WorksheetsKuiz 02_Kata Ganti Nama Diri
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Shi Hong dan Wei Jia bermain catur. ____________________ merupakan wakil pelajar dari Sekolah Seri Cahaya.
Kalian
Saya
Kami
Mereka
Pak Abu sedang menoreh getah di ladang. __________________ mempunyai ladang getah seluas 4 ekar.
Dia
Saya
Kalian
Kamu
"___________________ akan membuat persembahan Tarian Sumazau sebentar lagi," kata Micheal mewakili rakan-rakannya.
Awak
Kami
Mereka
Saya
Saya dan Rusdi pandai bermain piano. __________________ telah memasuki kelas piano sejak berumur empat tahun.
Saya
Kita
Kami
Dia
"Bolehkah ___________________ meniup serunai?" soal Jessy kepada sahabatnya, Shuib Razi.
kamu
kami
anda
mereka
Beberapa orang murid sedang menjalani latihan bola keranjang di padang sekolah. ___________________ akan mewakili sekolah ke peringkat zon.
Kita
Mereka
Dia
Kami
Pondok yang dibina Pak Joe di tengah-tengah ladang itu roboh akibat tiupan angin kencang semalam. Walau bagaimana pun, ___________________ tetap merancang untuk membaikinya semula.
saya
dia
mereka
kami
Pengunjung-pengunjung pasar raya itu berlari ke arah tangga kecemasan apabila ________________ terlihat bahagian belakang bangunan itu mula terbakar.
mereka
kita
kami
dia
Para pelanggan pasar raya itu berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah yang disediakan. ___________________ perlu membuat pembelian bernilai RM 500 ke atas.
Dia
Saya
Mereka
Kami
Intan Najiha mengambil sebatang pen lalu menulis sesuatu pada telapak tangan__________________.
mereka
beliau
dia
nya
Khushairi ditegur oleh ayahnya kerana berbelanja dengan boros. _________________ perlu mengamalkan sikap berjimat cermat.
Dia
Kita
Kami
Awak
Kerusi itu diperbuat daripada kayu yang bermutu tinggi. ____________________ dijual dengan harga yang agak mahal.
Kita
Dia
Ia
Kami
" ________________ dan Jia Qian dari kelas yang sama," kata Zi Xuan kepada ibu Jia Qian.
Saya
Kami
Kalian
Mereka
Amin dan Hamizi menaiki rakit ketika menyusuri Sungai Johor. _____________________ gemar menjalankan aktiviti bersama-sama.
Kami
Kita
Mereka
Saya
Encik Sulaiman ialah seorang usahawan yang berjaya. Selain itu, _____________ juga seorang yang dermawan.
Beliau
Dia
Awak
Kita
"__________________ hendaklah mengamalkan sikap hormat-menghormati sesama jiran tetangga," nasihat Tok Noh kepada penduduk kampung.
Saya
Awak
Kita
Mereka
"____________________ tidak dapat hadir semalam kerana sakit perut," kata Suh Chin kepada guru kelasnya.
Saya
Awak
Kamu
Kami
" Mari ________ pergi ke perpustakaan," kata Shi Ting kepada rakan-rakannya.
kami
kita
saya
beta
"__________________ ingin beradu sekarang kerana hari sudah larut malam,” titah Sultan Ahmad kepada pegawai istana.
Aku
Beta
Baginda
Tuanku
Tun Abdul Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Semasa hayatnya, ________________ telah membangunkan sistem perladangan secara terancang.
tuanku
dia
beliau
baginda
