wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT: KUIZ KESELAMATAN BENGKEL

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Peraturan keselamatan bengkel yang perlu diamalkan ketika berada di dalam bengkel RBT adalah benar KECUALI

a)

Patuhi semua tanda keselamatan di dalam bengkel.

b)

Tutup semua pintu dan tingkap sebelum memulakan aktiviti

c)

Gunakan alatan dan bahan setelah mendapat kebenaran guru.

d)

Patuhi arahan dan makluman daripada guru sebelum masuk ke dalam bengkel.

2.

Peraturan keselamatan diri perlu dipatuhi untuk menjaga keselamatan diri ketika melakukan aktiviti di dalam bengkel adalah benar KECUALI

a)

Mengikut rambut yang panjang.

b)

Memakai selipar di dalam bengkel.

c)

Ikat atau masukkan tudung ke dalam apron.

d)

Pakai pakaian yang sesuai di dalam bengkel.

3.

Alatan di dalam bengkel RBT hendaklah digunakan mengikut peraturan seperti yang berikut KECUALI

a)

Bersihkan alatan selepas digunakan.

b)

Bermain dan bergurau semasa menggunakan alatan.

c)

Simpan alatan di tempatnya semula setelah digunakan.

d)

Bertanya dan minta tunjuk ajar guru sebelum menggunakan alatan.

4.

Terdapat pelbagai jenis bahan yang mudah terbakar, mudah rosak dan berbahaya. Yang berikut ialah peraturan keselamatan bahan yang perlu dipatuhi KECUALI

a)

Berhati-hati semasa menggunakan bahan berbahaya.

b)

Bertanya cara penggunaan bahan yang betul kepada guru.

c)

Biarkan bahan yang tumpah di atas meja atau lantai bengkel.

d)

Simpan bahan yang berbahaya dan mudah terbakar di tempat yang selamat

5.

Simbol dan tanda keselamatan ini adalah

a)

Jangan bakar di sini

b)

Kawasan kebakaran

c)

Tempat pembakaran

d)

Bahan mudah terbakar

6.

Jika berlaku kemalangan atau kecederaan di dalam bengkel, kita perlulah merawatnya dengan segera KECUALI

a)

Jangan letakkan sebarang ubat.

b)

Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air.

c)

Berjumpa dengan pegawai perubahan dengan segera.

d)

Sapukan krim atau losen yang sesuai untuk merawat kelecuran

7.

Apabila rakan kita terkena renjatan eletrik, kita perlulah melakukan perkara ini KECUALI

a)

Jangan sentuh mangsa.

b)

Sentuh mangsa dan lihat samaada mangsa cedera atau tidak.

c)

Rehatkan mangsa di tempat yang selesa dan dapatkan bantuan.

d)

Alihkan mangsa daripada punca renjatan menggunakan bahan penebat seperti kayu atau tali pinggang.

8.

Amalan keselamatan yang perlu di bengkel sekolah. Boleh pilih lebih daripada 1 jawapan.

a)

Susun atur bengkel yang tersusun.

b)

Susun alatan yang disimpan dengan kemas.

c)

Menjaga kebersihan dan kekemasan bengkel.

d)

Simpan alatan di tempat yang sesuai dan selamat.

9.

Berikut adalah peraturan bengkel KECUALI:

a)

Menghormati rakan sekerja.

b)

Dilarang bergurau senda di dalam bengkel.

c)

Melaporkan kerosakan peralatan kepada guru.

d)

Menggunakan peralatan dengan kebenaran guru.

10.

Peti pertolongan cemas di gunakan untuk:

a)

Memudahkan urusan kecemasan.

b)

Memenuhi standard peraturan bengkel.

c)

Menyediakan bantuan pernafasan segera.

d)

Menyediakan bantual awal kecederaan kecil di bengkel.

11.

Berikut adalah tujuan organisasi bengkel KECUALI

a)

Memastikan keselamatan alatan dan bahan

b)

Memastikan bengkel sentiasa bersih

c)

Memastikan keselamatan guru terjamin

d)

Memastikan pelajar bersikap bertanggungjawab

12.

Yang manakah berikut adalah berkaitan dengan Keselamatan am di tempat kerja.

a)

Dapatkan kebenaran guru sebelum masuk ke dalam bengkel.

b)

Boleh bawa beg masuk ke dalam bengkel.

c)

Jangan buka tingkap dan pintu sebelum memulakan kerja.

d)

Gunakan alatan dan bahan dengan cara yang betul dan boros.

13.

Berikut adalah pernyataan berkaitan Keselamatan diri dan rakan KECUALI

a)

Boleh memakai barang perhiasan semasa berada di dalam bengkel.

b)

Pakai pakaian yang sesuai dan kemas serta memakai kasut.

c)

Ikat rambut yang panjang dengan kemas atau tudung dimasukkan ke dalam baju.

d)

Jangan bermain atau bergurau di dalam bengkel.

14.

Bengkel RBT perlu …………………………………..supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur sepanjang masa.

a)

dicat

b)

dibasuh

c)

disenggara

d)

disepah

15.

Bengkel yang disenggara dengan baik dapat mengelakkan berlakunya …………………..ketika berada di bengkel di samping mewujudkan suasana yang kondusif dan selamat.

a)

kekekotoran

b)

kemalangan

c)

kekemasan

d)

kebersihan

16.

Semua alatan hendaklah disusun pada ………………….alatan dengan teratur.

a)

meja

b)

bakul

c)

tong sampah

d)

rak atau panel

17.

Pastikan alat-alat yang tajam, berat dan boleh……………………………… hendaklah digantung dengan kemas dan selamat.

a)

rosak

b)

berkilat

c)

berkarat

d)

mencederakan

18.

Murid perlu mendapat nasihat dan panduan ……………….sebelum menggunakan ubat- ubatan dan bahan rawatan.

a)

guru

b)

rakan

c)

formen

d)

ketua bengkel

19.

APA YANG MURID AKAN LAKUKAN JIKA TERDAPAT SUATU KEMALANGAN?

a)

BIARKAN MURID YANG MENGALAMI KEMALANGAN

b)

BAWA MURID YANG CEDERA KE HOSPITAL

c)

BERITAHU GURU SECEPAT MUNGKIN

d)

HUBUNGI IBU DAN AYAH TANPA PENGETAHUAN GURU

20.

MENGAPAKAH KITA PERLU MENGIKUTI SEMUA PERATURAN SEMASA BERADA DI BENGKEL?

a)

MEMUDAHKAN KERJA GURU

b)

SUPAYA KITA MUDAH UNTUK CEDERA

c)

MENGELAKKAN DARIPADA KEMALANGAN