wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa 1

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Kata nama khas untuk harimau dalam cerita haiwan ialah___________

a)

Si Comel

b)

Sang Rangkak

c)

Pak Belang

2.

Kiki dan Lala membaca buku di perpustakaan setiap hari Sabtu.

Ayat ini merupakan jenis______________.

a)

Ayat Tanya

b)

Ayat Majmuk

c)

Ayat Tunggal

3.

Encik Lee membeli seutas ________________ yang mahal jenama Rolex.

a)

jam tangan

b)

kasut

c)

seluar

4.

________________ ialah ayam jantan Pak Mat yang selalu berkokok pada awal pagi.

a)

Sang Murai

b)

Si Tompok

c)

Si Jalak

5.

Puan Aini membeli keperluan harian di Pasar Raya Hero pada hujung minggu.

Ayat ini merupakan _________________

a)

Ayat Perintah

b)

Ayat Tunggal

c)

Ayat Majmuk

6.

Simpulan bahasa bagi maksud bekerja kuat ialah __________________.

a)

lipas kudung

b)

otak cair

c)

mandi peluh

7.

Haikal terpaksa ________________ kerana gajinya sangat rendah.

a)

jalan buntu

b)

ikat perut

c)

hidung tinggi

8.

Pak Mail menanam ______________ di belakang rumahnya.

a)

jagung

b)

buku

c)

sungai

9.

Farhana memelihara seekor kucing berbulu putih yang diberi nama _________________.

a)

Sang Buaya

b)

Si Jalak

c)

Si Putih

10.

Rasimi gemar makan aiskrim perisa vanila tetapi adiknya gemar makan aiskrim perisa coklat.

Ayat ini ialah ______________

a)

Ayat Tunggal

b)

Ayat Seruan

c)

Ayat Majmuk

11.

Anding merupakan murid yang _______________ kerana dia mudah menyelesaikan soalan Matematik yang sukar.

a)

iri hati

b)

otak cair

c)

batu api

12.

Seri tidak disukai oleh kawan-kawannya kerana sikapnya yang ______________.

a)

anak angkat

b)

berat sebelah

c)

hidung tinggi

13.

Pilih ayat tunggal berdasarkan pilihan jawapan berikut.

a)

Mak Cik Kiah menjual nasi lemak dan pelbagai jenis kuih di gerainya

b)

Ayah Ming Jun memandu kereta ke pejabatnya setiap hari.

c)

Cikgu Liza menerangkan topik pembelajaran sambil berdiri di hadapan murid-muridnya.

14.

Datuk Heng menyimpan peralatan yang tajam di dalam ________________.

a)

bilik stor

b)

taman

c)

jalan

15.

Cantumkan ayat tunggal berikut menjadi ayat majmuk yang betul.

a) Puan Lulu gemar warna merah.

b) Puan Lulu gemar warna biru.

a)

Puan Lulu gemar warna merah sambil warna biru.

b)

Puan Lulu gemar warna merah tetapi warna biru.

c)

Puan Lulu gemar warna merah atau warna biru.