Worksheets1.1.5 Elemen,Fungsi Fizikal dan Estetika Tumbuhan Landskap
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Antara elemen yang berikut, elemen yang manakah TIDAK terdapat di dalam landskap?
Tumbuh-tumbuhan
Air
Topografi
Elemen kaku dan statik / Elemen kejur
Arah mata angin
Apakah elemen landskap yang ditunjukkan di dalam gambar ini?
Air
Topografi
Elemen kaku dan statik/ Elemen Kejur
Flora dan fauna
Berdasarkan gambar di atas, apakah elemen yang memberi pengaruh atau kesan yang paling kuat dalam pembinaan landskap tersebut?
Air
Tumbuh-tumbuhan
Topografi
Elemen kaku dan statik
Antara yang berikut yang manakah BUKAN elemen kaku dan statik/ struktur binaan?
Apakah ELEMEN yang ditunjukkan di dalam gambar ini?
Air
Topografi
Tumbuh-tumbuhan
Elemen kaku dan statik
Bertujuan untuk mewujudkan ruang, urutan, dan melengkapkan ruang. Kenyataan ini merujuk kepada elemen_________________.
Air
Topografi
Tumbuh-tumbuhan
Elemen kaku dan statik
Apakah fungsi tumbuh-tumbuhan di dalam landskap?
Meningkatkan suasana segar dan tenang serta bertindak sebagai pelembut penglihatan kepada satu-satu seni bina
Bertindak sebagai penyejuk atau penyaman udara semula jadi.
Mengubah arah penyaliran dan menampakkan keadaan semula jadi.
Untuk mewujudkan ruang, urutan, dan melengkapkan ruang
Gambar di atas merujuk kepada elemen ___________________.
Topografi
Air
Tumbuh-tumbuhan
Elemen kaku dan statik
Pokok teduhan mempunyai sifat tumbuh merendang untuk memberi teduhan dan keselesaan kepada manusia. Kenyataan ini merujuk kepada fungsi ____________________?
Melembutkan bentuk
Mengawal hakisan
Mengawal iklim
Keselesaan dan harmoni
Tumbuhan seperti penutup bumi ditanam di lereng bukit atau tebing sungai. Amalan ini merujuk kepada fungsi /bertujuan _________________________ melalui landskap.
Melembutkan bentuk
Mengawal iklim
Mengawal hakisan
Membentuk ruang
Penanaman pokok di kawasan bandar dapat mengurangkan suhu sekali gus menyejukkan kawasan persekitaran melalui proses transpirasi. Ini merujuk kepada fungsi landskap dalam ____________________________.
mengarah pergerakan
membentuk ruang
mengawal iklim
mengawal pandangan yang tidak menarik
Penanaman pokok secara rapat berfungsi sebagai penghadang pemandangan di kawasan seperti kawasan pelupusan sampah atau kubur. Ini merujuk kepada fungsi landskap untuk _________________________.
mengawal hakisan
mengawal pandangan (penghadang) pemandangan yang tidak menarik
mengarah pergerakan
melembutkan bentuk
Merujuk kepada gambar di atas, fungsi landskap yang ditunjukkan ialah _______________________________.
melembutkan bentuk
mengarah pergerakan
membentuk ruang
mengawal hakisan
Tumbuhan boleh ditanam untuk membentuk sempadan atau ruang tertentu seperti kawasan rekreasi, kawasan tempat letak kereta atau kawasan perindustrian. Ini merujuk kepada fungsi landskap untuk________________________________________.
mengarah pergerakan
melembutkan bentuk
membentuk ruang
mengawal hakisan
Ciri-ciri yang menarik pada tumbuhan seperti tekstur atau warna dapat mencantikkan pemandangan secara semula jadi. Ini merujuk kepada fungsi ____________________________
mengawal iklim
melembutkan bentuk
mengawal pandangan (penghadang) pemandangan yang tidak menarik
mengarah pergerakan
Sekiranya tumbuh-tumbuhan landskap di tanam di dalam kawasan perumahan ini, tujuan/ fungsi utama tanaman landskap bagi kawasan ini adalah seperti berikut KECUALI ________________.
melembutkan bentuk
mengawal hakisan
mengawal iklim
keselesaan dan harmoni
Meningkatkan suasana segar dan tenang serta bertindak sebagai pelembut penglihatan kepada satu-satu seni bina. Ini merujuk kepada fungsi elemen _______________________.
air
tumbuh-tumbuhan
topografi/ rupa bumi
Elemen kaku dan statik
Bertindak sebagai penyejuk atau penyaman udara semula jadi. Ini merujuk kepada fungsi elemen _____________________.
air
tumbuh-tumbuhan
rupa bumi
topografi
Gambar menunjukkan elemen statik dan kaku yang melengkapkan ruang. Apakah nama struktur tersebut?
Pergola
Gazebo
Pondok
Bumbung
Faktor tambahan bagi pemilihan tumbuhan landskap adalah seperti berikut KECUALI ____________________
tekstur
warna
bau-bauan
nilai komersial
