wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Rekod Tak Lengkap (Kaedah Perbandingan)

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Situasi rekod tak lengkap manakah yang boleh berlaku dalam sesebuah perniagaan?

a)

Imbangan Duga yang tidak seimbang

b)

Tiada kawalan tunai dalam perniagaan

c)

Peniaga tidak merancang perbelanjaan

d)

Rekod-rekod akaun telah tercicir atau musnah

2.

Apakah implikasi kepada peniaga yang tidak mengamalkan sistem catatan bergu?


I Aliran tunai keluar bertambah

II Sukar mengesan kesilapan catatan

III Imbangan duga tidak dapat disediakan

IV Untung atau rugi tidak dapat ditentukan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Apakah rumus yang tepat bagi pengiraan modal akhir?

a)

Aset – Liabiliti

b)

Aset + Liabiliti

c)

Aset – Liabiliti Semasa

d)

Aset + Liabiliti Semasa

4.

Apakah butir yang diambil kira dalam pengiraan modal akhir?


I. Sewa dibayar

II. Sewa diterima

III. Sewa prabayar

IV. Sewa belum Terima

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Syarikat Aishah mempunyai baki seperti berikut pada akhir tempoh perakaunan


Aset RM 75000

Modal awal RM 48000

Liabiliti RM 9000


Berapakah untung bersih syarikat Aishah?

a)

RM 9000

b)

RM 18000

c)

RM 27000

d)

RM 36000

6.

Bagaimanakah untung bersih dikira jika peniaga mempunyai Rekod Tak Lengkap ?

a)

modal akhir + modal Tambahan - ambilan - modal awal

b)

Modal awal + ambilan - modal akhir- modal Tambahan

c)

modal awal - ambilan - modal akhir + modal Tambahan

d)

modal akhir + ambilan - modal awal - modal Tambahan

7.

Maklumat yang berikut diambil daripada buku Encik Ashman, seorang peniaga runcit yang tidak

menyimpan rekod perakaunan dengan lengkap.


Modal pada 1 Januari 20X7 RM 25 000

Modal pada 31 Disember 20X7 RM 36 600

Untung bersih RM 16 800

Hitung ambilan Encik Ashman sepanjang tahun tersebut.

a)

RM5 200

b)

RM8 200

c)

RM11 600

d)

RM19 800

8.

Encik Vignesh seorang peniaga runcit tidak menyimpan rekod perakaunan dengan lengkap.

Kaedah manakah yang dapat membantu beliau mengira untung atau rugi perniagaan?

a)

Membandingkan aset dengan liabiliti

b)

Membandingkan hasil dan belanja

c)

Membandingkan modal awal dengan modal akhir

d)

Membandingkan jumlah jualan dengan jumlah belian

9.

Antara yang berikut, manakah yang menunjukkan amalan rekod tak lengkap?


I Urus niaga dicatatkan dalam Buku Tunai sahaja

II Dokumen perniagaan tidak disimpan secara sistematik

III Urus niaga dicatatkan menggunakan sistem catatan bergu

IV Rekod akaun belum terima dicatatkan dalam Akaun Kawalan Belum Terima

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Maklumat di bawah diambil daripada buku perniagaan Fast Work Enterprise.


Modal 1 Januari 2017 RM10 000

Modal 31 Disember 2017 RM13 500


Maklumat tambahan:

a. Ambilan dalam tahun 2017 ialah RM600

b. Modal tambahan RM1 000 dibawa masuk dalam tahun tersebut.


Berapakah untung bersih atau rugi bersih perniagaan tersebut bagi tahun berakhir 31 Disember 2017?

a)

Untung bersih RM3 100

b)

Untung bersih RM3 900

c)

Rugi bersih RM3 900

d)

Rugi bersih RM3 100