NEW
Font size
WorksheetsKATA ADJEKTIF
Total questions: 25
Worksheet time: 14mins
lagi hari sudah larut malam .
Permukaan lantai itu menjadi ______setelah dimop oleh ibu.
lembut
halus
kasar
licin
Semua kenderaan bergerak ______ kerana berlaku suatu kecelakaan jalan raya yang dahsyat di Jalan Lintang.
perlahan
deras
laju
gopoh
Warna _______ pada Jalur Gemilang melambangkan kebesaran raja-raja Melayu.
merah
biru
kuning
putih
Besi pembahagi jalan itu _________ setelah dilanggar sebuah lori membawa beras.
bengkok
bujur
kempis
lonjong
Mun Yeong hanya berjalan kaki ke tempat kerja kerana ________ dengan rumahnya.
awal
jauh
dekat
nyaris
Jari adik luka kerana terkena pisau yang _________ itu.
tumpul
tajam
panjang
nipis
Tangan ibu berbau ____________________ selepas menyiang ikan yang baru dibeli di pasar.
hanyir
hancing
busuk
harum
Nalesh memang __________ kerana dia merupakan anak tunggal Datuk Ramesh.
degil
pintar
malas
manja
Air sungai itu mengalir dengan __________ setelah hujan turun dengan lebat.
deras
segera
gegas
gopoh
Ruben tidak mahu menggunakan tandas awam itu kerana berbau ____________.
hanyir
hangit
hapak
hancing
Angin yang bertiup dengan _____________ semalam telah mengakibatkan banyak pokok tumbang.
besar
kencang
lebat
ganas
Jalan yang _________________ itu hanya dapat dilalui kenderaan ringan seperti motosikal dan basikal sahaja.
lurus
lemah
luas
sempit
Pelari itu berlari dengan ______________ menuju ke garisan penamat.
ligat
kuat
deras
pantas
Sham mengalirkan air mata kerana terlalu .................... apabila diumumkan sebagai pemenang pertandingan mendeklamasi sajak.
manja
sayu
gembira
hairan
Suasana di padang bola itu begitu __________ dengan sorakan para penonton.
gah
serak
riuh
lengang
Kucing kesayangan Siew Mei yang bermain dalam kotak itu begitu __________ sekali.
ayu
cantik
lawa
comel
Pak Muiz berasa ________________ menunggu pancingnya yang belum dimakan oleh ikan.
bosan
malas
culas
cuai
Bilik tidur Alyssa kelihatan _________ dan ________ kerana dia sentiasa mengemaskan bilik tidurnya.
comot ...... bersih
lawa .... semak
elok ..... lapang
kemas .... bersih
