Font size
WorksheetsBAB 5 DAYA DAN TEKANAN
Total questions: 23
Worksheet time: 23mins
Antara yang berikut, yang manakah merupakan prinsip Pascal?
Penunu Bunsen
Tin aerosol
Jek hidraulik
Belon udara panas
Rajah menunjukkan sebuah pam hidraulik. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?
Daya, F adalah lebih besar daripada berat beban, W
Tekanan yang dikenakan pada omboh X dan Y adalah sama
Berat beban, W dan daya F adalah sama magnitud
Tekanan yang dikenakan pada omboh X adalah rendah daripada tekanan yang dikenakan pada omboh Y.
Rajah menunjukkan air mengalir melalui sebatang paip dengan suatu jerutan seperti yang ditunjukkan di Y. Antara penyataan berikut, yang manakah benar tentang halaju dan tekanan di Y apabila dbandingkan dengan X?
Halaju lebih rendah tetapi tekanan lebih tinggi
Halaju lebih tinggi tetapi tekanan lebih rendah
Halaju lebih rendah maka tekanan lebih rendah
Halaju lebih tinggi maka tekanan lebih tinggi
Rajah menunjukkan bentuk aerofoil bagi sayap sebuah kapal terbang. Antara kedudukan A,B, C dan D, yang manakah mengalami tekanan yang paling rendah?
A
B
C
D
Rajah menunjukkan udara dihembus ke dalam sebuah corong dan bola pingpong itu kekal terapung di udara. Prinsip manaka yang menerangkan situasi ini?
Hukum Boyle
Hukum Hooke
Prinsip Bernoulli
Prinsip Pascal
Apabila sebuah kereta api yang bergerak pantas melintasi, penumpang yang sedang menunggu di sepanjang platform itu akan mengalami satu tarikan ke arah kereta api yang bergerak itu. Fenomena ini boleh diterangkan menggunakan
Hukum Boyle
Prinsip Pascal
Prinsip Bernoulli
Prinsip hukum newton pertama
Raja menunjukkan arah tiupan angin melalui bumbung sebuah rumah ketika ribut petir. Dalam keadaan ini, bumbung ruma itu akan tercabut disebabkan oleh angin kencang. Antara penyataan berikut, yang manakah menerangkan fenomena ini?
Udara bergerak laju di M menyebabkan tekanan udara di N menjadi lebih rendah dan menyebabkan bumbung itu tercabut
Udara yang bergerak laju di M menyebabkan tekanan udara di N menjadi lebih tinggi dan menyebabkan bumbung itu tercabut
Udara yang bergerak perlahan di M menyebabkan tekanan udara di N menjadi lebih rendah dan menyebabkan bumbung itu tercabut
Udara yang bergerak perlahan di M menyebabkan tekanan udara di N menjadi lebih tinggi dan menyebabkan bumbung itu tercabut
Rajah menunjukkan pancutan air yang keluar daripada bekas apabila satu daya dikenakan ke atas omboh. Mengapakah air terpancut keluar secara seragam ke semua arah?
Daya yang dikenakan adalah seragam
Luas permukaan omboh adalah kecil
Tekanan yang dipindahkan adalah seragam
Lubang-lubang yang berada di permukaan bekas adalah kecil
Antara alat berikut, yang manakah menggunakan prinsip pemindahan tekanan dalam cecair?
Dron
Kren
Kaburetor
Penunu bunsen
Apakah yang berlaku dalam sistem brek hidraulik apabila pemandu kereta menekan pedal brek?
Omboh dalam silinder utama ditolak ke dalam
Omboh besar ditolak ke luar
Tekanan akan menarik kasut brek
Spring akan menarik kasut brek
Apakah yang berlaku dalam sistem brek hidraulik apabila pemandu kereta melepaskan pedal brek?
Omboh dalam silinder utama ditolak ke dalam
Omboh besar ditolak ke luar
Tekanan akan menarik kasut brek
Spring akan menarik kasut brek
Rajah menunjukkan aras air dalam turus menegak yang melibatkan prinsip Bernoulli. Mengapakah aras air paling tinggi di A?
Air mengalir masuk dengan halaju tinggi
Air mengalir keluar dengan halaju rendah
Tekanan yang dihasilkan paling rendah
Tekanan yang dihasilkan paling tinggi
Antara yang berikut, yang manakah berfungsi atas prinsip Bernoulli?
Brek kereta
Penunu Bunsen
Kerusi rawatan gigi
Lori pengangkutan sampah
Garisan kuning dibuat sebagai garisan keselamatan di sepanjang landasan LRT di stesen LRT. Mengapakah pengguna perlu berdiri di belakang garisan kuning tersebut?
Untuk mengelakkan kita daripada tertolak ke belakang
Untuk mengelakkan kita daripada tertarik ke hadapan
LRT menghasilkan aliran udara halaju rendah sewaktu bergerak
Tekanan tinggi terhasil di sekeliling badan LRT sewaktu bergerak
Tekanan yang dikenakan pada sebarang titik dalam suatu bendalir yang tertutup akan dipindahkan kepada keseluruhan bendalir secara seragam.
pernyataan merujuk kepada prinsip
Prinsip pascal
Prinsip Bernoulli
Antara yang berikut, yang manakah benar mengenai sistem hidraulik?
Tekanan yang dikenakan pada omboh lebih kecil adalah lebih besar daripada tekanan pada omboh yang lebih besar
Tekanan yang dikenakan pada omboh lebih besar adalah lebih besar daripada tekanan pada omboh yang lebih kecil
Tekanan yang dikenakan pada omboh kecil sama dengan tekanan pada omboh besar
Tekanan yang dikenakan pada bendalir menyebabkan isi padu bendalir meningkat.
Rajah menunjukkan sistem brek sebuah kereta. Prinsip yang manakah digunakan dalam sistem ini?
Prinsip Pascal
Prinsip Bernoulli
Prinsip keabadian momentum
Rajah menunjukkan suatu sistem hidraulik ringkas dalam keseimbangan. A1, A2 dan A3 adalah luas keratan omboh. F1, F2 dan F3 adalah daya yang bertindak pada omboh. Antara yang berikut, yang manakah betul?
Tekanan A1= tekanan A2= tekanan A3
Tekanan A1< tekanan A2 < tekanan A3
Tekanan A1> tekanan A2 > tekanan A3
Tekanan A1> tekanan A2 = tekanan A3
Antara rajah-rajah berikut, yang manakah menunjukkan paras air yang betul?
Pilih prinsip asas yang betul dalam sistem hidraulik
Cecair tidak mempunyai bentuk
Cecair boleh dimampatkan
Memindahkan tekanan ke semua arah
Tidak mampu menjalankan kerja berat
Menurut prinsip Bernoulli, tekanan bagi bendalir berkurang apabila bendalir
tidak mengalir
ditambah dengan garam
mengalir dengan lebih laju
dipanaskan
Rajah menunjukkan sebahagian sayap kapal terbang yang berbentuk aerofoil. Kapal terbang itu sedang terbang dengan laju yang tinggi. Pernyataan manakah adalah betul?
Tekanan di X adalah lebih besar daripada Y
Tekanan di X dan Y adalah sama
Laju udara di X adalah lebih tinggi daripada laju di Y
Laju udara di X adalah sama dengan Y
Rajah menunjukkan perubahan kedudukan sehelai kertas selepas ditiup. Mengapakah keadaan itu berlaku?
Tekanan di bawah kertas melebihi tekanan di atasnya
Aliran udara di bawah kertas lebih laju berbanding dengan sebelah atasnya
Tekanan di atas dan bawah kertas adalah sama
Tiupan angin menarik kertas menjadi lurus
