NEW
Font size
WorksheetsKATA ADJEKTIF
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Kain selendang yang __________ buatannya itu hasil tenunan tangan.
licin
kecil
halus
lembut
Borang ini hendaklah dihantar __________ kepada pihak penganjur
awal
segera
lambat
dahulu
Semenjak bergelar ibu tunggal, Puan Yana terpaksa bekerja __________ untuk menyara tujuh orang anaknya
keras
cepat
lambat
jarang
Sikap pemandu kenderaan yang cuai adalah punca kadar kemalangan di negara ini______.
tinggi
ringan
rendah
kuat
Sampan kecil itu __________ dengan buah kelapa dan buah cempedak yang baru dipetik dari kebun Lebai Malau.
muat
ketat
berat
sarat
Dino membuang buah jambu yang _________________ dan hampir busuk itu ke dalam tong sampah.
kembang
lembam
lebam
kusam
Jiwa dan perasaannya lebih __________ setelah pulang dari Mekah.
tenang
gembira
terharu
bimbang
Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya.
manis
masam
kelat
enak
__________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.
Indah
Muram
Kelam
Sayup
Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.
hapak
hanyir
tengik
hancing
Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
serak
garau
merdu
nyaring
Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
sombong
senang
ramah
kasar
Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi tanpa berputus asa.
kegelapan
kedinginan
kemalapan
kepanasan
Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
bengkok
bengkak
botak
lekuk
Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi_____________ apabila menjelang Hari Raya Aidil Fitri.
lengang
senyap
muram
suram
Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Semangat.
luas
sempit
senang
besar
Tapak tangan Pak Abu _____________ selepas mencangkul tanah di kebunnya petang tadi.
menggelupas
menggerutu
melecur
melecet
Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam .
terkilan
runsing
murung
sengsara
Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat ____________.
pantas
cepat
deras
kencang
Kerjanya yang __________ menjadikan gubahannya begitu cantik.
teliti
lemah
sopan
lembut
