wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa (Kesalahan Bahasa)

Total questions: 100

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.
Buku cerita itu dibaca oleh saya. 
a)
BETUL
b)
SALAH
2.
 Baju kebaya moden itu dijahit oleh ibu. 
a)
BETUL
b)
SALAH
3.
Kucing-kucing itu menjilat ekor mereka. 
a)
BETUL
b)
SALAH
4.
Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. 
a)
BETUL
b)
SALAH
5.
 Makanlah ikan kerana ia mengandungi protein. 
a)
BETUL
b)
SALAH
6.
 “Awak hendak ke mana?” tanya Elly kepada ibunya.      
a)
BETUL
b)
SALAH
7.
“Beta hendak berangkat ke Melaka,” kata Tun Perak. 
a)
BETUL
b)
SALAH
8.
Abdul Rahim tidak datang ke sekolah kerana ianya sakit
a)
BETUL
b)
SALAH
9.
Nama saudari siapakah
a)
SALAH
b)
BETUL
10.
  Roti itu dimakan oleh saya
a)
BETUL
b)
SALAH
11.
Dia bukan abang saya. 
a)
BETUL
b)
SALAH
12.
demi untuk ibu tersayang 
a)
BETUL
b)
SALAH
13.
Markah Bahasa Melayunya telah meningkat dari 80% ke 90%. 
a)
BETUL
b)
SALAH
14.
Muhammad Ramli adalah abang saya
a)
BETUL
b)
SALAH
15.

Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahi ke bandar yang berhampiran.

a)

berkhidmat

b)

pedalaman

c)

dipindahi

d)

Tiada Kesalahan

16.

Beraneka jenis kuih-muih tradisional Melayu dihidangkan oleh Puan roslinda kepada tetamu yang berkunjung ke rumah baharunya.

a)

kuih-muih

b)

tetamu

c)

baharunya

d)

Tiada Kesalahan

17.

Keadaan balai raya itu tidak terurus , semak samun tidak tertebang, dan tingkapnya pula sentiasa tertutup.

a)

terurus

b)

tertebang

c)

tertutup

d)

Tiada Kesalahan

18.

Atlet yang tersohor itu tidak dapat berlari dengan lancarnya kerana halangan angin yang bertiupkncang dari arah bertentangan.

a)

tersohor

b)

lancarnya

c)

kencang

d)

Tiada Kesalahan

19.

Baginda telah berkenan untuk mencemar duli bagi menyempurnakan majlis pertandingan berbalas pantun itu.

a)

berkenan

b)

mencemar

c)

menyempurnakan

d)

Tiada Kesalahan

20.

Saban hari , media massa sama ada media cetak ataupun media eletronik sering menguar-uarkan masalah gejala sosial di dalam kalangan remaja.

a)

sama ada

b)

ataupun

c)

di dalam

d)

Tiada Kesalahan

21.

Kak Long sanggup berhenti kerja demi untuk menjalankan projek cili fertigasi.

a)

berhenti kerja untuk

b)

henti kerja demi untuk

c)

diberhentikan kerja demi untuk

d)

Tiada Kesalahan

22.

Penempatan guru terlatih itu kebanyakannya bukan di desa tetapi di kota.

a)

bukan di desa tetapi kota.

b)

bukan di desa atau di kota.

c)

tidak di desa tetapi di kota.

d)

Tiada Kesalahan

23.

Mesyuarat ahli jawatankuasa persatuan penduduk itu ditangguhkan selepas berbincang lain-lain perkara.

a)

membincangkan tentang perkara lain-lain

b)

berbincang perkara-perkara lain.

c)

berbincang tentang perkara-perkara lain.

d)

Tiada Kesalahan

24.

Orang tua itu di hujung kampung itu hanya bertemankan dengan kucingnya

a)

bertemankan kucingnya

b)

berteman oleh kucingnya

c)

ditemani dengan kucingnya

d)

Tiada Kesalahan

25.

Di hari raya ramai tetamu datang ke rumah kami bagi menjalinkan hubungan silaturahim.

a)

Di hari raya tetamu ramai

b)

Pada hari raya ramai tamu

c)

Pada hari raya banyak tetamu

d)

Tiada Kesalahan

26.

"Apakah nama pengawal keselamatan yang bertugas pada hari ini?" tanya Encik Murad.

a)

Siapakah nama

b)

Berapakah nama

c)

Bagaimanakah nama

d)

Tiada Kesalahan

27.

Ayah menghadiahkan ibu seutas jam tangan.

a)

Ayah hadiah ibu

b)

Ayah menghadiah ibu

c)

Ayah menghadiahi ibu

d)

Tiada kesalahan

28.

Qayuni menangis teresak-esak apabila mengetahui semua barang-barang mainannya tertinggal di kampung.

a)

semua barang mainannya

b)

semua barang mainan-mainannya

c)

kesemua barang-barang mainannya

d)

Tiada Kesalahan

29.

Kami berharap agar kerusi roda yang disumbangkan oleh kami kepada pesakit itu dapat meringankan bebannya.

a)

kami menyumbang

b)

disumbangkan kami

c)

kami sumbangkan

d)

Tiada Kesalahan

30.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Saya belum masih menyelesaikan kerja itu.

b)

Saya masih belum menyelesaikan kerja itu.

31.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Rumah itu amat cantik sekali.

b)

Rumah itu paling cantik sekali.

32.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Pemuda itu amat tinggi benar.

b)

Pemuda itu tinggi nian benar.

33.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Novel itu saya telah baca.

b)

Novel itu telah saya baca.

34.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Ibu amat rindukan kakak.

b)

Ibu amat rindu akan kakak.

35.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Kita perlu memperkasakan bahasa Melayu.

b)

Kita perlu memperkasa bahasa Melayu.

36.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Ali menangis oleh kerana sakit perut.

b)

Ali menangis oleh sebab sakit perut.

37.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Pakaian ini demi ibunya.

b)

Pakaian ini untuk ibunya.

38.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Dinesh memberi jawapan yang tepat.

b)

Dinesh memberikan jawapan yang tepat.

39.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Buku itu terangkat saya.

b)

Buku itu terangkat oleh saya.

40.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Encik Kamil bercakap di dalam mesyuarat.

b)

Encik Kamil bercakap dalam mesyuarat.

41.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Kami saling bantu-membantu dalam hal itu.

b)

Kami bantu-membantu dalam hal itu.

42.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Beliau ialah antara guru cemerlang Sains.

b)

Beliau adalah antara guru cemerlang Sains.

43.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Kami tidak mencuri wang itu.

b)

Kami bukan mencuri wang itu.

44.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Para murid diminta tidak membuat bising.

b)

Para murid diminta tidak berbuat bising.

45.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Ubi kayu direbus hingga menjadi lumat.

b)

Ubi kayu direbus hingga menjadi empuk.

46.

Kegiatan pemerdagangan orang telah mendapat perhatian dunia dan menjadi isu antarabangsa di masa ini.

a)

di dalam

b)

dalam

c)

di

d)

pada

47.

Ayah menebas semak samun di kebunnya pada tiap hujung minggu.

a)

setiap

b)

setiap-tiap

c)

setiap-setiap

d)

sesetiap

48.

Orang yang mengetahui berbagai bahasa tidak mudah dibuli atau diambil kesempatan oleh orang lain.

a)

pelbagai-bagai

b)

pelbagai

c)

bagai-bagai

d)

pelbagai-pelbagai

49.

Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara.

a)

jatuh

b)

menjatuh

c)

menjatuhkan

d)

menjatuhi

50.

Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar.

a)

menasihati

b)

menasihatkan

c)

menasihat

d)

nasihat

51.

Setengah orang suka mengambil kesempatan apabila seseorang ditimpa kesusahan.

a)

setengah

b)

sesetengah

c)

Separuh

d)

seseparuh

52.

Pilih ayat yang betul

a)

Siapakah nama kucing peliharaan kamu?

b)

Apakah nama kucing peliharaan kamu?

53.

Pilih ayat yang betul

a)

Bapa membeli penghawa dingin dari Kedai Elektrik Senheng.

b)

Bapa membeli pendingin hawa dari Kedai Elektrik Senheng.

54.

Pilih ayat yang betul

a)

Beberapa ekor burung hinggap di atas ranting pokok besar itu.

b)

Beberapa burung hinggap di atas ranting pokok besar itu.

55.

Pilih ayat yang betul

a)

Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain di padang dengan gembira.

b)

Beberapa orang kanak sedang bermain di padang dengan gembira.

56.

Pilih ayat yang betul

a)

Beribu peminat membanjiri stadium untuk menyaksikan siaran langsung Liga Perdana.

b)

Beribu-ribu peminat membanjiri stadium untuk menyaksikan siaran langsung Liga Perdana.

57.

Pilih ayat yang betul

a)

Beribu peminat membanjiri stadium untuk menyaksikan siaran langsung Liga Perdana.

b)

Beribu-ribu peminat membanjiri stadium untuk menyaksikan siaran langsung Liga Perdana.

58.

Pilih ayat yang betul

a)

Kakak membuatkan ayah secawan kopi.

b)

Kakak membuat ayah secawan kopi.

59.

Pilih ayat yang betul

a)

Kek perisa strawberi itu telah dibakar oleh saya semalam.

b)

Kek perisa strawberi itu telah saya bakar semalam.

60.

Pilih ayat yang betul

a)

Kelas tuisyen Bahasa Melayu hari ini selama dua setengah jam.

b)

Kelas tuisyen Bahasa Melayu hari ini selama dua jam setengah.

61.

Pilih ayat yang betul

a)

Kitar semula barangan terpakai dapat menambah pendapat.

b)

Kitar semula barangan terpakai dapat menambah pendapatan.

62.

Pilih ayat yang betul

a)

Mesyuarat itu membincangkan tentang cara-cara mengatasi masalah disiplin di sekolah.

b)

Mesyuarat itu membincangkan cara-cara mengatasi masalah disiplin di sekolah.

63.

Pilh ayat yang betul

a)

Nenek menghadiahi Ginnie seutas rantai tangan.

b)

Nenek menghadiahkan Ginnie seutas rantai tangan.

64.

Pilih ayat yang betul

a)

Pelakon Jacky Chan mempunyai ramai peminat dari seluruh dunia.

b)

Pelakon Jacky Chan mempunyai banyak peminat dari seluruh dunia.

65.

Pilih ayat yang betul

a)

Pertandingan itu akan berlangsung di dalam dewan sekolah.

b)

Pertandingan itu akan berlangsung dalam dewan sekolah.

66.

Pilih ayat yang betul

a)

Richard duduk antara Ali dan Ken.

b)

Richard duduk di antara Ali dan Ken.

67.

Pilih ayat yang betul

a)

Tiga kambing kepunyaan Pak Jasin itu hilang semalam.

b)

Tiga ekor kambing kepunyaan Pak Jasin itu hilang semalam.

68.

Pilih ayat yang betul

a)

Kamu berasal mana?

b)

Kamu berasal dari mana?

c)

Kamu berasal daripada mana?

69.

Tandakan yang betul.

a)

dari masa ke semasa

b)

dari semasa ke semasa

70.

Pilih jawapan yang betul.

a)

setengah orang

b)

setengah-setengah orang

c)

setengah orang-orang

71.

Pilih jawapan yang betul.

a)

tiap-tiap pelajar

b)

tiap pelajar

c)

pelajar tiap-tiap

72.

Pilih jawapan yang betul. (Ada 2 Jawapan yang betul)

a)

berbagai-bagai warna

b)

berbagai warna

c)

pelbagai warna

d)

pelbagai-pelbagai warna

73.

i) Peristiwa semasa berkhemah di Taman Negara itu meninggalkan kenangan manis yang sukar dilupakan olehku.

a)

aku lupakan

b)

lupakanku

c)

dilupaku

74.

ii)Kegiatan pemerdagangan manusia telah mendapat perhatian dunia dan menjadi isu antarabangsa di masa ini

a)

kepada masa

b)

pada masa

c)

ke masa

75.

iv)Masyarakat Minangkabau adalah masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih

a)

ialah

b)

merupakan

c)

seperti

76.

v)Minit Mesyuarat itu ada dengan pengetua .

a)

di

b)

kepada

c)

pada

77.

vi)Ketua kampung akan membincangkan tentang masalah catuan air dengan penduduk kampung pada hari Sabtu Nanti

a)

membincangkan kepada

b)

membincangkan

c)

membincangkan bahawa

78.

viii)Kejayaan pelakon terkenal itu disambut baik daripada peminatnya

a)

dari

b)

kepada

c)

oleh

79.
Semua rakyat harus memiliki semangat cinta dengan tanah air.
a)
akan
b)
kepada
c)
untuk
d)
dengan
80.
Setiap anggota masyarakat harus sedar yang membaca dapat meningkatkan pengetahuan.
a)
dengan
b)
bahawa
c)
jika
d)
sekiranya
81.
Kereta berhias yang paling tercantik itu merupakan hasil kreativiti pekerja Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
a)
paling tercantik
b)
tercantik
c)
cantik
d)
tercantik paling
82.
"Kita akan menerangkan penyakit strok dengan lebih jelas lagi," kata Doktor Suhaila kepada Encik Ah Kim.
a)
Kita
b)
Kami
c)
Saya
d)
Awak
83.
Kumpulan Siti telah membincangkan tentang pertandingan menulis rencana yang dianjurkan oleh sekplah mereka.
a)
membincangkan tentang
b)
membincangkan
c)
bincang tentang
d)
tentang bincang
84.
Beberapa orang pengkaji sejarah turut membentang kertas kerja-kerja tentang sejarah Melayu di nusantara.
a)
kerja-kerja
b)
kerja
c)
membentangkan
d)
bentangkan
85.
"Saya menitahkan Hang Jebat balik ke Melaka," titah Sultan Mansur Syah kepada Tun Perak.
a)
Hamba
b)
Patik
c)
Beta
d)
Saya
86.
Kami begitu leka menikmati pemandangan di Pulau Pangkor yang terlalu indah sekali.
a)
indah
b)
terlalu indah
c)
terlalu indah sekali
d)
sekali indah
87.

Tikar itu saya akan buat.

a)

Betul

b)

Salah

88.

Saya ada seekor arnab. Ia bernama Si Putih.

a)

Betul

b)

Salah

89.

Oleh sebab sakit perut , Ali tidak dapat menghadiri seminar itu.

a)

Betul

b)

Salah

90.

Petikan membincangkan tentang cara-cara mengatasi alam sekitar.

a)

Betul

b)

Salah

91.

Semua kanak-kanak perlu diberikan didikan agama yang sempurna.

a)

Betul

b)

Salah

92.

Terdapat ramai carta pai telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.

a)

Betul

b)

Salah

93.

Kedua-dua orang anak Pak Ali sangat rajin.

a)

Betul

b)

Salah

94.

Beribu-ribu penonton menyaksikan persembahan itu.

a)

Betul

b)

Salah

95.

Siti membuatkan ayahnya secawan kopi.

a)

Betul

b)

Salah

96.

Pak Ah Kaw memperisteri anak lelakinya dengan seorang gadis.

a)

Betul

b)

Salah

97.

memperlebarkan jalan itu

a)

Betul

b)

Salah

98.

memperkatakan perkara itu

a)

Betul

b)

Salah

99.

Sila jangan bermain di sini.

a)

Betul

b)

Salah

100.

Ah Lian ialah kawan saya.

a)

Betul

b)

Salah