wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA DAN PERIBAHASA

Total questions: 25

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Jambatan yang ________ itu akan dilebarkan oleh pekerja Majlis Daerah Batu Pahat untuk kemudahan penduduk Kampung Parit Raja.

a)

patah

b)

senget

c)

sempit

d)

pendek

2.

Pelbagai ________ telah diberikan oleh pemaju perumahan itu kerana gagal menyiapkan Projek Kediaman Mesra Rakyat itu.

a)

alasan

b)

kritikan

c)

cemuhan

d)

tohmahan

3.

Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya ________ melawat ke Pulau Langkawi pada cuti persekolahan akhir tahun nanti.

a)

akan

b)

harus

c)

masih

d)

pernah

4.

Muhammad Aidil dan kawan-kawannya amat gemar ________ Internet untuk mendapatkan maklumat tentang pelajaran yang mereka kehendaki

a)

merayau

b)

melayari

c)

meninjau

d)

menjenguk

5.

________ murid Tahun Enam Waja membuat kerja masing-masing apabila melihat Cikgu Hamdan menuju ke kelas mereka.

a)

Semua

b)

Seluruh

c)

Sekalian

d)

Setengah

6.

Penduduk kampung menyambut kedatangan rombongan pelancong dari Korea itu dengan ___________ .

a)

bekas tangan

b)

tangan terbuka

c)

buah tangan

d)

panjang tangan

7.

Anak-anak Pak Shazwan _________ kerana rajin mengemas.

a)

berat tulang

b)

ringan tulang

c)

ringan mulut

d)

ayam tambatan

8.

Izzamie sangat _________ kerana tidak mahu mendengar nasihat daripada ayah dan ibunya.

a)

kepala angin

b)

kepala batu

c)

keras hati

d)

putih mata

9.

Ibu sedang _________ air menggunakan cerek yang baru dibelinya di pasar raya.

a)

memasak

b)

merebus

c)

menjerang

d)

menggoreng

10.

Pegawai yang baru bertugas di pejabat ayah itu ________ dengan senyuman.

a)

banyak

b)

murah

c)

mewah

d)

subur

11.

“Sila lekatkan setem ________ sebelah kanan sampul surat awak,” kata posmen kepada budak itu.

a)

di

b)

atas

c)

pada

d)

ke

12.

Budaya ________ semakin kurang diamalkan oleh masyarakat hari ini kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.

a)

kunjung-mengunjung

b)

masak-memasak

c)

kata-mengata

d)

datang-mendatang

13.

Nelayan tua itu tidur ________tikar mengkuang lusuh untuk menghilangkan penat selepas seharian di laut.

a)

bertilamkan

b)

bersandarkan

c)

berbantalkan

d)

beralaskan

14.

"__________ sekeluarga akan melancong ke Pulau Tioman semasa cuti sekolah bulan hadapan," kata Encik Imran kepada jirannya.

a)

Dia

b)

Anda

c)

Kalian

d)

Kami

15.

Burung murai itu membuat sarang di __________ dahan pokok.

a)

celah

b)

tengah

c)

pangkal

d)

belakang

16.

Hang Tuah merupakan __________ sangat terkenal semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

a)

seniman

b)

pahlawan

c)

sasterawan

d)

dermawan

17.

Usaha __________ rumah mangsa-mangsa gempa bumi yang rosak teruk itu sedang giat dijalankan di negara jiran.

a)

mengemas kini

b)

membaik pulih

c)

mengubah suai

d)

menambah baik

18.

Modul latihan karangan itu telah ditambah baik dari semasa ke masa oleh Cikgu Siti.

a)

dari masa ke semasa

b)

daripada masa ke semasa

c)

dari semasa ke semasa

d)

dari semasa ke masa

19.

Semua murid mestilah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menimba ilmu kerana tanpa usaha yang gigih, kejayan tidak mungkin dapat dikecapi. Pernyataan ini sesuai dengan peribahasa

a)

seperti api dalam sekam.

b)

belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam.

c)

sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

d)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

20.

"Bilakah __________akan berangkat ke Indonesia?" tanya Hamdan kepada Raju

a)

dia

b)

kami

c)

kamu

d)

dikau

21.

Jika tin itu tidak ditutup dengan kemas, biskut di dalamnya akan ______________

a)

tengik

b)

lembik

c)

empuk

d)

lemau

22.

Samad rajin belajar ______________ abangnya malas

a)

tetapi

b)

dan

c)

sejak

d)

kecuali

23.

Dia terkejut bila memperdengarkan berita itu.

a)

mendengar berita itu

b)

bila mendengar berita itu

c)

apabila mendengar berita itu

d)

bila memperdengarkan berita itu

24.

Apakah maksud "genggam bara api biar sampai menjadi arang"?

a)

sikap malas berusaha mendatangkan kesusahan

b)

orang yang malas tidak akan maju

c)

kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah

d)

melakukan sesuatu biarlah sehingga mendapat hasil

25.

Perkataan manakah yang dieja dengan salah?

a)

Losen

b)

kolesterol

c)

ampangan

d)

leukemia