WorksheetsKEMAHIRAN PROSES SAINS MERAMAL SAINS TAHUN 3
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran proses sains meramal?
Kemahiran membuat jangkaan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lalu atau data yang boleh dipercayai
Kemahiran membuat pemerhatian menggunakan nombor dan alat berunit piawai.
Kemahiran yang diamalkan semasa menjalankan eksperimen atau penyiasatan
Penyiasatan berikut dijalankan untuk mengetahui kelarutan kiub gula, gula kasar dan gula halus. antara tiga jenis gula berikut yang manakah akan larut paling cepat dalam air pada suhu bilik?
Gula kasar akan larut paling cepat
Gula halus akan larut paling cepat
Kiub gula akan larut paling cepat
Aminah dan Ali telah melakukan satu eksperimen dengan meletakkan air dalam bikar kemudian meletakkan bikar di atas api penunu bunsen. selepas 7 minit, air mula mendidih namun mereka memutuskan untuk membiarkan air itu mendidih 12 minit lagi.
Apakah ramalan yang boleh dibuat terhadap air tersebut?
Air menjadi sejuk
Air mendidih akan bertukar menjadi merah
Air akan hilang ke udara
Objek berikut merupakan objek yang boleh terapung dan tenggelam di dalam air. Yang manakah objek yang terapung dan objek yang tenggelam, buat ramalan anda
Objek: botol plastik, kunci, gabus, sudu besi
terapung : botol plastik,gabus
tenggelam : kunci,sudu besi
terapung : botol plastik,kunci
tenggelam : gabus, sudu besi
terapung : botol plastik,sudu besi
tenggelam : gabus, kunci
Satu sudu garam telah dilarutkan ke dalam air. Ramalan berikut yang manakah betul?
Air menjadi semakin berkurang
Air menjadi masin
Air tidak mempunyai rasa
Antara berikut yang manakah merupakan ramalan?
Langit kelihatan biru
Semalam hujan terun dengan lebatnya
Hujan akan turun tidak lama lagi
Apakah ramalan yang boleh dibuat pada hari ke 12
Pokok tidak membesar
Pokok semakin layu
Pokok semakin membesar
Umi meletakkan makanan dalam ketuhar gelombang mikro dan menghidupkannya. Apakah yang berlaku kepada makanan yang diletakkan dalam ketuhar gelombang mikro?
Makanan menjadi panas
Makanan mulai basi
Makanan menjadi masam
Setelah membuat ramalan, kita harus______________.
Buat ramalan yang baru
Sahkan ramalan
Berhenti membaca dan menulis
Ahmad sedang mencetak tugasan yang diberikan oleh guru. Tiba-tiba dia menyedari dakwat pencetaknya telah habis.
Ahmad meminta ayahnya untuk_________________.
membeli makanan di kedai
meminjam dakwat pencetak daripada sekolah
membeli dakwat pencetak di kedai
