wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Topikal Analisis Nisbah dan Tafsiran Penyata Kewangan

Total questions: 30

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut ialah baki-baki buku-buku perniagaan Ehsan pada 31 Oktober 2020.


Berapakah nisbah semasa perniagaan itu pada tarikh tersebut?

a)

1.5

b)

2

c)

2.75

d)

3.5

2.

Nisbah semasa Syarikat Perdana ialah 1:2


Pilih tindakan yang perlu diambil untuk memperbaiki tahap kecairan syarikat itu.


I Membuat pinjaman bank

II Menambahkan belian barang niaga

III Memanjangkan tempoh jualan kredit

IV Menjual sebahagian aset bukan semasa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Jadual berikut diperoleh daripada Syarikat Bibi dan Syarikat Siti yang mengusahakan industri batik.


Kadar Pusing Ganti Inventori

Syarikat Bibi : 3 kali

Syarikat Siti : 6 kali


Antara berikut manakah benar tentang pengurusan inventori kedua-dua syarikat tersebut?

a)

Jualan inventori Syarikat Siti kurang laris berbanding Syarikat Bibi

b)

Pengurusan inventori Syarikat Siti lebih efisien daripada Syarikat Bibi

c)

Syarikat Siti menanggung kos penyimpanan inventori yang lebih tinggi daripada Syarikat Bibi

d)

Syarikat Bibi menukar inventori setiap 3 bulan sekali manakala Syarikat Siti menukar inventori setiap 6 bulan sekali

4.

Apakah rumus untuk mengira nisbah semasa?

a)

Aset semasa – Liabiliti semasa

b)

Aset Bukan Semasa – Liabiliti Semasa

c)

Aset Semasa / Liabiliti Semasa

d)

Aset Bukan Semasa / Liabiliti Semasa

5.

Encik Ali memaklumkan firmanya akan memperoleh untung kasar sebanyak 30 sen bagi setiap RM1 kos jualan.


Apakah analisis nisbah yang digunakan?

a)

Margin

b)

Tokokan

c)

Nisbah kecairan

d)

Pulangan atas modal

6.

Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Alley.


Tokokan : 25%

Margin : 10%


Apakah tafsiran daripada maklumat tersebut?

a)

Setiap RM1 kos jualan , untung kasar ialah 25 sen

b)

Setiap RM1 kos jualan, untung kasar ialah 10 sen

c)

Setiap RM1 untung kasar, untung bersih ialah 25 sen

d)

Setiap RM1 untung kasar, untung bersih ialah 10 sen

7.

Rumus manakah yang betul?

a)

Nisbah semasa = Liabiliti semasa / Aset semasa

b)

Inventori purata = (Inventori akhir - inventori awal) / 2

c)

Pulangan atas modal = Untung bersih / Modal awal

d)

Kadar pusing ganti inventori = Kos jualan / Inventori purata

8.

Petikan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi berikut diambil daripada Perniagaan Aman bagi tahun berakhir 30 Jun 2020.


Berapakah peratus untung kasar atas kos jualan?

a)

24.98%

b)

30.84%

c)

33.29%

d)

33.59%

9.

Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Afif pada 31 Disember 2020.


Inventori purata : RM19 000

Untung kasar : RM42 400

Kadar pusing ganti inventori : 4 kali


Berapakah kos jualan?

a)

RM93 600

b)

RM76 000

c)

RM61 400

d)

RM47 150

10.

Pasangan manakah betul tentang nisbah dan tafsirannya?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

11.

Maklumat berikut diambil daripada buku Syarikat Ros Sendirian Berhad pada 31 Mac 2020.


Apakah P?

a)

Tunai

b)

Bangunan

c)

Akaun Belum Bayar

d)

Gadai janji

12.

Maklumat berikut di ambil daripada buku Perniagaan Zaleha dan Aisyah Trading.


Berdasarkan analisis nisbah tersebut, pilih pernyataan yang betul.

a)

Perniagaan Zaleha lebih cekap menguruskan perniagaan berbanding Aisyah Trading

b)

Pelabur luar lebih berminat melabur sdalam Perniagaan Zaleha berbanding Aisyah Trading

c)

Aisyah Trading tidak mampu untuk membayar hutang jangka pendek berbanding Perniagaan Zaleha

d)

Keupayaan Perniagaan Zaleha membayar hutang jangka pendek adalah lebih tinggi berbanding Aisyah Trading

13.

Berapakah jenis nisbah kewangan yang anda belajar?

a)

3

b)

9

14.

Nisbah Keberuntungan terdiri daripada tokokan, margin dan nisbah semasa.

a)

Betul

b)

Salah

15.

Nisbah Kecekapan ialah mengukur sesebuah perniagaan dalam memperoleh keuntungan.

a)

Betul

b)

Salah

16.

Nisbah kecairan menunjukkan keadaan mampu bayar sesebuah perniagaan.

a)

Betul

b)

Salah

17.

Nisbah Kecairan terdiri daripada Nisbah semasa dan Nisbah ujian asid.

a)

Betul

b)

Salah

18.

Tokokan

Margin Untung Kasar

Margin Untung Bersih

Pulangan atas modal


Apakah jenis nisbah kewangan bagi nisbah-nisbah tersebut?

a)

Nisbah Kecairan

b)

Nisbah Keberuntungan

c)

Nisbah Semasa

19.

Rumus Margin Untung Bersih ialah ...

a)

(Untung Kasar / Jualan Bersih) x 100%

b)

(Untung Bersih / Jualan Bersih) x 100%

20.

Rumus Kadar pusing ganti inventori (bilangan kali) ialah ...

a)

Kos Jualan/ Inventori akhir

b)

(Inventori Purata / Kos Jualan) x 365

c)

Kos Jualan / Inventori Purata

21.

Rumus Tempoh kutipan hutang ialah


(Akaun Belum Terima / M ) x 365 hari


Apakah M?

a)

Belian Kredit

b)

Belian Tunai

c)

Jualan Tunai

d)

Jualan Kredit

22.

Manakah benar bagi rumus yang diberikan.


(Akaun Belum Bayar / Belian kredit) x 365 hari

a)

Tempoh Kutipan Hutang

b)

Tempoh Pembayaran Hutang

23.

Pilih jawapan yang betul bagi jenis nisbah kecekapan.

a)

Kadar pusing ganti inventori

b)

Nisbah semasa

c)

Tempoh Kutipan Hutang

d)

Tokokan

24.

Nisbah keberutungan terdiri daripada ...

a)

Pulangan atas modal

b)

Tokokan

c)

Margin

d)

Nisbah semasa

25.

Prestasi perniagaan dianggap merosot jika kadar Pulangan atas modal lebih rendah dengan kadar faedah yang dibayar oleh bank.

a)

Benar

b)

Salah

26.

Pulangan atas modal Perniagaan Syakir adalah seperti berikut.


2019: 85%

2020: 62%


Prestasi perniagaan tahun manakah yang lebih baik?

a)

2019

b)

2020

27.

Berikut ialah prestasi bagi dua perniagaan menjual makanan ringan.


Kadar Pusing Ganti Inventori

Kedai Zikry : 257 hari

Kedai Putera : 250 hari


Perniagaan manakah yang lebih cekap?

a)

Kedai Zikry

b)

Kedai Putera

28.

Nisbah semasa yang ideal ialah 2:1.

a)

Benar

b)

Salah

29.

Nisbah ujian asid yang rendah menunjukkan perniagaan tidak mampu menjelaskan liabiliti semasanya dengan segera.

a)

Betul

b)

Salah

30.

Pemberian kredit oleh perniagaan kepada pelanggan yang kurang layak akan mengakibatkan perniagaan menerima bayaran yang lewat daripada pelanggan.

a)

Betul

b)

Salah