WorksheetsLATIHAN SIMPULAN BAHASA
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
1. Setiap petang, ibu Anita akan pergi ______________ di taman permainan itu.
ada bakat
ambil angin
ibu angkat
pilih kasih
2. Adik Adam ___________ untuk menjadi pelukis terkenal kerana dia sudah memenangi beberapa pertandingan di peringkat negeri.
ada bakat
ambil berat
gulung tikar
goyang kaki
3. Pesawah itu ____________ tentang pelajaran anak-anaknya walaupun hidupnya miskin.
ambil berat
ambil angin
minta nyawa
muka tembok
4. Pemilik kedai itu ada pertalian _____________ dengan keluarga saya.
air muka
ada bakat
bau-bau bacang
hancur hati
5. Pemandu lori itu cuba memberi _____________ kepada polis yang menahannya.
duit kopi
ibu angkat
muka tembok
pilih kasih
6. Banyak peniaga di kompleks beli-belah tersebut terpaksa ____________ selepas sewanya dinaikkan 100 peratus.
ambil angin
gulung tikar
pisau cukur
tahi minyak
7. Petikan gitar yang dimainkan oleh Nazri menjadi __________ pada waktu malam.
halwa telinga
muka tembok
bertikam lidah
saudara pungut
8. Pemandu teksi selalu ___________ penumpang yang menggunakan perkhidmatannya pada waktu malam.
ambil berat
bertikam lidah
hisap darah
pembasuh mulut
9. Pelajar yang ____________ itu sering dirotan oleh guru.
ambil berat
ibu angkat
kepala batu
muka tembok
10. Pisau yang digunakan oleh perompak itu akhirnya ___________ sendiri.
adu domba
baik sangka
hancur hati
makan tuan
