wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Ganti Nama Tingkatan 1

Total questions: 20

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.
“...............rela berkorban nyawa untuk mempertahankan negeri tercinta ini daripada ancaman musuh,” sembah Hang Tuah kepada Sultan Melaka. 
a)
Hamba
b)
Patik
c)
Saya
d)
Kami
2.
"...........................tidak terangkat kotak itu kerana terlalu berat," kata Amin setelah disuruh oleh ayahnya supaya mengangkat kotak tersebut bersama-sama Kamal.
a)
Kami
b)
Saya
c)
Beta
d)
Hamba
3.
"Murid itu selalu mengganggu..........,"kata Fatimah dan rakan-rakannya kepada guru disiplin.
a)
saya
b)
kalian
c)
kami
d)
awak
4.
Kerani kewangan itu ditangkap polis kerana.............disyaki telah menggelapkan wang syarikat.
a)
beliau
b)
dia
c)
kamu
d)
eng
5.
“............mahu pelabuhan ini disiapkan dengan segera,”kata Syahbandar kepada Temenggung.
a)
Patik
b)
Saya
c)
Hamba
d)
Dia
6.
.................yang sudah menjalani ujian diminta berkumpul di ruang menunggu.
a)
Mereka
b)
Mereka-mereka
c)
mereka
d)
mereka-mereka
7.
“..............sudah mencanangkan perkara ini kepada seluruh rakyat,” sembah bendahara kepada Sultan Muzaffar.
a)
Hamba
b)
Patik
c)
Saya
d)
Aku
8.
..............tokoh yang terkenal dalam bidang perfileman tanah air.
a)
Beliau
b)
Dia
c)
Kamu
d)
Mereka
9.
.............pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku,” kata Rani kepada Maria
a)
Aku
b)
saya
c)
Saya
d)
Kami
10.
“.................mesti bermain bermati-matian untuk memenangi perlawanan ini,” kata kapten pasukan bola sepak itu kepada rakan-rakannya.
a)
Mereka
b)
Kami
c)
Kamu
d)
Kita
11.
“...............akan memastikan negeri Melaka ini akan terus aman dan makmur,”titah Sultan Melaka kepada rakyat jelata.
a)
Saya
b)
Patik 
c)
Hamba
d)
Beta
12.
"__________ berdua telah tersesat di dalam bandar,"Aidil memberitahu pegawai polis itu.
a)
Dia
b)
Aku
c)
Saya
d)
Kami
13.

" _______________ bertiga dari sekolah yang sama," kata Syahrul, Aswad dan Zulkarnain kepada pegawai sukan olahraga itu.

a)

Kita

b)

Kami

c)

Kalian

d)

Mereka

14.

"Nah, ambil buku......dan letak di dalam perpustakaan" kata Alya kepada Elyas.

a)

ini

b)

itu

c)

sini

d)

situ

15.

Fadlin pergi ke Johor Bharu. Beliau ada urusan di........

a)

itu

b)

sini

c)

sana

d)

mana

16.

"Cuaca di ....... sungguh sejuk" kata Airis sambil menahan kesejukan.

a)

ini

b)

sini

c)

situ

d)

mana

17.

"Yasir, tolong ambilkan saya kamus yang terletak di atas meja ......" kata Qif kepada Yasir.

a)

sana

b)

situ

c)

itu

d)

ini

18.

"Hari ...... kami akan melawat ke kilang membuat kertas" kata Umar kepada Khalis.

a)

ini

b)

itu

c)

sini

d)

situ

19.

....... lah rumah Umairah. Mari kita pergi ke ...........

a)

Ini.... sini

b)

Situ..... itu

c)

Ini...... sana

d)

Itu...... situ

20.

Eimran mengajak kami ke dusun rambutannya. Kami akan ke ....... pada cuti sekolah minggu hadapan.

a)

sana

b)

situ

c)

itu

d)

ini