Font size
WorksheetsKuiz 2: Sistem Kewangan dan Perbankan Islam (USD2293)
Total questions: 20
Worksheet time: 36mins
Bagaimanakah kaedah pengharaman riba berlaku?
Mengapakah riba tidak diharamkan secara sekali gus?
Apakah maksud riba daripada sudut bahasa?
Berkembang
Ketidakpastian
Perjudian
Samar-samar
Riba terbahagi kepada dua iaitu Riba Duyun dan Riba Buyu'. Apakah maksud duyun?
Emas
Hutang
Makanan
Matawang
Riba yang terhasil daripada pertukaran item ribawi dikenali sebagai __________.
Riba Duyun
Riba Qard
Riba Buyu'
Riba Jahiliyah
Berikan satu contoh item ribawi yang disebutkan di dalam hadith Rasulullah s.a.w.
Fatimah: Aliaa, saya hendak pinjam duit awak RM 10 boleh? Ayah saya akan berikan saya duit petang ini. Selepas saya ambil duit daripada mesin mesin juruwang elektronik (ATM), saya akan pulangkan semula duit awak.
Aliaa: Boleh Fatimah, tetapi awak harus pulangkan semula RM 15.
Fatimah: Baik Aliaa. Saya perlukan sangat duit pada waktu ini untuk beli makanan.
Apakah jenis riba yang terlibat dalam situasi di atas?
(a)
Zikri: Amirul, RM 500 yang saya pinjam daripada kamu munggu lepas dan saya janjikan untuk bayar harini, saya tidak dapat tunaikan lagi. Saya masih belum dapat gaji daripada majikan sehingga saat ini. Saya ingin minta jasa baik daripada kamu untuk memberikan saya sedikit masa lagi, boleh?
Amirul: Boleh tiada masalah. Saya akan lanjutkan lagi seminggu tempohnya, tetapi minggu hadapan kamu perlu pulangkan semula RM 500 beserta tambahan RM 100 atas kelewatan ini. Boleh?
Zikri: Boleh, saya setuju kerana saya memang terdesak sekarang ini.
Apakah jenis riba yang terlibat dalam situasi di atas?
(a)
Syarat untuk menukarkan emas dan perak adalah
(a)
Berapakah syarat yang harus dipenuhi untuk menukarkan beras basmathi dan beras wangi?
Tiada syarat
Satu syarat
Dua syarat
Tiga syarat
Bagaimanakah institusi perbankan Islam memperolehi dana?
(a)
Melihat kepada keadaan ekonomi yang tidak menentu, Puan Nisa takut untuk simpan wang simpanannya di institusi perbankan kerana takut wang simpanannya akan hilang sekiranya bank mengalami kerugian.
Apakah nasihat yang anda dapat berikan kepada Puan Nisa?
Ashraf baru sahaja mendaftar pengajian di UCYP. Untuk memudahkan pengiriman wang daripada ayahnya di kampung, Ashraf bercadang untuk membuka akaun bank. Namun begitu, Ashraf hanya memiliki wang sebanyak RM 100 untuk dijadikan sebagai deposit permulaan.
Sebagai seorang pegawai bank, akaun apakah yang akan dicadangkan kepada beliau?
Akaun Semasa
Akaun Simpanan
Akaun Bertempoh
Akaun Tetap
Datuk Rahmat merupakan seorang usahawan dan beliau ingin melaburkan sejumlah wang yang besar dalam projek Segi Seri Sdn Bhd melalui perantaraan Affin Islamic Bank.
Apakah jenis akaun yang terlibat berdasarkan situasi ini?
Akaun Terhad
Akaun Semasa
Akaun Pelaburan Terhad
Akaun Pelaburan Tidak Terhad
Yang manakah tidak benar mengenai Akaun Pelaburan yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islam?
Pelaburan adalah berdasarkan konsep keuntungan dan kerugian yang akan dikongsi (PLS)
Pelaburan daripada pihak pelanggan akan dijamin
Pihak bank pertindak sebagai pengurus kepada dana yang dilaburkan oleh pihak pelanggan
Pihak pelanggan akan memperoleh keuntungan (sekiranya ada) yang lebih tinggi daripada pihak bank
Antara akad yang sering diaplikasikan oleh institusi perbankan Islam dalam produk Akaun Semasa adalah akad Qard.
Qard bermaksud
(a)
Antara akad yang diaplikasikan oleh institusi perbankan Islam dalam produk Akaun Semasa adalah akad Wadiah.
Apakah jenis akad Wadiah yang diaplikasikan dalam produk tersebut?
Wadiah Yad Amanah
Wadiah Yad Dhomanah
Wadiah Yad Musharakah
Wadiah Yad Murabahah
Berapakah pihak yang terlibat dalam akad Tawarruq?
1
2
3
4
Siapakah yang memberikan deposit kepada pihak bank?
Cik Dania mempunyai Akaun Bertempoh di Maybank Islamic Berhad. Cik Dania akan menyimpan sebanyak RM 500 dalam akaun tersebut pada setiap bulan dan beliau dijangka memperoleh keuntungan sebanyak 4% daripada wang simpanan tersebut pada tempoh 5 tahun akan datang iaitu 2025.
Sekiranya Cik Dania mempunyai keperluan yang mendesak dan memerlukan kepada pengeluaran wang simpanan tersebut, adakah beliau boleh berbuat demikian sekiranya belum sampai tempoh matang iaitu pada tahun 2025?
