Font size
WorksheetsTINGKATAN 5 KBSM BAB 4 MALAYAN UNION
Total questions: 21
Worksheet time: 12mins
Malayan Union diperkenalkan oleh British pada tahun 1946 di Tanah Melayu.
Mengapakah British bertindak demikian?
Menjimatkan masa pentadbiran
Menguasai sumber ekonomi
Mewujudkan pelbagai budaya
Mengukuhkan kuasa pembesar
Rajah 1 menunjukkan unit pentadbiran British di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia kedua.
Apakah masalah yang dihadapi oleh kerajaan British?
Pentadbiran seragam
Kos pelaburan yang tinggi
Kekuasaan di tangan sultan
Pembangunan yang tidak seimbang
Pernyataan berikut menunjukkan hasrat British untuk membentuk sebuah bangsa Malayan Union
Golongan imigran dapat melupakan negara asal mereka
Apakah tujuan sebenar British berbuat demikian?
Menjaga kebajikan imigran
Menjamin pelaburan mereka
Mewujudkan masyarakat majmuk
Mengurangkan politik orang Melayu
Rajah 2 berkaitan dengan badan pentadbiran Malayan Union.
Apakah X ?
Majlis Penasihat
Majlis Tempatan
Majlis Undangan
Majlis Kehakiman
Rajah 3 merujuk kepada pengenalan Malayan Union. Dimanakah pengisyiharan Malayan Union berlangsung?
India
Burma
Britian
Tanah Melayu
Mengapakah tokoh berikut tidak disukai oleh orang Melayu?
Sir Harold MacMichael
Membantu pasukan komunis
Menjadi Gabenor Malayan Union
Menentang demonstrasi orang Melayu
Memaksa raja menandatangani perjanjian
Gambar 1 merujuk kepada suasana di Tanah Melayu pada tahun 1946.
Apakah sebab kebangkitan orang Melayu pada tahun 1946
Ingin berkerajaan sendiri
Menolak prinsip demokrasi
Bimbang kehilangan warisan
Menentang pengenalan persekutuan
Bagaimanakah kedudukan Raja-Raja Melayu dalam pentadbiran Malayan Union?
Pemungut cukai
Ketua negeri
Kehilangan kuasa
Penasihat pentadbiran
Pernyataan berikut menerangkan sebuah parti di Tanah Melayu
Parti Kebangsaan Melayu Melaya menyokong Malayan Union
Mengapakah parti tersebut berbuat demikian?
Mengiktiraf kuasa sultan
Menentang prinsip jus soli
Memelihara hak pembesar Melayu
Menghapuskan sistem feudal Melayu
Antara berikut yang manakah cara penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union?
Peperangan
Serangan gerila
Penulisan dalam akhbar
Penghantaran pengintip
Apakah peranan yang dimainkan oleh akhbar-akhbar berikut semasa pembetukan Malayan Union?
* Majlis
* Utusan Melayu
* Warta Negara
Mengatasi masalah pendidikan
Menyebarkan pengetahuan agama
Membolehkan bantahan disuarakan
Menggalakkan perkembangan ekonomi
Antara berikut, parti politik yang manakah menyokong rancangan Malayan Union?
Angkatan Wanita Sedar
Angkatan Pemuda Insaf
Parti Kemerdekaan Malaya
Persatuan Sahabat Pena Malaya
Apakah alasan yang dikemukakan oleh segolongan pegawai tadbir Melayu untuk menyokong Malayan Union?
Merancang untuk menggulingkan kuasa
Menolak sistem feudal Melayu
Konsep Melayu Raya dilaksanakan
British cekap membangunkan Tanah Melayu
Kongres Melayu 1946 diadakan di Kuala Lumpur dari 1 hingga 3 Mac 1946.
Apakah hasil kongres tersebut?
Menubuhkan UMNO
Menggubal perlembagaan
Menggalakkan pertukaran idea
Mengumpul pendapat orang Melayu
Orang Melayu telah mengadakan rapat umum bagi menunjukkan bantahan terhadap Malayan Union kepada ahli-ahli Parlimen British.
Ahli Parlimen British yang dimaksudkan ialah
Sir Harold Briggs
L. D. Gammans
David Reese William
Sir Harold MacMichael
Pernyataan berikut menerangkan Kongres Melayu 1946
Kongres Melayu 1946 dihadiri oleh 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu
Apakah nilai positif yang patut dicontohi daripada sikap orang Melayu tersebut?
Bersatu padu
Berkeyakinan
Gigih berusaha
Rajin bermesyuarat
Pernyataan berikut menerangkan tindakan Raja-Raja Melayu pada tahun 1946
Raja-Raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946
Apakah tujuan perhimpunan tersebut diadakan?
Menyatakan bantahan kepada Ahli Parlimen British
Mendorong rakyat membantah Malayan Union
Membincangkan masa depan institusi kesultanan
Mendapatkan pandangan tentang penubuhan Malayan Union
Apakah yang dilakukan oleh orang Melayu untuk mencapai matlamat berikut?
Pembubaran Malayan Union
Melancarkan serangan
Menggugat Gabenor Sarawak
Mengemukakan syarat yang tegas
Menunjukkan semangat perpaduan
Mengapakah tokoh-tokoh berikut menentang Malayan Union?
* Sir R.O Winstedt
* Sir Cecil Clementi
* Sir George Maxwell
Memelihara keharmonian
Menolak konsep penjajahan
Menentang pemberontakan bersenjata
Menyokong konsep hak perikemanusiaan
Antara berikut, yang manakah merupakan faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948?
Gesaan pedagang asing
Sokongan golongan Melayu radikal
Sikap politik orang Melayu yang sederhana
Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union
Antara berikut, yang manakah merupakan faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948?
Gesaan pedagang asing
Sokongan golongan Melayu radikal
Sikap politik orang Melayu yang sederhana
Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union
