anda merupakan murid .........

a)

Tahun 4

b)

Tahun 5

c)

tahun 6

2.

Sila tulis nama penuh anda

4 lines
3.

Sila tulis nama kelas anda

4 lines
4.

____________ akan menyambut hari ulang tahun keputeraan yang ke-60 pada bulan hadapan.

a)

Patik

b)

Beliau

c)

Hamba

d)

Baginda

5.

1.“Usahlah _____________ risau tentang perkara itu,” kata Qaiser kepada kawan-kawannya.

a)

kita

b)

kami

c)

kalian

d)

mereka

6.
Siapakah yang telah mengishtiharkan kemerdekaan Tanah Melayu?
a)
a) Tun Hussein Onn
b)
b) Tunku Abdul Rahman
c)
c) Tun Abdul Razak
d)
d)Tun Dr. Mahathir Mohamad
7.

“Tentera Portugis ________ menjajah dan menakluki negeri Melaka,” kata Cikgu Amelina.

a)

mahu

b)

sudah

c)

pernah

d)

sedang

8.

Mikail dan kawan-kawannya ________ menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu semasa cuti persekolahan akhir tahun nanti.

a)

akan

b)

telah

c)

masih

d)

sedang

9.

"Saya harap _____________ tidak membuat bising ketika berada di dalam perpustakaan," kata Cikgu Mukhairi kepada murid-murid.

a)

mereka

b)

beta

c)

kalian

d)

beliau

10.

"Richard, Halim dan Muthu tidak hadir semalam kerana __________ ketinggalan bas," kata ketua kelas kepada Cikgu Mei Lin.

a)

mereka

b)

beliau

c)

awak

d)

dia

11.

"Ayah, duit __________ hilang,"kata Amin kepada bapanya.

a)

kita

b)

kami

c)

saya

d)

dia

12.

Qaisarah mendapat markah yang _______ dalam mata pelajaran Sains.

a)

paling tertinggi

b)

paling tinggi

c)

sungguh tinggi

d)

tinggi nian

13.

"__________ masakan ibu malam ini," puji Syamimi kepada ibunya.

a)

Sedap benar

b)

Sungguh sedap sekali

c)

Paling sedap sekali

d)

Benar-benar sedap

14.
Ibu ______________ sedulang makanan untuk dihidangkan kepada tetamu kami.
a)
menatang
b)
menjinjing
c)
menjulang
d)
memegang
15.
" ________________ Pak Belang, janganlah kau makan aku!" kata pemuda itu dengan takutnya.
a)
Oh
b)
Wah
c)
Aduh
d)
Wahai
16.

Lawatan ke Petrosains akan diadakan pada cuti sekolah nanti __________ berlaku masalah yang tidak dapat dielakkan.

a)

selama

b)

kecuali

c)

lantaran

d)

sementara

17.

Kementerian Kesihatan Malaysia ………… program Amalkan Hidup Aktif untuk melestarikan hidup sihat.

a)

Memajukan

b)

Mengusulkan

c)

Menyarankan

d)

menganjurkan

18.

Para guru sanggup mengorbankan masa dan tenaga …………. kejayaan murid-murid dalam pelajaran.

a)

terhadap

b)

antara

c)

sejak

d)

demi

19.

Feri yang membawa penumpang itu ................... dari jeti Kuala Kedah ke Pulau Langkawi.

a)

berpindah randah

b)

berlekak lekuk

c)

bercalar balar

d)

berulang alik

20.

Selepas Beng Hok berpindah tempat duduk, penglihatannya menjadi jelas.Perkataan antonim bagi jelas ialah ...

a)

kabur

b)

pudar

c)

terang

d)

senang

21.

Nada suara ayah tegang sahaja ketika memarahi abang.Perkataan antonim bagi tegang ialah ...

a)

longgar

b)

lembut

c)

kendur

d)

ringan

22.

Persahabatan mereka memang rapat semenjak kecil.Perkataan antonim bagi rapat ialah ...

a)

renggang

b)

lama

c)

jauh

d)

baik

23.

Permukaan kayu itu licin setelah digosok dengan kertas pasir.Perkataan antonim bagi licin ialah ...

a)

lurus

b)

tegak

c)

kasar

d)

lembut

24.

Ketika kami sampai, kapal tangki itu sedang berlabuh.Perkataan antonim bagi berlabuh ialah ...

a)

belayar

b)

bergerak

c)

mendarat

d)

bertambat

25.

Terdapat kesalahan pada ayat di bawah :


Semua guru-guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.


Manakah ayat yang paling tepat ?

a)

Semua orang guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.

b)

Semua guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.

c)

Semua orang guru-guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.

d)

Semua orang-orang diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat guru.

26.

Apakah maksud pepatah ' berat mata memandang, berat lagi bahu memikul '

a)

Adat resam tidak boleh dilanggar

b)

Jika melakukan sesuatu pekerjaan biarlah sampai mendapat hasilnya

c)

Budi seseorang tidak dapat dibalas dengan wang dan harus diingat sentiasa

d)

Betapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya.

27.

Antara yang berikut, manakah ayat perintah yang mempunyai kesalahan tatabahasa ?

a)

Jangan pijak rumput di kawasan itu

b)

Jangan merokok di kawasan ini

c)

Jangan berlari di kawasan ini

d)

Jangan usah menangis lagi

28.

Kita dinasihati __________ menekup mulut dengan sapu tangan ketika bersin dan batuk.


i. agar

ii. untuk

iii. supaya

iv. bagi

a)

i dan iii

b)

i, ii dan iii

c)

ii dan iv

d)

i sahaja

29.

Semua penutup hidung yang terdapat di pasaran __________ mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

a)

akan

b)

boleh

c)

mesti

d)

pernah

30.

Terdapat ____________ masyarakat yang masih berkeliaran di luar ____________ perintah kawalan pergerakan telah diumumkan oleh kerajaan.


(Digalakkan merujuk kamus bagi istilah-istilah di bawah)

a)

seluruh . . . . meskipun

b)

segenap . . . . kendatipun

c)

segelintir . . . . waima

d)

beberapa . . . . sungguhpun

31.

Pembelian panik di pasar raya _________ negara telah mendapat _________ luas daripada media massa.


(Digalakkan merujuk kamus bagi istilah-istilah di bawah)

a)

seantero . . . . litupan

b)

seluruh . . . . liputan

c)

semua. . . . liputan

d)

segala . . . . litupan

32.

Pada setiap hari, Razi akan duduk di atas sejadah ___________ berzikir sementara menunggu azan subuh ____________.

a)

malahan . . . . dialunkan

b)

maka. . . . didendangkan

c)

sambil. . . . berkumandang

d)

tetapi . . . . dibacakan

33.

Pilih ayat yang betul.


i. Ziyad ialah abang kandung saya.

ii. Minum arak ialah salah di sisi agama.

iii. Al-Quran ialah kitab suci bagi umat Islam.

iv. Masjid adalah rumah ibadah bagi umat Islam.

a)

ii dan iii

b)

i dan iii

c)

i, ii dan iii

d)

i, ii, dan iv

34.

Nyatakan perkataan yang sama maksud (sinonim) bagi masalah

a)

sebab / faktor

b)

langkah / kaedah / cara

c)

kekangan / kerumitan / kesulitan

d)

keadaan / situasi

35.

Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas ialah

a)

gigi kapak

b)

bintang terang

c)

bagai isi dengan kuku

d)

si bingung makanan si cerdik

36.
Berikan makna yang sesuai dengan peribahasa ini......
a)
Tikus tidak suka makan labu
b)
Perbuatan yang memburukkan lagi keadaan.
c)
Keadaan yang sudah tidak boleh dibantu lagi
d)
Perangai yang suka merosakkan benda,
37.

Nasihat ibu kepada Ramesh _____ kerana Ramesh langsung tidak mempedulikan nasihatnya.

a)

seperti sampah hanyut

b)

seperti gergaji dua mata

c)

seperti ayam patuk anaknya

d)

bagai mencurah air di dalam keladi.

38.

Pengurus syarikat itu tidak berpuas hati dengan cara Chee Meng bekerja _____

a)

bagai bulan jatuh ke riba

b)

bagai dakwat dengan kertas

c)

bagai bulan penuh purnama

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

39.

Walaupun Linggam dan abangnya bergaduh, namun demikian hubungan mereka seperti ______________

a)

ular kena palu

b)

batu jatuh ke lubuk

c)

kacang lupakan kulit

d)

air dicincang tidak akan putus

40.

2. Penduduk di negeri Kelantan dan Terengganu sudah bersedia menghadapi musim banjir pada tahun ini. Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi tersebut adalah

a)

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

b)

sikit-sikit lama-lama menjadi bukit

c)

sediakan payung sebelum hujan

d)

seperti mencurah air ke daun keladi.

41.

3. Ah Chin berjaya di tangkap oleh pihak polis selepas beberapa kali terlepas apabila melakukan rompakan. Peribahasa yang sesuai untuk situasi ini adalah

a)

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

b)

bersatu kita teguh, bercerai kita ronoh

c)

alah membeli menang memakai

d)

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua