Font size
WorksheetsRBT Tingkatan 1 - 1.1.3 Prinsip reka bentuk
Total questions: 12
Worksheet time: 7mins
Prinsip reka bentuk ialah konsep atau aturan yang digunakan pada elemen reka bentuk bagi memudahkan pembinaan sesuatu objek agar visual yang dihasilkan menjadi menarik, selesa serta memberi kepuasan kepada pelanggan.
Benar
Palsu
Prinsip-prinsip prinsip reka bentuk terdiri daripada _____
keringkasan
harmoni
keseimbangan
pengulangan
kontras
_____ dalam reka bentuk berlaku apabila sesuatu objek tidak mempunyai keseimbangan sama ada dari sudut berat, tarikan, tumpuan perhatian atau berbentuk asimetri.
Keseimbangan
Ketidakseimbangan
Terdapat dua jenis keseimbangan, iaitu ____
keseimbangan simetri (formal)
keseimbangan asimetri (tidak formal)
______ mempunyai persamaan pada kedua-dua belah bahagiannya.
Keseimbangan simetri (formal)
Keseimbangan asimetri (tidak formal)
_______ tidak mempunyai persamaan pada kedua-dua belah bahagiannya tetapi kelihatan lebih menarik dan mempunyai daya tarikan tersendiri
Keseimbangan simetri (formal)
Keseimbangan asimetri (tidak formal)
______ bermaksud penyusunan semula objek secara berulang-ulang dari segi saiz dan bentuk. Ia boleh berlaku dalam bentuk bersudut (pola), susunan bersiri, selari atau berjejari. Tujuannya adalah untuk menghasilkan satu pola atau corak unsur yang berulang-ulang dan lengkap.
Keringkasan
Harmoni
Keseimbangan
Pengulangan
Kontras
______ ialah perbezaan ketara pada ciri elemen yang digunakan. Tujuannya adalah untuk menyerlahkan perbezaan, menarik perhatian, dan memberi fokus.
Keringkasan
Harmoni
Keseimbangan
Pengulangan
Kontras
____ menunjukkan aplikasi penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu reka bentuk. Ia dapat dihasilkan dengan menggunakan elemen-elemen reka bentuk. Tujuannya adalah untuk menambah daya tarikan sesuatu rekaan.
Kepelbagaian
Harmoni
Keseimbangan
Pengulangan
Kontras
____ bermaksud semua bahagian elemen bergabung untuk membentuk imej, tema atau idea yang sempurna.
Kepelbagaian
Harmoni
Kesatuan
Pengulangan
Kontras
"Idea yang kompleks perlu diolah semula dalam bentuk visual yang lebih ringkas. Idea yang banyak dalam satu-satu objek atau visual akan mengelirukan dan akan menghilangkan tumpuan orang yang melihatnya serta sukar untuk diingati".
Pernyataan ini merujuk kepada
Kepelbagaian
Harmoni
Keringkasan
Pengulangan
Kontras
_______ bermaksud melihat sesuatu yang dapat memberikan keamanan dan kedamaian. Ia dapat dihasilkan melalui susun atur berulangan sesuatu unsur yang seimbang dan mempunyai perhubungan saling berkaitan seperti penggunaan ton warna yang hampir sama dan mempunyai kontras. Kejadian alam semula jadi seperti laut, gunung, pokok, awan, dan langit sudah berada dalam keadaan harmoni.
Kepelbagaian
Harmoni
Keringkasan
Pengulangan
Kontras
