wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

[T4B1] LANGKAH KESELAMATAN DI MAKMAL

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Antara bahan berikut, manakah yang tidak boleh dibuang ke dalam sinki?

a)

Sebatian pelarut organik

b)

Air garam

c)

Ammonia

d)

Asid etanoik

2.

Kebuk wasap digunakan untuk

a)

Menjalankan eksperimen

b)

Menjalankan eksperimen yang menggunakan bahan yang mudah terbakar.

c)

Mengelakkan kontaminasi

d)

Membersihkan bahagian badan

3.

Semasa anda terkena asid cair. Langkah pertama adalah ...

a)

Menjerit dengan sekuat hati

b)

Berlari keluar dari makmal

c)

Bilas dengan air yang mengalir

d)

Biarkan sahaja

4.

Kategori A adalah bahan sisa ...

a)

Bangkai/haiwan mati

b)

Darah

c)

Tisu

d)

Peralatan tajam

5.

Contoh alat perlindungan diri di makmal sains ialah ....

a)

Gogal

b)

Cermin mata hitam

c)

Getah rambut

d)

Kasut bertumit

6.

Bahan sisa Kategori B perlu di autoklaf pada suhu ...

a)

60 o C

b)

121 o C

c)

300 o C

d)

30 o C

7.

Antara berikut, yang manakah merupakan kelebihan pemadam kebakaran ABC?

a)

Digunakan untuk kebakaran gas sahaja.

b)

Merbahaya kepada haiwan

c)

Kelembapan yang dihasilkan adalah lebih lama.

d)

Digunakan untuk kebakaran untuk jenis cecair sahaja seperti petrol.

8.

Jenis kebakaran terbahagi kepada beberapa kelas, antaranya ialah ...

a)

Kelas F

b)

Kelas K

c)

Kelas G

d)

Kelas H

9.

Rajah menunjukkan penggunaan sejenis alat pemadam kebakaran. P.......bermaksud

a)

Tarik

b)

Tanggalkan pin

c)

Tekan ke bawah pin

d)

Tembak

10.

Pencuci tangan, pembilas mata dan penyiram kecemasan ialah contoh peralatan kecemasan. Fungsi pembilas mata adalah untuk ...

a)

Membersihkan tangan daripada kekotoran dan bahan kimia berbahaya

b)

Membilas dan mencuci mata yang terkena percikan bahan kimia

c)

Membersihkan badan dan membilas bahagian anggota badan atau pakaian yang terkena tumpahan bahan kimia berbahaya

11.

Antara ciri-ciri sisa berikut, yang manakah tidak boleh dibuang ke dalam sinki?

a)

Alkali dengan pH lebih daripada 9

b)

Asid dengan pH pada 6.5

c)

Airs suleng

d)

Ammonia

12.

Bahan sisa biologi terbahagi kepada bahan biobahaya dan bahan bukan biobahaya. Apakah maksud bahan sisa biologi biobahaya?

a)

Tisu hidupan, radas atau bahan yang mengandungi agen biobahaya seperti virus dan bakteria dan bahan toksin seperti bahan kumuh

b)

Tisu manusia atau hidupan lain yang tidak mengandungi agen biobahaya dan tidak berjangkit.

13.

Rajah menunjukkan sebuah tong biobahaya. Antara berikut kategori manakah sesuai untuk dibuang ke dalam tong tersebut ....

a)

Kategori A- sisa tajam

b)

Kategori B- Sisa bukan tajam

c)

Kategori C- Sisa bangkai, tisu organisma atau organ

d)

Kategori D- Sisa cecair badan

14.

Jika bahagian anggota badan terkena tumpahan merkuri, langkah keselamatan berikut perlu dilakukan kecuali ...

a)

Jumpa doktor dengan segera

b)

Sekat kawasan tumpahan merkuri daripada merebak menggunakan taburan serbuk sulfur

c)

Maklum kepada guru atau pembantu makmal dengan serta merta

d)

Hubungi jabatan bomba sekiranya perlu

e)

mmenyapu merkuri menggunakan tangan

15.

Yang manakah adalah sesuai digunakan untuk memadam kebakaran pepejal cecair dan gas?

a)

Serbuk kering

b)

Buih

c)

Karbon diokseda

d)

Air

16.

Topeng muka Melindungi hidung dan mulut daripada terhidu bahan kimia yang___ dan mudah meruap serta debu.

a)

Pekat

b)

Masam

c)

Panas

d)

Sengit

17.

Pilihkan bahan sisa organik.

a)

Gris

b)

Cat minyak

c)

Uranium

d)

Bangkai haiwan

18.

Hubungi Jabatan Bomba sekiranya ________ tumpah

a)

Asid hidroklorik pekat

b)

Natrium klorida pekat

c)

Merkuri dari termometer

d)

Ammonium klorida

19.

Warna label: hitam adalah pemadam api jenis ...

a)

Air

b)

Buih

c)

Karbon dioksida

d)

Serbuk kering

20.

Alat Pemadam api serbuk kering berwarna

a)
b)
c)
d)
21.

Pernyataan yang manakah bukan kepentingan memakai sarung tangan semasa melakukan eksperimen?

a)

Mengelakkan pencemaran daripada bahan biologi berbahaya

b)

Memastikan eksperimen dijalankan dengan cepat

c)

Melindungi luka tangan yang belum sembuh

d)

Mengelakkan terkena tumpahan bahan kimia atau kultur bakteria

22.

Encik Razman telah menjalankan audit alat pemadam api di sebuah sekolah. Perkara yang manakah tidak perlu diaudit?

a)

Tarikh luput

b)

Tarikh pembelian

c)

Jenis pemadam api

d)

Lokasi pemadam api diletakkan

23.

Jenis pemadam api manakah yang patut digunakan oleh Adam jika kebakaran berpunca daripada minyak masak?

a)

Bahan kimia basah

b)

Air

c)

Serbuk kering

d)

Selimut kebakaran

24.

Rajah menunjukkan sejenis alat yang digunakan untuk memadam kebakaran. Bagaimanakah alat ini berfungsi?

a)

Menghentikan bekalan oksigen

b)

Mengelap badan apabila terkena api

c)

Mengawal api supaya tidak merebak.

d)

Mengurangkan asap daripada kebakaran

25.

Pilih senarai peralatan perlindungan diri yang betul.

a)

Gogal, baju makmal, pensel, topeng muka

b)

Sarung tangan, gogal, stokin bertutup, kasut bertutup

c)

Baju makmal, topeng muka,gogal, sarung tangan

d)

Sarung tangan, , cermin mata, sarung tangan