WorksheetsKATA ADJEKTIF
Total questions: 25
Worksheet time: 14mins
Kebun sayuran itu memberikan hasil yang ... kepada Pak Abu.
lumayan
untung
bersih
kasar
Kamu hendaklah ... bahawa masalah itu akan dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat.
ceria
sesuai
selesa
yakin
Kereta itu nyaris-nyaris terbabas ke lereng bukit akibat jalan ... selepas hujan.
laju
licin
halus
santai
Jarak di antara rumah Didi dan rumah kawan baiknya itu agak ... juga, iaitu kira-kira lima kilometer.
jauh
lebar
sayup
panjang
Keadaan di stadium itu ... semula setelah kesemua penonton beredar selepas perlawanan bola itu berakhir.
hening
gegak-gempita
huru-hara
lengang
Mak Kiah ... kerana suaminya masih belum pulang dari pejabat sedangkan hari sudah jauh malam.
was-was
sukar
gusar
aneh
Musa berasa ... apabila terkenang akan ibu bapanya yang telah meninggal dunia.
cuak
sayu
sesal
sangsi
Telinga Hadif ... mendengar jeritan anak-anak saudaranya yang sedang seronok bermain kejar-kejar.
tuli
bingit
bising
riuh
Ibu memarahi adik kerana bajunya ... akibat bermain dalam hujan lebat.
lencun
dingin
lusuh
carik
Harga pakaian di Mydin ... betul kerana diberikan potongan harga sebanyak 70 peratus.
kurang
sedikit
singkat
murah
Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.
kecil
besar
tebal
panjang
Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang ________.
tinggi
besar
renek
panjang
Walaupun banglo itu nampak _____________kerana telah lama ditinggalkan tetapi binaannya masa kukuh.
lama
usang
roboh
busuk
Tangan ibu berbau ____________________ sewaktu membersihkan daging kambing yang baru dibeli di pasar.
hanyir
hancing
hamis
tengik
Petani itu tidur dengan ___________ setelah penat bekerja di kebunnya.
selesa
riang
diam
nyenyak
Kawasan longgokan sampah itu berbau __________akibat sistem pelupusan sampah yang tidak teratur.
tengik amat
busuk sekali
hapak sungguh
hanyir sekali
Encik Lazim kelihatan __________ mengenakan busana istana silam.
cantik
molek
gagah
segak
Badan ikan pari yang ______________ membolehkannya bersembunyi pada permukaan di dasar laut.
lekuk
bujur
pipih
rata
Bunyi letupan itu amat _____________ sehingga mengakibatkan sebuah bangunan hampir roboh ke bumi.
kuat
bising
teguh
hebat
Pengantin perempuan itu sungguh _______________ sewaktu mengenakan sepersalinan songket di majlis perkahwinannya itu.
rapi
segak
anggun
unggul
Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Teluk Cempedak.
luas
sempit
senang
besar
Kabus ______________ meliputi kawasan itu kerana kedudukannya berada di kawasan tanah tinggi.
tebal
nipis
berkilat
berwarna
Biskut coklat yang dibeli oleh emak sungguh enak dan ___________.
rangup
lemau
rapuh
hangit
