wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TAHUN 6: KEMAHIRAN PROSES SAINS

Total questions: 17

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama merujuk kepada.......

a)

Memerhati

b)

Membuat Inferens

c)

Meramal

d)

Mengelas

2.

Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian

a)

Membuat Inferens

b)

Berkomunikasi

c)

Mengelas

d)

Meramal

3.

Lima ekor ikan dimasukkan ke dalam sebuah akuarium kecil berisi air mineral dan diberikan bekalan makanan dan oksigen yang mencukupi. Namun, selepas 10 minit, salah seekor ikan telah mati.

Apakah inferens yang paling munasabah bagi perkara ini?

a)

Ikan itu telah mati akibat kekurangan oksigen.

b)

Ikan itu telah mati akibat berlaku persaingan sesama sendiri.

c)

Ikan itu telah mati akibat kekurangan makanan.

d)

Ikan itu telah mati akibat keracunan air.

4.

"Membanding masa, jarak, luas, dan isipadu dengan unit yang berkaitan"

Pernyataan di atas merujuk kepada kemahiran proses sains ___________

a)

Membuat Inferens

b)

Berkomunikasi

c)

Meramal

d)

Mengukur dan menggunakan nombor

5.

Carta Palang menunjukkan data yang telah dikumpulkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan dengan bilangan kes keracunan makanan di Bandar P selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Apakah corak kes keracunan di Bandar P dari tahun 2010 hingga 2014?

a)

Bertambah

b)

Berkurang

c)

Bertambah dan berkurang

6.

Carta Palang menunjukkan data yang telah dikumpulkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan dengan bilangan kes keracunan makanan di Bandar P selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Nyatakan pemboleh ubah manipulasi dalam penyiasatan ini?

a)

Tahun penyiasatan

b)

Bilangan kes keracunan makanan

c)

Bandar P

d)

Bilangan Penduduk

7.

Carta Palang menunjukkan data yang telah dikumpulkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan dengan bilangan kes keracunan makanan di Bandar P selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Nyatakan pemboleh ubah bergerak balas dalam penyiasatan ini?

a)

Tahun penyiasatan

b)

Bilangan kes keracunan makanan

c)

Bandar P

d)

Bilangan Penduduk

8.

Berikut adalah hipotesis yang dibuat oleh seorang murid dalam satu penyiasatan.

"Semakin bertambah saiz ais, semakin bertambah

masa yang diperlukan untuk ais itu melebur."

Apakah pembolehubah yang dimanipulasi dalam penyiasatan ini?

a)

Tempat menjalankan penyiasatan

b)

Masa ais melebur

c)

Bentuk ais

d)

Saiz ais

9.

Berikut adalah hipotesis yang dibuat oleh seorang murid dalam satu penyiasatan.

"Semakin bertambah saiz ais, semakin bertambah

masa yang diperlukan untuk ais itu melebur."

Apakah pembolehubah bergerak balas dalam penyiasatan ini?

a)

Tempat menjalankan penyiasatan

b)

Masa ais melebur

c)

Bentuk ais

d)

Saiz ais

10.

Carta Palang menunjukkan data yang telah dikumpulkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan dengan bilangan kes keracunan makanan di Bandar P selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Nyatakan pemboleh ubah dimalarkan dalam penyiasatan ini?

a)

Tahun penyiasatan

b)

Bilangan kes keracunan makanan

c)

Bandar P

d)

Bilangan Penduduk

11.

Jadual menunjukkan hasil penyiasatan sekumpulan murid.

Nyatakan pemboleh ubah manipulasi dalam penyiasatan ini.

a)

Kedudukan Planet dari Matahari

b)

Suhu Planet

c)

Jenis Planet

12.

Jadual menunjukkan hasil penyiasatan sekumpulan murid.

Nyatakan pemboleh ubah bergerak balas dalam penyiasatan ini.

a)

Kedudukan Planet dari Matahari

b)

Suhu Planet

c)

Jenis Planet

13.

Jadual menunjukkan hasil penyiasatan sekumpulan murid.

Apakah hubungan antara pemboleh ubah manipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dalam penyiasatan ini?

a)

Semakin bertambah jenis Planet semakin berkurang suhu Planet.

b)

Semakin bertambah kedudukan Planet dari Matahari, semakin berkurang suhu Planet

c)

Semakin bertambah jauh kedudukan Planet dari Matahari, semakin berkurang suhu Planet.

14.

Amir perlu menghadiri satu mesyuarat pada jam 2.00 pm di Johor Baharu yang jaraknya 350 km dari pejabatnya di Kuala Lumpur. Pada pukul 10.00am dia masih berada di pejabatnya. Pernyataan di bawah menunjukkan jenis kenderaan dan tempoh masa perjalanan.

*Kenderaan X tempoh perjalanan 4 jam

*Kenderaan Y tempoh perjalanan 1 jam

Ramalkan kenderaan Y.

a)

Kapal terbang

b)

Kereta

c)

Bas

15.

Amir perlu menghadiri satu mesyuarat pada jam 2.00 pm di Johor Baharu yang jaraknya 350 km dari pejabatnya di Kuala Lumpur. Pada pukul 10.00am dia masih berada di pejabatnya. Pernyataan di bawah menunjukkan jenis kenderaan dan tempoh masa perjalanan.

*Kenderaan X tempoh perjalanan 4 jam

*Kenderaan Y tempoh perjalanan 1 jam

Berdasarkan situasi ini, nyatakan pemboleh ubah di malarkan.

a)

Jenis kenderaan

b)

Jarak perjalanan

c)

Tempoh perjalanan

16.

Amir perlu menghadiri satu mesyuarat pada jam 2.00 pm di Johor Baharu yang jaraknya 350 km dari pejabatnya di Kuala Lumpur. Pada pukul 10.00am dia masih berada di pejabatnya. Pernyataan di bawah menunjukkan jenis kenderaan dan tempoh masa perjalanan.

*Kenderaan X tempoh perjalanan 4 jam

*Kenderaan Y tempoh perjalanan 1 jam

Berdasarkan situasi ini, nyatakan pemboleh ubah di manipulasi.

a)

Jenis kenderaan

b)

Jarak perjalanan

c)

Tempoh perjalanan

17.

Amir perlu menghadiri satu mesyuarat pada jam 2.00 pm di Johor Baharu yang jaraknya 350 km dari pejabatnya di Kuala Lumpur. Pada pukul 10.00am dia masih berada di pejabatnya. Pernyataan di bawah menunjukkan jenis kenderaan dan tempoh masa perjalanan.

*Kenderaan X tempoh perjalanan 4 jam

*Kenderaan Y tempoh perjalanan 1 jam

Berdasarkan situasi ini, nyatakan pemboleh ubah bergerak balas.

a)

Jenis kenderaan

b)

Jarak perjalanan

c)

Tempoh perjalanan