NEW
Font size
WorksheetsPenjodoh Bilangan (disediakan oleh Cikgu Zuraini Bt. Ramli)
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
1. Pengakap muda itu mencari beberapa __________ kayu untuk mendirikan khemah.
ketul
buah
batang
kaki
2. Pak Aji melepaskan beberapa ________ tembakan untuk menghalau monyet-monyet itu.
biji
butir
gugus
das
3. Jika dilihat dari jauh, ekor arnab kelihatan seperti __________ kapas.
selonggok
seketul
segumpal
sehelai
5. Aini membelek beberapa ___________ majalah lama milik ayahnya.
biji
lembar
naskhah
keping
5. Pihak Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur akan membina lima ___________ rumah pangsa untuk penempatan setinggan.
blok
kumpulan
gugus
bidang
6. Puan Ros membeli tiga _______ petai di pasar tani.
ulas
buah
biji
papan
7. Pihak polis telah menjumpai dua ________ beg yang mengandungi duit palsu semasa menyerbu rumah pengedar dadah itu.
helai
keping
buah
potong
8. Aireen dan Aliya mengutip beberapa __________ cendawan busut yang tumbuh di bawah pokok itu.
pucuk
bilah
kaki
batang
9. Pekerja itu dimarahi ketuanya kerana membuang _________ rokok yang masih bernyala ke dalam bakul sampah.
segelung
sebidang
sepuntung
seruas
10. Saya hanya makan ___________ durian untuk merasainya.
seketul
seulas
sebiji
sehiris
11. Ayah menghadiahkan _____________ bunga kepada emak sempena Hari Ibu.
sekotak
sejambak
sebungkus
sekeping
12. Abang menggunakan ________ tali untuk mengikat buah rambutan itu.
seutas
sebentuk
sepotong
selingkar
13. Kakak membeli ________ majalah di kedai yang baru dibuka itu.
setimbun
senaskhah
sebuah
sehelai
14. Berpuluh-puluh ___________ kelapa digunakan untuk kenduri perkahwinan kakak.
buah
tandan
biji
longgok
15. Beberapa __________ jalan raya terpaksa ditutup akibat hujan lebat semalam.
batang
baris
jalur
kaki
16. Beberapa orang yang menyertai aktiviti gotong-royong membawa __________ cangkul.
sebuah
sebilah
sekerat
sebatang
17. Di atas para-para rumah nenek saya terdapat _________ pisang abu.
selaras
setandan
sepucuk
sebatang
18. __________ jala yang ayah selalu gunakan itu telah koyak.
Seikat
Seutas
Sejambak
Serawan
19.Pak Musa memilih beberapa __________ jagung untuk dijadikan benih.
kerat
buah
biji
tongkol
20. Abang menghadiahkan __________ kain pelekat kepada ayah.
secebis
sekeping
sehelai
selembar
