Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2 UNIT 2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Sumber moral ialah bahan rujukan yang menjadi panduan dalam pembentukan keperibadian diri seseorang individu. Berikut merupakan sumber moral KECUALI

a)

Agama

b)

Norma masyarakat

c)

Prinsip hidup

d)

Rukun Negara

2.

Antara padanan Agama dan Kitab yang berikut, manakah padanan yang tepat

a)

Islam - Tripikata

b)

Hindu - Bhagavad Gita

c)

Buddha - Bible

d)

Kristian - Al-Quran

3.

"Saya baik kepada mereka yang baik kepada Saya; Saya baik kepada mereka walaupun mereka benci kepada Saya. Apa yang Saya beri, Saya akan terima. Sehingga semua menjadi baik."

Pernyataan diatas merujuk kepada ajaran...

a)

Agama Buddha

b)

Agama Hindu

c)

Kepercayaan Taoisme

d)

Agama Sikh

4.

Sumber rujukan dan panduan moral bagi seluruh rakyat Malaysia. Setiap warganegara Malaysia perlu mematuhi dan mengamalkannya.

Pernyataan tersebut merupakan sumber moral berasaskan ________.

a)

Agama

b)

Rukun Negara

c)

Kepercayaan

d)

Norma masyarakat

5.

'Tidak boleh memotong kayu yang bertindan kerana dikhuatiri bibir anak menjadi sumbing.'

Pernyataan diatas merupakan pantang larang kepada suami wanita mengandung bagi kaum Melanau.

a)

Betul

b)

Salah

6.

'Dilarang makan haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan kerana anak di dalam kandungan akan melecur seluruh badan.'

Pernyataan diatas merujuk kepada pantang larang wanita mengandung bagi kaum Iban.

a)

Betul

b)

Salah

7.

Pilih pernyataan yang tepat bagi kepentingan sumber moral.

i) memberi panduan kepada pengamalnya.

ii) melahirkan rakyat yang berkeperibadian tinggi.

iii) memupuk perpaduan dan keharmonian Negara.

iv) menyedarkan tanggungjawab individu kepada keluarga, masyarakat dan negara.

a)

i dan iv

b)

i, ii dan iii

c)

ii, iii dan iv

d)

i, ii, iii dan iv

8.

Kaum India melakukan alaman sujud kaki.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Kaum Melayu tidak melarang seseorang mengetip kuku pada waktu malam.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Kaum Cina melakukan upacara 'Cheng Beng', iaitu upacara pembersihan dan sembahyang di kubur nenek moyang.

a)

Betul

b)

Salah

11.

Kaum India melakukan upacara 'Naamkaran', iaitu upacara memberikan nama bayi yang baru lahir.

a)

Betul

b)

Salah

12.

Kaum Semai akan menangguhkan semua aktiviti harian ketika berlakunya kematian.

a)

Betul

b)

Salah

13.

Gambar menunjukkan upacara perkahwinan dalam kalangan penganut beragama _______.

a)

Buddha

b)

Kristian

c)

Hindu

d)

Taoisme

14.

Gambar menunjukkan amalan adat resam semasa perayaan kaum _________.

a)

Buddha

b)

Melayu

c)

Hindu

d)

Cina

15.

Upacara 'Parisam', iaitu hantaran hadiah perkahwinan ke rumah pengantin perempuan dilakukan oleh penganut ______.

a)

Buddha

b)

Islam

c)

Taoisme

d)

Hindu

16.

Agama atau ________ membentuk keperibadian mulia.

a)

peribadi

b)

jati diri

c)

kepercayaan

d)

kesederhanaan

17.

Pembentukan keperibadian diri yang baik dan unggul harus berlandaskan pegangan agama dan emosi.

a)

Betul

b)

Salah

18.

Masyarakat Iban percaya kepada kepercayaan ________ yang diamalkan oleh nenek moyang mereka dahulu.

a)

perkara ghaib

b)

Tuhan pokok

c)

animisme

d)

bomoh

19.

Ramalkan kesan jika seseorang itu tiada pegangan agama atau kepercayaan.

i) hidup terumbang-ambing dan tidak sejahtera.

ii) melakukan perkara yang ditegah agama.

iii) sentiasa berfikiran positif dan hidup berasa tenteram.

iv) mencetuskan perbalahan dan pertelingkahan.

a)

i dan ii

b)

i, ii dan iv

c)

i, ii dan iii

d)

i, ii, iii dan iv

20.

Berikut merupakan antara kepentingan pegangan agama atau kepercayaan dalam pembentukan keperibadian diri KECUALI

a)

Meningkatkan disiplin dan imej diri.

b)

Selalu berasa tertekan dalam hidup.

c)

Melahirkan individu yang berpekerti mulia

d)

Meningkatkan penghayatan manusia terhadap nilai-nilai murni.