wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa Tahun 5 : Kata Ganti Nama

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

"Rumah nenek .................. terletak di Kampung Badlishah," kata Amirul kepada Cikgu Zaini.

a)

patik

b)

saya

c)

beta

d)

aku

2.

"Jemputlah datang ke rumah ..................," kata pasangan adik-beradik kembar itu kepada Zarul.

a)

mereka

b)

kalian

c)

kami

d)

saya

3.

".................. mesti berusaha dengan tekun kerana peperiksaan semakin hampir," nasihat ayah kepada Rizqi.

a)

Kalian

b)

Kamu

c)

Kita

d)

Dia

4.

"Syarikat kami memberikan peluang kepada .................. untuk menikmati ganjaran hebat," kata pekerja itu kepada Abby.

a)

anda

b)

engkau

c)

mereka

d)

tuan hamba

5.

".................. perlu datang ke sekolah pada hari Sabtu ini untuk aktiviti gotong-royong," kata Cikgu Anisa kepada murid-muridnya.

a)

Kalian

b)

Anda

c)

Kami

d)

Engkau

6.

"Cikgu Hasni menyuruh .................. membersihkan kelas," kata ketua kelas kepada rakan-rakannya.

a)

kita

b)

saya

c)

kami

d)

kamu

7.

"Bendahara, panggilkan ahli nujum untuk mentafsir mimpi .................. semalam," titah Sultan Mahmud.

a)

saya

b)

beta

c)

kamu

d)

hamba

8.

"Bolehkah saya duduk di sebelah ..................?" tanya murid baharu itu kepada Qarlisa.

a)

tuan hamba

b)

engkau

c)

awak

d)

dia

9.

".................. berdualah yang memukul saya tadi," adu Kai Yi kepada Cikgu Soh.

a)

Dia

b)

Kita

c)

Kami

d)

Mereka

10.

".................. dikehendaki membuat satu bulatan yang besar," kata Cikgu Hanani kepada murid-muridnya.

a)

Kita

b)

Anda

c)

Kamu

d)

Kalian

11.

"Wahai orang muda, kasihanilah nasib ..................!" tangis saudagar tua itu.

a)

beta

b)

patik

c)

hamba

d)

baginda

12.

Doktor Hamidah mempunyai sebuah klinik di bandar. Klinik .................. sentiasa dikunjungi oleh banyak pesakit.

a)

dia

b)

beliau

c)

hamba

d)

mereka

13.

"Motosikal ini .................. beli pada dua tahun yang lepas," jelas Abang Nazmi kepada kawan-kawannya.

a)

patik

b)

hamba

c)

aku

d)

beta

14.

"Siapakah gerangan .................. yang sebenarnya?" tanya orang tua itu kepada pemuda miskin di depannya.

a)

beta

b)

hamba

c)

tuan hamba

d)

baginda

15.

Sultan Zainal disayangi oleh seluruh rakyat kerana .................. seorang sultan yang berjiwa rakyat.

a)

dia

b)

beliau

c)

tuanku

d)

baginda

16.

".................. sudah menyampaikan perutusan tuanku kepada Puteri Gunung Ledang," kata Laksamana Hang Tuah.

a)

Aku

b)

Saya

c)

Patik

d)

Hamba

17.

"Saya ingin berterima kasih kepada lelaki itu kerana .................. telah menyelamatkan saya," kata Chai Mooi.

a)

dia

b)

beliau

c)

mereka

d)

baginda

18.

".................. ingin mendaftar dalam pertandingan memancing," kata Encik Fairus kepada pihak penganjur.

a)

Patik

b)

Saya

c)

Beta

d)

Dia

19.

"Saya tidak akan memberitahu rahsia itu kepada Manisha kerana .................. mulut tempayan," kata Juho kepada Kajol.

a)

dia

b)

anda

c)

beliau

d)

mereka

20.

"Oh, rupa-rupanya .................. yang memancitkan tayar basikalku selama ini!" kata Zarif kepada Haikal.

a)

kita

b)

kalian

c)

engkau

d)

hamba