Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Shaiful disukai oleh penduduk Kampung kerana dia selalu................. untuk membantu penduduk yang memerlukan bantuan.
a)
ringan tulang
b)
berat tulang
c)
curi tulang
2.
Semua agama mementingkan amalan yang baik seperti di bawah ini, KECUALI......
a)
bersyukur
b)
bersedekah
c)
sombong
d)
bercakap benar
3.

Sebagai anggota masyarakat, kita patut_________ dan memahami agama dan kepercayaan masyarakat sekeliling.

a)

bertelagah

b)

menghormati

c)

mengeji

4.

Sebagai anggota masyarakat yang mengamalkan sikap baik hati, nyatakan cara kamu memberikan bantuan kepada mangsa banjir

a)

menghulurkan sumbangan wang

b)

mengukir senyuman

c)

menziarahi mereka.

5.

Semasa menghadiri sesuatu upacara keagamaan, kita perlu ______________.

a)

berucap

b)

beradab sopan

c)

berinteraksi

d)

tidak peduli

6.
Sesuatu masalah yang dihadapi di sekolah perlulah diselesaikan dengan cara................. bersama guru.
a)
berbincang
b)
bergaduh
c)
bertumbuk
d)
berbual
7.

Seseorang yang mengamalkan sikap sederhana, perlu sentiasa memikirkan_________________masyarakat lain.

a)

kebaikan

b)

kesangsian

c)

kewangan

d)

keperluan

8.

Raju menghadiri sambutan hari sukan di sekolah. Cara dia mengamalkan sikap sederhana dengan__________________.

a)

memakai pakaian sukan

b)

memakai pakaian santai

c)

pakaian yang mahal-mahal

d)

memakai pakaian yang menjolok mata

9.

Semasa menghadiri jemputan rumah terbuka, Almond mengambil makanan mengikut_____________.

a)

hawa nafsu

b)

keperluan

c)

ikut suka

d)

sukatan berat

10.

Ibu bapa kamu memberikan wang perbelanjaan setiap hari. cara kamu bersikap sederhana dengan__________________.

a)

membelanjakan wang sampai habis.

b)

tidak menerima wang saku tersebut.

c)

menyimpan lebihan wang ke dalam tabung.

d)

membuang lebihan wang tersebut

11.

Tong chee menggunakan dana perasatuan untuk ______________ barangan keperluan persatuan tersebut.

a)

memindahkan

b)

mengedarkan

c)

menjual

d)

membeli

12.

Ranee sedang menggunakan telefon awam. Ramai pengguna beratur untuk menggunakan telefon awam. Tindakan Ranee adalah______________.

a)

bercakap perkara yang penting sahaja dan memberi laluan kepada orang lain.

b)

terus bercakap dan tidak memberikan kepada orang lain.

c)

bercakap dan tidak ambil peduli.

d)

memanjangkan perbualan tersebut.

13.

Kepentingan mengamalkan sikap sederhana dapat menjaga___________ orang lain.

a)

diri

b)

duit ringgit

c)

hati dan perasaan

d)

harta orang lain

14.

Kumaran menggunakan komputer di pusat sumber mengikut masa yang ditetapkan dan memberi peluang kepada orang lain menggunakannya. Dia berasa_________.

a)

marah

b)

selesa

c)

rimas

d)

bosan

15.

Walaupun tidak sihat, Kelvin turut serta dalam program menjual pakaian terpakai anjuran organisasi setempat. Apakah perasaan Kelvin?

a)

Tidak puas hati

b)

Marah

c)

Bermuka-muka

d)

Ikhlas

16.

Mary_______________baju yang sedia ada untuk ke majlis makan malam.

a)

menggunakan

b)

tidak mamakai

c)

menanda

d)

membuang

17.

Berikut adalah amalan sederhana dalam hidup masyarakat kecuali___________.

a)

Menyimpan wang ke dalam tabung.

b)

Tidak makan berlebihan.

c)

Menggunakan telefon awam tanpa pedulikan orang lain.

d)

Menggunakan barang terpakai untuk hasilkan kraftangan.

18.

Apakah perasaan kita bila mengamalkan sikap kesederhanaan dalam masyarakat?

a)

Gembira

b)

Resah

c)

Duka

d)

Lara

19.

1. Amirul ___________kawannya apabila dia pergi membantu membersihkan rumah kebajikan.

a)

mengajak

b)

mengabaikan

20.

Kita mestilah _____________ kepercayaan masyarakat lain.

a)

menghormati

b)

menyindir